Powered By Blogger

02 May 2013

Ngeri nya kalau Melaka .......

Tadi ada sorang rakan fb ku berkongsi satu video berkaitan kebangkitan anak2 muda Melaka yang kepingin melihat kepimpinan Melaka bertukar tangan...

Isu ni pernah aku bincangkan dengan pakbear....apa yg kami bole simpulkan adalah kalau dah takdir PR menang pun ok jugak..kotlah memang harga keta turun menjunam2 sampai kurang dari rm100k...so tercapailah impian aku nk beli Mazda 8 or estima or Murano or Odyssey or Alphard..eh!! Banyak pulak keta impian aku ni..

Kalau PR menang lagi aku tak payah bayar tol langsung, harga minyak turun gila2, Wafiy dan adik2 dapat free education sampai masuk Uni, gaji gomen naik mencanak2, brg2 dapur murah...memang sekali pandang memang syiok...sukati korang lah nk janji apa..dah kata pun janji..janji air liur..so dah naik tampuk nanti tak taulah janji2 nak ditepati or nak dicapatikan jugak...yg aku pasan takde pulak yg sentuh pasal income tax...aku amat yakin kalau dah sume benda nak diberi free..so gomen baru kenalah ada income yg kuat kan...dari sumber mana ye? cukupkah dengan hanya tidak ada rasuah, maka pendapatan jadi berbilion bilion2? so agak2 income tax naik tak? nanti yg syok bila dapat gomen camni adalah org yang gaji tak cukup utk di'income tax'kan, bolelah mereka merakam cita2 supaya tidak perlu berpangkat dan bergaji besar supaya tak payah kena tax, budak yg malas belajar, sbb kalau malas belajar pun, dh ada gomen nk tolong bayar sume yuran, belajar dapat 3rd class pun apa dia kisah..sekarang yg gomen offer sapa dapat 1st class, tak payah bayar balik loan pun kita bole tengok betapa pemalasnya budak2 muda kita, nak belajar pun malas, tau main game, makan, tido, bukan semua lah...of course ada yang rajin dan tawaddu' menuntut ilmu macam aku ni... Aku kan remaja purba..hehe

Aku ni malas nak percaya apa yg orang2 politik ni cakap, tak kisah la dorg ni wakil parti mana pun...dorg ni macam aku jugak...bole bercakap dan bercakap dengan muka penuh confident, penuh serius walaupun sebenarnya berlagak pandai saja...hehehe..itu kelebihan aku tau.....muka manis, cakap teratur, berwatak serius, berhujah dgn yakin...itu pakbear kata lah..aku rasa aku mewarisinya dari ayah aku..hehehe...pakbear pun kadang2 tertipu dengan aku..dulu2 lah..sekarang pakbear dah tak kuasa nk layan makwe notti dia ni...bapak aku pun camtu...cakap sukati dia je..muka penuh keyakinan....nama pun bekas ahli politik...dia bole act macam betul je apa yg dia ceritakan tu, sampai aku pun konpius betul ke cerita bapak aku ni, rasanya hari tu dia cerita lain...hehehe..sori abah...adik salute abah..Abah dan Emak adalah insan2 hebat...;*

So apa yg ingin aku katakan, tetapkan lah pendirian kita sendiri, analisa kan sendiri politik semasa, analisakan sendiri hala tuju masa depan kehidupan kita, apa yg kita mahu..jangan biarkan diri terpengaruh dengan apa yg kita katakan 'surface value'..orang politik boleh bercakap seolah2 yg palsu itu benar, yang benar itu palsu..mereka sangat hebat berlakon, tak percaya tanya bapak aku...heh!!

Macam aku dn pakbear, aku rasa bole pitam jugak ktorg kalau tiba2 PR take over Melaka...maklumlah ktorg dah biasa dengan Tok Ali tercinta..hehe..amat suka tinggal di Melaka kerana kehidupan serba lengkap, pendek kata amat sesuai utk aku membesarkan anak2 aku kerana Melaka sudah maju..pembangunan pesat..jaringan jalanraya mantap, sekolah tadika islamic english pun dah ada, pusat tusyen yg best2 pun ada, taman permainan percuma yg luas utk anak2 pun ada, public swimming pool pun ada, dan bagi aku pulak yg penting tmpt shopping yg ada pelbagai benda ada.. AEON siap ada 2 bijik lagi..nak bawak anak bowling pun dah ada bbrp tempat bole bawak, ehh!!! Kira banyak benda la yg aku nampak Tok Ali aku yg terhormat itu dah buat untuk membangunkan Melaka..depan rumah bapak aku pun dah ada mini stadium..aku siap imagine lagi bila Wafiy dan Waseem besar nanti dorg akan main bola sepak kat stadium depan tu..pastu aku akan terjerit2 panggil dorg suruh balik rumah sebab dah maghrib..ehehehe..

so apa yg ingin ku katakan..aku amat selesa dengan kepimpinan Tok Ali..kalau kali ni parti mana pun menang, aku harap Melaka akan tetap membangun...janganlah jadi negeri yang ntahapa2...bosanlah pegi or duduk kat negeri yg ada bulan bintang di langit sahaja sebagai hiburan jiwa...dah biasa duduk negeri maju dan happening seperti Melaka semasa Tok Ali memerintah...hehehe!!

Hidup Tok Ali!! Hidup YB kawasan aku..YB kawasan aku skrg ni kawan bapak aku, so korg paham2 lah ye kenapa aku akan undi dia...tak payahlah susah2 pengaruhi aku undi org lain...;p...lepas ni aku nk cadang kan dorg buat satu padang permainan kanak2 besar gaban depan rumah bapak aku..bole aku dn Huda bersiar2 di situ sambil tunggu abang2 nya main bola dan melihat suamiku yg tercinta berlari2 beruang mengelilingi padang sambil mempamerkan ke'elastik'an perut bulat dia tu..hehehe...i loike!!!

1 comments:

fairus said...

TERBAIKLAH MAK BEAR.. HIDUP MELAKA.. :)