Powered By Blogger

06 July 2013

Bukan Wafiy Yang Dulu

Perghhh... punyalah lama x update blog (sbb yg selalu update tu Makbear sebenarnya) sampaikan rasa macam dah terlupa password. Hehehe... Ingatkan dulu lepas Makbear abis exam dah x busy sangat, rupanya lagi busy! Banyak yang nak di story-mory tapi belum sempat nak taip entri. InshaAllah sikit2 nanti aku akan update.

Anw saja nak cerita semalam di sekolah agama Wafiy telah berlansung Majlis Khatam Iqra' setalah beberapa kali tertangguh sbb clash dengan program sekolah pagi dan jerebu. Wafiy memang dah lama x sabar nak 'perforn' atas pentas tue. Hehehe... Semalam pun bukan main semangat lagi mandi n siap2 pakai baju raya untuk solat Jumaat, sbb lepas solat terus aku hantar dia ke sekolah, Makbear datang lewat sikit dengan Huda n Waseem.

Gambar x banyak snap sebab semalam mood kureng sikit n pastu kena pegang Huda pulak sebab Makbear dapat tunggu sampai pukul 3.30 pm je, dia kena g keje balik. Tapi apa yang penting majlis berjalan lancar, kelakar tengok keletah anak2 dan ustazah2 terjerit2 suruh budak2 tue jangan buat bising, lepas 5 minit bising balik. Hahaha...

Sejujurnya kami rasa lega juga sbb Wafiy dan khatam Iqra' dia sbb kami target sebelum kami fly ke Kuching end of this year, Wafiy dah masuk Al-Quran, rupanya lagi awal. Alhamdulillah... Aku tengok Wafiy pun dah boleh baca surah2 lazim dan ayat2 Quran walaupun sangkut2 sikit, oklah tue. Lama2 lancarlah. Semalam masa sampai rumah pun x sabar2 nak baca Al-Quran yang baru diterima sebagai cenderamata... Aku kata kena ambil wudhuk dulu. Aku suruh dia mandi. Malamnya baru dia mengaji guna Al-Quran baru. Kemain happy lagi.

Masa Wafiy kat atas pentas tue, bergurau2 dengan kawan2 dia, aku tengok jee... fikiran aku menerawang jauh sekejap, teringat Wafiy masa mula2 masuk Genius Aulad dulu, dia xler seorang yang outstanding, pemalu n x berani nak join program2 nie, pemalu ya amat! Kami risau dia susah nak berkawan kerana sifat malunya tue. Tapi rupa2nya hasil usaha kami yang positif galakkan dia masuk2 jee apa2 pertandingan/persembahan yang ada masa di nursery dan GA dulu baru kini menampakkan hasil.

Wafiy dan x malu2 lagi dah, dan kalau boleh semua pertandingan dia nak masuk termasuklah taekwondo tournament! Minggu lepas sebenarnya ada taekwondo tournament, dia beria-ria nak masuk, tp sbb dah plan nak g Janda Baik, kami pujuklah masuk tournament lain kali. Semangat betul dia, teruja nak tunjuk bakat/kemampuan yang ada dia. Good job Wafiy! Wafiy kini bukan Wafiy yang dulu!

Baca sampai x nampak muka. Penat nak cari angle...
Yang atas pentas semua dah khatam sampai buku 6, yang bawah belum lagi.
Amboi besaunya mulut! :P
Hahaha berangan jap....
Lagi aksi peserta tilawah Al-Quran kampung pedamau! Hahaha...

Terima cenderamata dari Naib Yang diPertua PIBG sekolah




2 comments:

fairus said...

SUPAYA TERUS MEMBACA HINGGA BESAU KELAK.. MACAM PAK BEAR JUGAK..

makbear said...

InsyaAllah..