Powered By Blogger

15 May 2013

Kau Spanar Cintaku...

Terjaga pukul 4 pagi, mata sesegar2nya... Sedangkn siang semalam puas rasanya berjalan ronda  bandar KB. Jantung rasa berdebar2, bangun ke dapur minum segelas air dan baring semula... Tetiba baru teringat balik "owh arini besday budak 'omel kali' tue! My Nawal Huda aka Hudahud!".

Lebih kurang setahun yg lalu, pada mulanya makbear xde ciri2 lansung nk bersalin walaupun perut dah nampak besar sgt, dah nak due dah pun... Dr check2 baby estimated almost 4kg! Wah besar tue! Risau jadi apa2 pd baby n makbear, kitorg decide utk caesar je. Dr bg tarikh 15hb Mei. So, on 14th makbear dah admit laa... Rupa2nya...

Rupa2nya kalau x caesar pun hari tu, mmg dia dah plan dah nak keluar on that 15th! Mlm sebelum 15hb air ketuban dah pecah, apa lg awal pagi 15hb terus tolak ot. Makanya awal pagi 15hb tue lahirlah puteri pertamaku yg kemudiannya diberi nama Nawal Huda seberat 4.6kg! Huhuhu...

Nawal yg bermaksud hadiah/anugerah mmg laa hadiah berharga yg x disangka2 dlm keluarga kami. Dia hadir dalam hidup kami mmg kalau diikutkan secara lahiriahnya, mcm wrong timing, tapi ketentuan Allah rupanya dah beri sebaik2 perancangan kepada kami. Yelah masa tue aku dgn makbear sama2 nak final year exam, tgh sibuk makbear nak pindah duk kl selama setahun (sbb final year makbear kena posting di HKL n Hospital Serdang - lebih kurang laa, aku pun x reti nak explain mcm mana). Perancangan awal kami adalah duduk berjauhan laa utk setahun, aku di Melaka dgn anak2 n makbear di KL.

Tapi mcm aku cakap tadi, perancanganNya lebih baik. Last2 kami semua pindah duk Bangi. Dah serik dah tinggal berjauhan (Melaka-Nilai)  for one year pada tahun 2009. Kali ni kami nak sama2 hadap susah senang di sini. Kami nak beri perhatian sepenuhnya pada anak2 kami. Akhirnya dah hampir setahun jugak laa kami begini... Semuanya kerana Nawal Huda dan aku sangat berterima kasih dgn ketentuanNya seperti ini. Hakikatnya Huda lahir pada masa yg paling sesuai. Bagi aku hudalah spanar yg mengetatkan kembali skru2 kasih sayang kami yg kadang2 longgar tp kita x perasan.

Nawal Huda seorang yg istimewa. Istimewa yg boleh dilihat secara fizikal dan juga boleh kami rasai dengan perasaan. 6 bulan pertama Huda adalah baby yg asik meragam je. X boleh nak letak lansung apatah lg nak pas pada orang lain dia nak aku dan makbear je. Tp aku mungkin tau kenapa dia jadi mcm tue, dan aku x sanggup nak biarkan dia menangis je. Biarlah aku jaga, penat pun penatlah. Hudalah buah hati pengarang jantung aku! 

Towards to 1 year old, baru nampak perubahan dia yg dah pandai gurau2, dah kurang sikit nak meragam, senyum2, dgn gigi rabbit dia 2 batang tue. Geram dedi! Huda mmg aku jaga dr terbit fajar sehingga terbenam matahari dari usia 2 bulan sampai sekarang. Mlm bila uminya dah balik baruler boleh nenendo sbb Huda mmg xnak susu lain. Fully bf sampai sekarang. Alhamdulillah...

Cukup dpt zat2 dari susu ibu. Tolong temankan umi study lg, dari dlm perut dah ikut study, bila lahir baring sebelah umi nenendo sambil umi baca buku dan ebook kat ipad. Dan sekarang ikut umi gi HUSM Kubang Kerian for final exam! Fuh mmg bijak anak dedi sorang nie! Hehehe... Huda tolong doakan umi berjaya. Xmoh repeat2 tau, terus berjaya once n for all!!!

Lastly... Happy birthday sayang. Dedi sayang Huda sangat2. Kalau Huda xde x tahulah apa jadi kat dedi sekarang ni. Jadilah anak yg baik dah solehah, bijaksana dan berani. Kadang2 umi dgn dedi marah2 (sayang) tu sbb Huda 'baik' sangatt!! Huhuhu... Nanti bila Huda dah besar, dah pandai baca huda bacalah blog ni dan tgk Instagram. Baaaanyak gambar Huda! Masa tu baru Huda tahu betapa sayangnya kami pada Huda! 
Nawal Huda... Kau spanar cintaku... :)

P/s: lepas umi exam baru kita celebrate yee... Skrang ni tgh mood exam lg. fokus2.. Hehehe
Sent from my iPhone

0 comments: