Powered By Blogger

10 May 2013

Ice blended bukti ke'bengong'an

Aku selalu bising kat pakbear kerana hobinya yang suka makan jajan, makan benda2 remeh...disebabkan hobi pakbear tu makanya anak aku Waseem amat suka jajan...yg bagusnya si Waseem ni selain jajan, dia juga suka makan buah-buahan...amat suka sampai aku dan pakbear terpaksa limitkan buah2 yg Waseem makan..kalau tak alamatnya hari2 aku dan pakbear kena gi pasar malam beli buah..kronik anak aku tu..tapi baguslah kan makan banyak vitamin buah...

Yg aku nak cerita kat sini, disebabkan darah jawa aku ni kuat sangat, sebelum kenal pakbear, aku hanya kenal nasi dan nasi dan nasi...in fact sampai sekarang aku tak heran sgt Mcdonald la, KFC la, pizza la...aku naik pelik bila ada org bersungguh2 declare kat FB yg dia dah boikot McDonald utk berbulan2...sedangkan aku ni bertahun2 tak jumpa fastfood pun takpe..hehe..

Tapi, aku pasan bila aku naik gila...bila aku stress melampau, aku akan start makan jajan2 dan makanan2 yg tak berkhasiat ni..contohnya last week aku melantak Crispy sorang2 dengan syoknya..sampai tanak share pun dgn pakbear dan anak2...

Dan hari ni lagi sekali aku buktikan yg aku dh mereng dengan membeli ice blended pulak...rasanya sepanjang hidup aku, ni first time minum ice blended ni....kihkihkih....itulah penangan nak final year exam...biologi otak semua dah tergezut...ice blended pun aku ngap...huhuhu

1 comments:

fairus said...

MINUM AIS BLENDED NI KENA PELAN2 SEDUT.. KALAU TAK RASA SEMACAM JE KAT DADA DAN KEPALA..