Powered By Blogger

13 February 2013

Makan2 Dengan Besday Boy

Ini cerita 'makan besar' kami semasa Gong Xi Fa Cai. Takde yee sang. Takde yam seng! ;)


Petang 'mantai' (wah mantai ko!) busu Mastura mesej di FB,
"Pe plan korang esok besday abah?", dan dan baru semua teringat! Tapi feedback dari adik beradik masing2 agak suam2 kuku, maklumlah kat FB, nak plan panjang lebar pun susah.
"Kalau semua ada mlm ni boleh masak best2 sikit, ns lemak ke, steamboat ke... Kek sesapa g beli boleh tong tong", aku mula memercikan mentol idea. Hahaha. Dipendekkan cerita, aku dan mas merancang sesimple yang boleh acara makan2 yang telah dipersetujui dilakukan pada malam itu (sehari lebih awal) memandangkan esoknya x semua yang available.

Setelah perancangan jitu diatur maka berjayalah juga kami merealisasikan plan meraikan program 'makan2' untuk besday boy Ayahanda Haji Ab. Razak aka Tok Jak. Rupa2nya menurut kata mak, abah mmg ada plan nak buat makan2 sate tapi entah kenapa didiamkan aje, mungkin sbb malu nak bgtau anak2 or terlupa. Jadi bila aku bisikkan kat mak yang kitorang plan nak wat makan2 sikit malamnya, memang elok sangatlah tue. Aku pesan pada mak, mak standby buat nasi lemak ye, bahan2nya dan yang lain2nya kitorang sediakan hehehe. Nak juga nasi lemak air tangan mak, dah tentulah yang terbaik dari ladang.

Petang tu jugak aku dengan Makbear n the geng kapak berangkut ke Mydin, beli barang2 untuk dimasak dan beli kek. Beli kek Turkish Indulgence kat Secret Recipe. Kek yang paling mahal laa aku pernah beli. Hehehe. Pada masa yang sama Mastura n K Mizah g Jusco beli hadiah besdayboy. Pian plak tukang beli ais. Nak beli2 nie sonang je. yang penting akhir sekali 'tong-tong', baru sedap sikit bunyinya. Barulah agenda boleh dilaksanakan dengan jayanya. Hehehe...
Inilah ghupenya kek besday boy. Ada lapisan marshmallow, blackforest,  cheese dan choc.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Besar Jln. Imam Hj. Ab. Razak merangkap besday boy...
 Sabar Amir, terliuq nampak! Kihkihkih...
 OKT (orang kena tuduh) menekup muka bagi menyembunyikan identiti. Hahaha... xdelah, apa yang kelakar masa nie x tau. Ada org 'lepaskan angin' kot. Hehehe
 Inilah seadanya rezeki yang ada.
 Upacara penyampaian hadiah. Wafiy bila bergambar je gigi dia jadi ngilu. ;p
 Mak dan abah yang x malu menunjukkan kemesraan dan kasih sayang, menjadi contoh kepada anak2.
 Dah jumpa sepupu sepapat apa lagi budak2 main laa...
Lupa nak bgtau, Busu Ani (adik mak) n family pun ada datang untuk memeriahkan majlis. Thanx busu...

Kesimpulannya semua orang kenyang dan happy. Hendak seribu daya, x hendak seribu dalih. Dan yang penting sekali, ada duit semuanya boleh menjadi kenyataan (sila abaikan statement materialistik aku nih). Hahaha...

2 comments:

isabelle frankly said...

Skrg aku tau dr mana ko dpt unsur2 romantik ko tu Bear. Haha. Apa pun..statement materialistik tu aku sokong dgn mengangkat dia tangan tinggi2

pakbear said...

Hahaha kan....? Ckp ayaq liuq apa pun x jd. Dana kena ada... ;)