Powered By Blogger

23 July 2013

Kenangan Cuti2@Melaka 2013 Part 1

Masa cuti sekolah 2 minggu yang lalu (iaitu 4 dan 5 Jun 2013) aku telah membuat aktiviti cuti2@Melaka Bandaraya Bersejarah bersama Wafiy, Waseem, Huda dan beberapa orang anak buah aku.

Actually program ni mmg x dirancang, just kebetulan makbear 'floating' seminggu di Melaka sementara menunggu posting for gazettement nya, since masa tu mmg cuti sekolah dan anak2 merengek2 boring duduk rumah nenek dan atok minta di bawa berjalan2, akupun offer... "Ok Wafiy nak g zoo ke, taman rama2 ke taman buaya?". Cuba teka Wafiy pilih nak g mana? Hehehe... Wafiy pilih g taman buaya!

Ok program pertama... Since kat taman buaya tu ada waterpark yang aku x pernah pergi (tapi Wafiy pernah pergi masa dia nursery di melaka dulu), so aku kata "ok nanti kita g, kita swimming sekali kat situ, ajak abg Fizi dan abg Aufa" (dorang ni sepupu kamcing Wafiy n Waseem). Kalau ikutkan hati nak ajak Amir dgn Hadif sekali iaitu sepupu Wafiy yang belah aku (anak abg aku), tp kereta x muatlah... Lenkali kita g jalan2 dgn amir n hadif pulak, niat hati aku.

Tiba hari yang dinantikan, kamipun pergilah bermandi manda di sana sesambil menengok buaya. Sila tengok gambar... ;)

Hello Taman Buaya Melaka!!! Here we are! 
Ni tiket masuknya, Isnin-Ahad Dewasa RM15, Kanak2 RM12. Dulu x silap aku harga tiket berbeza utk pengunjung yang nak melawat buaya sahaja ataupun yg nak mandi2 sekali tp sekarang dah combine 1 ticket je, agaknya sbb susah nak kontrol kot.
Ada peta informasi walaupun aku xler paham sangat. Huhuhu
Ada dinosaur train nie, sebelah rumah hantu (rumah hantu masih ada lagi). Kena bayar juga, x silap RM5 seorang.
Kelakar masa ni, masa mula2 nak masuk Wafiy dgn Dayyan (Dayyan pun sepupu Wafiy Waseem jugak) teruja nak naik train, Waseem yg mcm takut2, tp masa dah nak keluar, Waseem happy je, yang lg dorang tu yg beria-ria tutup mata takut.
Yeayy inilah waterpark nya... Xler besar nau, tp oklah. Yang sedang2 aje kata penyanyi Iwan. :)
Waseem n Dayyan
Wafiy n Waseem tgh tgk Dayyan melakukan kuak dagu.
Huda x mandi, duduk dlm stroller je sambil ngan mkn jajan n minum air. Hehehe
Wafiy dgn hikmat mengapungkan badannya...
Yeay kami happy!
Ada gerai2 yag menjual pelampung, makanan2, cenderamata dan lain2.
Tengok show buaya, Wafiy tgh bg sumbangan (duit) untuk dimasukkan ke dalam mulut buaya sebenar.
Lepas show tgk buaya sikit lebih kurang je sbb masing2 dah letih.
Aksi wajib walau di mana jua anda berada!!! Hehehe... Oh yaa kat sini pun ada miniatur bangunan2 yang terkenal di Malaysia mcm bangunan PM di Putrajaya, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kota A' Famosa dll.

Program kedua, to be continued...

Sent from my iPhone

1 comments:

fairus said...

AKU KECIK2 DULU JE PERGI TAMAN BUAYA.. LAMA NAU TAK PERGI..