Powered By Blogger

01 May 2013

Happy 8th anniversary

Kesian pakbear..aku rasa sepanjang perkahwinan kami, inilah satu2 nya wedding anniversary yang hampir2 hilang seri nya...mana tak hilang seri kalau nak keluar celebrate pun tak sempat..aku busy dgn study...terikat dengan pelbagai komitmen dengan insan lain....demi apa lagi...demi exam aku yg tinggal lagi 2 minggu je ni...sekarang ni hari cuti pun aku macam tak cuti...huhuhu

Tapi sebenarnya awal2 lagi aku dah warn pakbear yang aku memang akan tidak serupa bini dia yang biasa dari bulan 1 yg lepas sehinggalah aku tamat exam nanti...pendek kata study no 1, famili no2...aku punya resah gelisah nk study sampai aku dah tak bother dah nak cantik2 muka masa keluar rumah..nk ber"anggun2"an...sampai pakbear pun tegur aku dh kurang comel..hapa??!!! Berani awak kata sy dah momot...huwaaaaa!! Saya majuk tau...;p

Disebabkan aku stres tahun ni anniversary aku dn pakbear dah macam tikus mondok asik memerap je di rumah sekangkang kera ni, tadi masa drive nk gi study aku siap senaraikan dalam otak mana aku nak pegi next year...Vietnam, Korea, Thai...hehehe...aku ni kalau naik sewel aku ada aku main book je tiket gi holiday next year...tapi disebabkan aku pun tak tau mana hala tuju kehidupan lepas ni..tak tau mana kkm nak letak aku...walaupun sebenarnya aku dah tau...hehe..tapi officially lom tau kan..so nak plan apa2 pun susah...

Malam ni pakbear lalok awal...penat melayan anak2 agaknya..bini dia tadi pukul 10 baru sampai rumah...ish!ish!ish! Apa le yg bini pakbear buat sampai malam2 ye?? So malam ni aku lah take over layan kanak2 ribena 3 orang ni...macam2 peel...kesian jugak kat dorg sbb aku asik takde..actually sepanjang bbrp bulan ni kerap kali pakbear keluar bawak anak2 keluar jalan sendiri..gi Mines, Alamanda, Jusco, pasar malam, swimming pool, playground, tengok pameran itu ini...pendek kata memang superb la laki aku ni..ko bole buat? Bawak anak 3 orang tmasuk sorang baby 11bulan tanpa kehadiran isteri di sisi...aku amat yakin tak ramai lelaki yg mampu....so tu yg aku bole eksyen tu..hehe..

Yg aku nk highlight kat sini adalah, dalam kesibukan mengejar kerjaya...kita adakalanya terlupa kita berjaya kerana pengorbanan orang lain...

Oleh itu maka ini saya berikrar, selepas saya habis exam nanti saya akan melayan pakbear dengan bersungguh2 tanpa berbelah bagi...saya akan pegi holiday dengan pakbear setiap bulan....saya akan belikan pakbear patung Ironman yang dia suka...saya akan masakkan makanan sedap2 untuk pakbear...saya akan belikan baju2 hensem untuk pakbear supaya dia hensem sepanjang masa...saya akan berpakaian cantik dan berhias untuk pakbear sepanjang masa supaya pakbear asyik nak berkepit je dengan saya..saya akan peluk pakbear ketat2 hari2...dan saya akan bagi pakbear princesh lagi sorang...hehehehe...amacam pakbear?? Ok tak manifesto saya? Undilah saya!!! Saya cantik, bijak, baik, pandai jaga anak...sesuai untuk dijadikan ibu kepada princesh kedua awak...jangan lupa pangkah saya nanti...;p

Bawah ni gambar bunga pakbear bagi aku..semalam pagi aku ada teaching kt upm, pakbear datang dengan Huda hud naik kereta lain dan letakkan bunga tu dalam kereta aku...agak tgezut la jugak aku sbb tak sangka pakbear akan bagi bunga...siap letak dlm keta ala ala surprise gitu...hehe..tq my dear bam bam...i luv u forever..*orang lain sila muntah ye..;D


1 comments:

fairus said...

TAHNIAH AFZAL DAN WIFE.. SEMOGA BERKEKALAN SEHINGGA KE ANAK CUCU..