Powered By Blogger

04 May 2013

Pecutan terakhir

Tatkala orang sibuk nak mengundi, pegi pesta buku KLIBF di PWTC...aku pulak sibuk angkut beg pink comel ku ke hospital..study beb...hmmm..letih dah sebenarnya baca buku ni...tambah dengan galau di hati kerana memikirkan implikasi sekiranya aku tak pass exam master ni..

Aku kesian pada pakbear, pada anak2, pada mak dan abah kat kampung yg aku yakin tak pernah putus doa mengharapkan kejayaan aku..Abah aku dari aku baru start final year master lagi dia dah kecoh cerita kat orang nanti anak dia yg bongsu akan jadi doktor pakar, akan kerja kat sabah...hehehe....aku memang penah bgtau abah hajat aku untuk bertukar angin kali ni..teringin bekerja di luar Melaka..

Abah dan Mak mesti kecewa kalau tau aku gagal...sebab aku tahu abah dan mak selalu merindui anak2 dia...Abah terutamanya walaupun tak selalu call aku, tetiba hari tu call tanya no IC aku..ingatkan pasal nk pilihanraya..rupanya dia nak mintak kawan dia tolong aku dapat kerja di Melaka semula lepas ni..eh!eh! Bapak aku ni, hari tu semangat story mory kat org kata Adik nanti lepas jadi pakar nak kerja Sabah..tup tup Abah aku sibuk suruh aku balik Melaka jugak...sebak hati ni sebenarnya bila Abah kata, Abah nak adik balik Melaka, nanti Adik boleh jaga Abah...sedih kan?? Seorang abah yg macho macam bapak aku tu tak penah pun lafazkan "Abah sayang Adik"...tapi dari kata2 dia tu aku tahu Abah dan Mak mesti rindu kat anak bongsu dia yang kiut ni...kehkehkeh....yelah dulu kecik2 aku sangat manja dengan abah dan mak...sampai dh besar aku masih tido atas pangku Mak...hmmm...

Sebenarnya misi untuk pass exam ni bukan sahaja untuk diri aku, tapi juga untuk pakbear, anak2 dan famili...ramai yg sudah berkorban untuk aku...berkorban perasaan..berkorban kerinduan...anak2 kecik macam Waseem pun kdg2 tak puas hati kenapa Umi selalu takde.."Umi, jomlah tengok Acim cimming...acim dah andai cimming tau Umi" sambil tu Waseem tarik tangan aku tak kasi aku keluar rumah gi work...hmmm...kesian wajah2 kesayangan Umi....insyaallah sayang semua..Umi takkan sia2 kan korang...Wafiy, Waseem & Huda, umi janji lepas ni kita akan spend banyak masa bersama...Umi akan pastikan kuku anak2 umi selalu bersih dan pendek, rambut kemas, takde daki kat pelipat lengan, leher, dalam telinga, dalam lubang pusat, gigi bersih, nanti Umi bawak gi dentist lagi, umi janji setiap malam umi akan bacakan buku untuk anak2 Umi, baca doa tido, doa sayang Umidedi, doa pandai sama2, Umi akn pastikan baju2 dan permainan anak2 Umi tak bercampur aduk, Umi akan belajar masak kuih2, kek yg anak2 Umi suka, Umi akan temankan korang jalan2...hmmm...banyak betul manifesto aku untuk budak2 ni..

Untuk pakbear, saya tahu awak dah banyak memendam rasa...terima kasih kerana sabar dengan karenah saya, terima kasih atas segalanya..saya yakin Allah memang mengurniakan awak kepada saya untuk menjadi tulang belakang saya yg amat kuat...U mean the world to me...

Terima kasih Mak, Abah, suami dan anak2 ku..saya akan berusaha bersungguh2 dan pastikan semua berbangga dengan pencapaian saya nanti....insyaAllah...;D

Salam dari saya yang sedang study...break kejap tulis blog sebab tiba2 teringat kat Abah dan Mak tadi..orang kata kalau kita teringat seseorang, maksudnya orang tu tengah rindu kat kita...;)

0 comments: