Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

25 April 2005

Kisah Rumah Tangga

Kisah #1
Aiseh, tertinggal pulak 'barang' aku semasa sedang berlenang-lenang di rumah petang tadi. Dahlah besok siang selepas Najah on-call dia nak balik rumah tu. Kalau dia jumpa 'barang' aku tu malulah aku! Tulah tadi masa teringat 'barang' tu tertinggal tak mahu pusing balik. Sekarang nie Najah nak datang, aku takkan sempat punya datang ke rumah untuk mencilok 'barang' tu sebelum Najah. Eeeee, malunya. Mana aku nak letak muka nie!!

Takpe, nanti bila dah kawin dia kena jugak biasakan diri dengan 'barang' aku tu! Heheheheee.

Kisah #2
Sekarang nie setiap hari selepas kerja, rajin jugak aku menyinggah ke rumah tangga aku. Sikit-sikit bersihkan mana-mana sawang yang tertinggal, menyapu, mengemop, mengelap dan membasuh apa-apa yang patut.

Tapi yang menjadi kebiasaan ialah mengutip bisnes kad along. Bukan main banyak lagi. Dah macam rutin harian pulak aku terbongkok-bongkok mengutip kad-kad yang bersepah di atas lantai. Satu hari 5 jenis kad. 3 hari rumah tinggal ada 15 keping kad bisnes. Tak serik-serik diorang menyelit dan membaling kad ke garaj kereta aku, serik pulak aku yang kena mengutipnya setiap hari.

Ish, muka aku nie ada macam muka papa kedana nak pinjam duit ke?

Kisah #3
Rumah tangga dan makin bersih dan cantik. Daripada rumah macam rumah tinggal sekarang nie dah jadi betul-betul macam rumah yang bersedia untuk diduduki. Astro dah masuk, line phone pun dah ada, tengah tunggu Streamyx. Tak tau cover ke tak kawasan aku tue.

Daripada aku yang sorang-sorang jadi penunggu setia rumah tue, sekarang nie aku dah ada pesaing tegar (Najah) yang turut membuat percubaan untuk mengecop turn melepak di rumah tue. Oleh kerana kami masih lagi dalam 'tempoh' berpantang, jadi kena SMS dulu. Check turn siapa yang boleh balik rumah hari nie.

Kalau tidak takut pantang terbantut sebab terserempak depan pintu rumah. Terpaksa pulak kami lari sambil menekup muka menyorok belakang tiang. Alahaiii, tak dapat jumpa dapat bau pun ok ler! Hehehehe.

AMARAN
Sila bersihkan otak anda semasa membaca entri ini!

22 April 2005

Gelak Versi KLD


+++
Sejak balik dari Projek Basah 2.0 @ Kem Lambaian Danau, Chinchin Jasin
aku dapat satu idea gelak versi KLD iaitu:
ekekekemlambaiandanau!!
Mudah-mudahan idea baru aku nie boleh 'beat'
ekekekekeju
Gelak versi 'kita-kita jee' yang sering digunapakai oleh Tipah selama ini.
Tapi aku kena register gelak aku nie di bawah
HAKCIPTA HARTA INTELEK
sebelum orang lain *jiplak! Huhuhuhuuuu
PakBearuang Copyright Reserved
*JIPLAK adalah perkataan asal bagi ciplak.

18 April 2005

Laporan Projek Basah 2.0

Wahhh, ramai yang hit blog aku hari nie dengan harapan aku dah apdet mengenai Projek Basah 2.0 yang bermula sejak 15 April lalu dan berakhir semalam. Aku tak tahulah kenapa, mungkin sebab aku yang agaknya kelihatan terlebih TERUJA ataupun mungkin sebab yang aku pecah rekod sebagai blogger pertama apdet mengenai Gathering GeJu 04 yang lalu! So diorang pakat ramai-ramai datang. Macam rombongan Cik Kiah pulaklah kan?

Tapi aku tak menyempat nak apdet sejak semalam, hari nie insyaAllah.
*Seperti post aku di Forum GJ.
----------
Wahhh, Kak Ros mementanglah meniaga kedai makan. Aktiviti makan-makan dan minum-minum pun masuk dalam report yee. Siap masuk menu lagi. Ekekekeke..

Kak Ros punya report panjang, aku pun sama gak panjangnya. Maklumler kami nie dari kumpulan C'Merah Padi , makin tunduk makin berisi, merendah dari segala segi tapi tetap 'makan dalam' sebab tuelah championship keseluruhan milik kami! Muahahaha..

Selaku ketua kumpulan C'Merah Padi, aku personally mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada anak-anak buah aku. Di atas, kepercayaan, kasih sayang, kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan demi kumpulan kita. Hidup C'Merah Padi!!

Ahli-ahli kumpulan:
Pak Bear (Group leader gila kuasa)
Bean-Seng (Pemangku group leader yang gila-gila)
Ayares
Aziz (Kawan Attokz)
Kak Ros
Langsatz
Mar
Munirah (Kawan Langsatz)
Yati (Kawan Attokz nyer adik)

LAPORAN PENUH

{15.04.05}
1400-1700 pm
Kerja-kerja amal memungut insan-insan yang ingin menumpang kasih untuk bersama-sama ke KLD. Kebetulan Ayares memang dah sampai sehari awal, so dia jadi co-pilot aku laa hari tue. Mula-mula pergi ke AKCR menjemput Nida kemudiannya ingat nak jemput Kak Rosram sekali sebab katanya dia tunggu kat tiang bendera. Mati-matilah aku ingat dekat tiang bendera besar Dataran Sejarah Ayer Keroh tue, rupa-rupanya dekat 3 tiang bendera kecil terpacak depan Melaka Sentral! Huhuhuhu, lawak betul laa. Apa lagi, bergegas kami ke Melaka Sentral jemput Kak Ros dan kawan-kawannya. Maklumler dah lama mereka tunggu sejak pukul 12 lebih lagi. Kesian diorang.

Sampai di Melaka Sentral barulah nampak muka Kak Ros, Ajun (adik Kak Ros) dan jugak Kak Yah (kakak angkat Kak Ros) melenggang kangkung sampai aku tersengih-sengih mintak ampun sebab lambat. Tapi Kak Ros memang spoting, tak marah pun kami yang dah sediakala lambat nie. Hahahaaa.

Van bergerak ke destinasi, sampai kat Bemban, hujan turun selebat-lebatnya! Nasib baik van buruk bapak aku dengan selambanya meredah hujan. Tangan memegang kejap stereng sambil mata tertumpu di dada jalan. Maklum saja, hujan-hujan nie macam-macam boleh berlaku. Ada 6 nyawa (termasuk nyawa aku) yang perlu diselamatkan dalam van ini kalau jadi apa-apa.

Agaknya dalam pukul 5 lebih kot baru kami sampai ke KLD, ketika tiba hujan dah mula renyai-renyai. Walaupun letih, keindahan tasik yang saujana mata memandang benar-benar menghapuskan keletihan aku, rasa segera nak parking van aku dan terus terjun tasik!

Ketika sampai agaknya dah ada dalam 15 orang yang dah datang. Alahai, rindunya aku dengan wajah-wajah yang berada di dewan kecil tue. Masing-masing ceria dan teruja tak sabar hendak menunggu renyai berhenti. Lepas pendaftaran, kami ke tapak perkhemahan untuk memilih khemah masing. Alah, kata jee duduk khemah. Sudahnya di dewan jugak kami berlabuh melelapkam mata.

{15.04.05}
1800-1900 pm

Aktiviti pertama bermula. Ada larian berhalangan ala-ala lari merentas desa tue. Perghhh, hari pertama jee dah kena terjun dan merangkak dalam lumpur. Sabar jee lah aku. Tapi memang best!! Best sesangat!!

Walaupun aku nie spesis 'manusia besar berperut gendut', aku tak peduli! Aku tala semacam jee. Takde halangan yang aku tak buat. Kalau orang yang mantap dan fit cam Attokz tue boleh buat, aku musti boleh buat. Tapi lambat sikit laa kot. Sambil terkial-terkial mengadjust perut! Hahahaaa. Part yang aku fail adalah masa bergayut kat palang besi cam monyet tue, aku baru 2 palang dah jatuh. Aisehh, malu weih.

Part yang paling best pulak ialah masa MudWay course. Kita kena bergelunsur ke dalam lumpur yang lebih kurang paras peha-pinggang. Ish, kalau masuk dalam nie takde yang terjun tak acuplah, musti berdebush dari kaki ke kepala masuk dalam lumpur yang pekat likat tue. Kesian Nida yang tertelan lumpur tue. Dahlah tertelan, masuknya dari hidung pulak tue. Muahahaha. Tapi sebabkan best kan, aku buat 2 kali, mudah-mudahn juga tak payah aku gi SPA lepas nie.

{15.04.05}
2030 pm-0130 am

Tiba masa untuk makan malam, perut yang kosong sejak petang tadi boleh diisi. Sambil makan sambil bersembang. Apa lagi yang paling best kalau tak bersembang bertukar-tukar cerita dengan teman-teman. Menyuap nasik ke mulut pun terasa sedap.

Malam tue juga kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Ada kumpulan Morrok, Dugong Bersimpuh Ayu (DBA~korang musti tau kumpulan sapa nie! Hahahaha) dan juga kumpulan C'merah Padi iaitu kumpulan aku.

Kami diberi beberapa tugasan yang perlu diselesaikan iaitu mencipta logo group, motto dan cheers. Masa presentation kumpulan, semua best-best dan kelakar. Ada macam-macam versi dan gaya. Kreatif sungguh bebudak geju nie.

Lepas tue ada permaian Raja Botol, camner caranya susah mau explain tapi lebih kurang kita kena sebut nombor secara berturut dalam satu bulatan besar. Kecuali nombor yang ada nombor 7 dan sifir 7, kena disebut botol. Kalau tak, kau akan menyesal, sila keluar dari bulatan! Bulatan mula menjadi semakin kecik sampai ada yang menang. Tak silap aku Mush dari kumpulan Morrok yang menang game nie.

Yeahh, malam nie juga ada aktivi night walk. Memula kami ronda-ronda sampai ke Grand Canyon sambil menikmati keindahan alam, melihat bintang-bintang yang bertaburan di langit sambil menghayati kemerduan bunyi unggas dan bunyi malam (malam ada bunyi ke? hehehehe).

Part yang paling thrill ialah apabila kami dilepaskan seorang demi seorang dalam kepekatan malam tanpa bantuan sebarang seumber cahaya kecuali bulan. Huiyo seram gila ahh!! Dahlah sorang-sorang, siap kena sergah dengan hantu olok-olok lagi. Ampess betul. Nasib baik aku nampak hantu-hantu tue. Ada ke pakai kain cadar putih pastu nyorok tepi semak, siap nampak lagi lipatan kain cadar tue! Tapi tak berani plak aku nak tegur, takut betul plak hantu karang. Hikhikhikkk. Tapi bila dia dah sergah aku tue, aku sergahlah balik. Tapi bila pikir balik, buat apa pun aku sergah hantu tue. Dia hanya menjalankan tugas jee. Heheheheeee.

Sampai ke kem, tunggu kawan-kawan lain pulak. Paling aku kagum pada Neslo sebab dia yang pertama buat aksi nie dan juga Has (kawan Attokz) sebab dia perempuan pertama yang melepasi cabaran nie. You go girl!!

Masa untuk tidur! Warrgghhhhh!!!

{16.04.05}
0730 am-1700 pm
Siang tue ada aktiviti berakit tapi aku tak join sebab perlu balik ke pejabat. Ada kerja-kerja urgent yang perlu aku selesaikan. Yang aku tahu, kumpulan aku telah memenangi tempat pertama dan keempat daripada 6 kumpulan dalam acara itu. Tahniah kepada Bean-Seng (alala, melekat laa nama nie kat ko Bean) yang telah memangku jawatan ketua kumpulan dengan jayanya dan juga ahli-ahli kumpulan yang lain yang telah bersungguh-sungguh sehingga memenangi acara berkenaan.

Aku tiba lebih kurang dalam pukul 5 dalam kebasahan hujan yang lebat menggila. Habis lencun baju dan seluar aku. Tapi sebab teruja punya pasal. Aku harung juga. Elok jee aku sampai diorang baru suspended WarGame sebab hujan lebat. Mengisi kekosongan slot tue, kami menyanyi beramai sambil ND memetik gitar. Yang lawaknya muka masing-masing dah bercoreng-coreng sebab kononnya nak berperang dalam lumpur. Masa nie baru pecah tembelang, ada yang muka ganas hati kuntum! Yang badan macam BIG SHOW tapi jiwang. Muahahaa. Yang paling teruk kena sakat Dimanlah. Kesian Diman bila tang lagu sedih jee dia mesti kena.

Petikan gitar ND beralih dari satu lagu ke satu lagu. Dari lagu-lagu yang kita suka sehinggalah lagu-lagu yang kita tak pernah terpikir kita suka. Dari lagu kesukaan WkDin dan Tok R, shinggalah lagu-lagu pilihan sukaramai, rentak muzik terkini. Lagu paling best, mestilah lagu Bukan Kerna Nama. Fuhhh, syahdu beb! Menikam kesuma jiwa.

Dalam kul 6 agaknya baru hujan berhenti. Apa lagi jom WarGame! 5 minit mengatur strategi tapi tak ikut strategi pun. Hahahaha! Main hentam jee, maklumler bebudak group aku takde sorang pun yang ada pemgalaman main nie. 2 round pertama kami kalah teruk. Akulah antara orang yang pertama kena keluar. Tak taulah sebab aku nie berani sangat ke ataupun sebab badan aku nie besar sangat sampai tak boleh nak nyorok. Ekekekeke.

Part paling tak best biler kena tengking ngan Kak Tin sebab aku tuduh dia main tipu. Hahahaaa, padan muka aku! Sorie Kak Tin, Fendi pengadil. Saya tukang sorak jerk. Tuelah mulut cabul. :)

Tapi jangan tak caya, group aku menang jugak akhirnya. 2 kali pulak tue. Nampaknya strategi berlumba sangat berhasil tatkala masing-masing kehabisan peluru. Cuba teka sapa yang paling bawah sekali masa nak amik trofi (botol) tue? Sigh!

{16.04.05}
2030 pm-2330 pm

Malamnya ada aktiviti GJ. Rancangan awalnya nak buat diablog tapi rasanya kurang sesuai sebab takut bertindih dengan perancangan Diablog III plak. Lagipun tokehnya takde, tak bestlah kan?! So kami bersketsa malam tue. Sketsa tue mestilah memasukkan tagline 'Jiwa kenatal & Jiwa kacau'.

Kumpulan Morrok buat Kish Benar (Neraca Kehidupan) GJ, yang lawaknya bila dia buat twist watak Tok R ngan Watak WkDin. Tok R jadi WkDin, WkDin jadi Tok. Can u all imagine it?!

Kumpulan C'Merah Padi buat sketsa ala-ala The Apprentice, nama bosnya Dollah Trumpet (akuler tue!). Part yang best, biler aku fired Kak Ros dan Ayares (asistant aku)! padahal patutnya aku pecat Bean-Seng, Ajis Soto, Joyah Kutu ataupun Mun malam tue. Tapi sebab diorang nie bercinta dan asyik jiwa kaco, aku fired diorang!! Muahaha, kejamnya aku. Yati plak jadi secretary aku.

Paling best adalah dari kumpulan DBA, di mana Neslo menjadi homo dengan pasangannya Diman. Lakonan Diman sungguh into character sampai aku nyaris-nyaris percaya. Ehh betul ke Diman? Heheheheh. Lakonan Basrie sebagai Imam Masjid Negara memang tak dapat disangkal. Lengkap dengan kain pelekat dengan seluar steng (setengah) kat dalam. Lakonan Pulut? Yeah, anugerah pelakon lelaki terbaik beb!.

Pelakon wnaita terbaik digondol oleh Kak Yah manakala Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik dimenangi oleh mamak (sapa nama mamak nie, aku lupa laaa. Sabri ek namanya?).

{17.04.05}
0830 am-1200 pm
Aktiviti terkahir ialah kayak safari. Aktiviti yang agak mencabar bagi yang tak pernah mencuba ataupun lambat untuk menyesuaikan diri. Tapi bagi aku, best! Walaupun nie kali pertama aku berkayak, tapi aku rasa aku cepat menguasai teknik-teknik yang diajarkan. Banyak yang kami belajar, belajar buat 'rafting', macam mana nak masuk semula dalam kayak kalau kita terjatuh dan juga cara nak keluarkan air dari dalam kayak.

Aksi paling best adalah aksi beristinjak dengan muncung kayak oleh Diman dan Tok R.
Diman: Tok R, u jump i jump!
Tok R : Come on bebeh!!

Sepanjang-panjang aktiviti berkayak, banyak gak aksi-aksi yang aku ngan Ayares ngelat. Aku main short-cut jee. Konon-kononnya ada pas khas macam wartawan Media Hiburan. Yelaa, kalau aku join kang, sapa yang nak amik gambar korang kan? Huhuhuuu.

Adengan yang paling menyayat hati bila Mar tertelan air tasik agaknya sampai perlukan bantuan fasi. Kesian dia, tapi aku kagum dengan Mar, dah macam tue pun masih lagi cakap 'ok, ok!'. Boleh berkayak balik pulak tue. Cayalah Mar! Si Attokz pun kesian gak, kayaknya terbalik habis kamera pun basah.

Khabarnya kunci Basrie pun terjatuh dalam tasik, tak tahu betul ke tak. Yang pasti petang tue Basrie kena pakai skru driver nak start enjin kereta. Kesin Basrie!
----------

Itulah sebahagian coretan peserta-perserta yang join Projek Basah 2 buat pengubat jiwa kacau. Rata-rata semuanya berpuashati dan girang. Walaupun tak ramai yang join, tapi dalam komuniti yang kecil inilah kemesraan cepat benar tersemai. 3 hari 2 malam di sana seperti tak sabar-sabar hendak berakhir. Begitu cepat masa berlalu. Sisa-sisa kemanisan berbasahan masih terasa. Terima kasih kepada semua teman yang sudi berkongsi pengalaman dan kemanisan ini bersama.

Aku kagum dengan korang semua. Korang memang superb! Aku kagum dengan ND yang sanggup datang drive sorang-sorang walaupun kaki masih lagi injured, aku kagum dengan De5lin yang turut mengalami masalah di kaki, tapi tetap memunculkan diri demi sebuah komitmen, begitu juga Tok R yang direct dari Lumut terus ke KLD, masih batuk-batuk dan demam demi menjengah dan memberi tiupan semangat kepada kami di bumi perdalaman ini. Tahniah juga kepada yang lain-lainnya, kehadiran korang membuktikan bahawa untuk sebuah pensaksian, tidak cukup dengan hanya kata-kata.

Sesungguhnya kalian memang berjiwa kental dan berani. Hanya orang yang berani jee sanggup join benda-benda macam nie. Kalau tak berani tak payah datang laa, duduk rumah YM lagi bagus! Huahuahuaaa!

Nantikan VCD Projek Basah 2.0 dari kami~ Pak Bear, Tok R, WkDin & ND.

Sedikit gambar dari aku >> http://afxzal.fotopages.com

TERIMA KASIH KEPADA WARGA KLD YANG SUDI MENERIMA DAN MELAYAN KAMI DENGAN SEPENUH HATI. KEMESRAAN DAN TUNJUK AJAR KALIAN TAK DAPAT KAMI BALAS DENGAN RM90! HEHEHEHE

13 April 2005

Pantun Penat 2 Kerat


+++
Motor aku kehabisan minyak
1 km aku menapak!!
Huhuhu, penat!

11 April 2005

Diari Bakal Pengantin Pt 4

2 3 minggu lepas ada teman menegur, "kau dah nak kawin-kawin ni pun boleh concerntrate pada kerja lagi ye? Kalau akak dan malas dah".

Aku menerima soalan itu dengan menganggap teman aku tu bersinis, nak memperli aku. Konon-konon aku ni dah gatal sangat nak kahwin sampai dah tak concerntrate kerja.

"Alaaa, biasa je lah kak, kerja kerjalah. Urusan kahwin, kahwin!", cepat aje aku menjawab.

Sekarang ini, pada saat dan ketika ini, baru aku faham apa maksudnya. Baru aku merasai apa yang teman aku itu rasai. Aku dah tak boleh nak tumpukan perhatian. Jasad aku di pejabat, tapi ingatan dan semangat aku jauh melayang. Aku jadi lemah dan tak berdaya. Aku hilang fokus!

Pelbagai perkara yang telah berlaku, sedang dan akan berlaku bermain-main dalam fikiran, bercelaru minda dan jiwa. Kalau tak, takkan semalam masa mandi aku bersabun 2 kali?!! :)

10 April 2005

Trilogy~ Unsequence Entry

Part I
{06.04.05}
Bengkel Open Source : Century Mahkota Hotel

Semasa bengkel kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan telah diberi 3 set assignment untuk diselesaikan. Nasib baik kumpulan aku terdiri-diri daripada 'otai-otai' Open Source. So cepatlah kitorang selesaikan assignment-assignment yang diberi.

Sementara menunggu group lain siap, kami sembang-sembang sambil mengarut merapu dan meraban. Dalam bersembang ada seorang 'Puan' nie bertanyalah satu soalan,
Puan: "Ehh, agaknya siapa yang mencipta/megasaskan open source nie ek?", masing-masing senyap. No idea!
Aku: "Hurmmm, saya tak ingatlah. Tapi agak-agak saya nama dia ada jugak perkataan 'Source'-'source' tue!", menghantam sambil buat muka selamba. Konon adalah nama Jackson Source ke, Micheal Source ke, Bill Source ke!

Hahaha, saja jee aku buat lawak. Kasi ceria sikit bengkel tue!! Ekekekeee.

Part II
{06.04.05}
Sesi Melantit : Syed Bistro, KJ


Gambar-gambar sekitar lantit ada DI SINI!

Part III
{07.04.05}
CD Audio Diablog


Beberapa keping CD lagi telah berjaya di let-go semasa lantit. Senarai penuh dan bakal penerima CD:

UPDATED LIST!
+ Tok R >> Dah dapat
+ De5lin >> Dah dapat
+ Elmaaniq >> Dah dapat
+ Yadziz >> Dah dapat
+ WkDIn >> Dah dapat
+ Langsat >> Dah dapat
+ Kelambu >> Dah dapat
+ Laili >> Dah dapat
+ Lapan >> Dah dapat
+ Mar >> By hand-KLD
+ Tipah >> By hand-lantit/KLD
+ Mat Jan >> By hand-Diablog
+ Hana CempakaBiru >> Akan pos
+ Nic >> Sepatutnya dah dapat. No feedback!
+ Saifz >> DAH POS!
+ AqilDotCom >> DAH POS!
+ Sultan Muzaffar >> DAH POS!
+ Basrie >> Di let-go semasa lantit
+ Nida >> Di let-go semasa lantit
+ Ep >> Di let-go semasa lantit
+ E1 >> Di let-go semasa lantit
+ Spyz >> Di let-go semasa lantit
+ Nazmi >> Di let-go semasa lantit ~ Subsidi!
+ [keep 'em comin' bebeh!!]

Maklumat lanjut lihat di FORUM.

06 April 2005

Pengubat Duka

Ini adalah sajak yang Tok R tujukan pada aku dan mungkin "pada sesapa yang bakal mendapat pahala 70 kali ganda banyak bagi setiap ibadat", kata tok.

Begitu dalam maksudnya dan boleh diinterpertasi dari pelbagai sudut mengikut tahap 'tahi' dalam kepala otak masing. 2 3 kali aku baca tapi aku cuma boleh menghayati keindahan bahasanya dan belum lagi dapat mendalami maksud tersirat dalam bait-biat itu.

Apapun jua, sajak ini lah pengubat jiwa aku selepas disaman polis trafik tadi. Huhuhuuuu. Thanks tok, u make my day!

NAKHODA PEMBELAH BADAI
Apa sangat masinnya laut
Berbanding dengan masinnya air mata
Air surut berganti pasang
Luas samudera memanggil-manggil

Mohon syahbandar leraikan ikatan
Pada tiang di dermaga
Biar hanya senyum disimpul di pelabuhan

Panji berkibar dideru angin
Bentangkan layar
Naikkan sauh

Dengan kalimah
Dengan kalimah
Dengan kalimah

Bersama meniti terumbu
Bersama dilambung ombak
Bersama menempuh ribut

Awas nakhoda pembelah badai

Bila memerhati karang di dasar laut
Jangan lupa bintang di dada langit

04 April 2005

Maybank2me?

Siang tadi aku pergi ke Maybank dengan membawa sejinjit karung plastik yang mengandungi keping-keping syiling yang bernilai hampir RM2000! Punyalah berat karung tu macam ada 10 biji batu bata! Sampai sakit kuku-kuku aku sebab nak pegang kejap-kejap karung plastik supaya tak pecah.

Niat di hati nak masukkan duit-duit tue ke dalam akaun.

Dari parking sampai ke Maybank aku menjadi perhatian ramai sebab aku sorang terkial-kial menjinjit padahal takdelah sebesar mana pun plastik tue. Mungkin diorang tak pernah angkat duit syiling sampai RM2000 kot. Aku pun tak pernah. Tapi sekali dah angkat rasa serik.

Sampai di Maybank terus bertanyakan di kaunter mana yang boleh aku berurusan untuk mengira dan memasukkan terus duit tue ke dalam bank.
"Kaunter 9 ye Encik. Terus masuk, tak perlu ambil no", cik adik manis Maybank
"Ohhh ok, tak perlu ambil no ye?", lega sebab aku tak perlu menuggu giliran sambil menjinjit plastik misteri.

Malangnya sampai di kaunter 9, abang Maybank tak mahu kira duit aku.
"Adik datang besok je laa, hari Isnin banyak cash masuk", abang Maybank mengelat.
"Ada peraturan ke kata nak masuk duit syiling kena datang hari Selasa?", aku dah panas hati.
"Takdelah, saya yang susah nak kira sebab ada banyak duit cash yang saya nak kira nie", abang Maybank nak defend diri.
"Ohh ok!", aku buat muka 'stone' sambil berlalu pergi.

Nampak gayanya kenalah aku jinjit lagi duit-duit nie. "Kalau aku kena samun siap ko abang Maybank, aku buat report kat manager ko biar ko kena buang kerja!", ptuihh!!

Maybank2uuuu kononn!!

31 March 2005

Rakaman Ehwal Diablog

Tok R kata : Best la dengar CD ni. Mmmg pilihan wav adalah format yg baik.
Memudahkan orang tinker dgn file ini. Isi CD ni penuh info + lawak.
Mesti dimiliki oleh semua GJ!
+++
75% rakaman suara sesi Diablog@Rumah Pena pada 27.03.05.
Moderator: Tipah _ Ahli Panel: S.Muzaffar & MatJan.
Tukang Karut:Nazmi, PakBear, WkDin, CempakaBiru & Faizal.
Tukang Gelak & Tukang Sorak: Ahli-ahli GJ dan seisi Rumah PENA (entiti?!).
Rakaman dalam bentuk [*.wav] format. Hanya boleh dimainkan menggunakan pc/laptop.
Duration:1:24:59 (unedited version, so kalau korang kentut pun dengar!).
Plus [+] beberapa keping gambar tak berkualiti daripada SonyCybershot 3.2mgp aku.
Harga: RM5.00 (termasuk pos)
Special offer: RM10 (GT4+CD+postaklaju~bukan pos express)
Kalau nak pakai PosLaju/PosEkspress kena tambah duit tang 'LAJU/EKSPRESS' tu laa.
Ada yang berminat?
Untuk Tok R & De5lin hari ini, on the way!!
+++
Maklumat Lanjut >> KLIK SINI

29 March 2005

Entri Tertangguh ~ GT4

*8.05 mlm{28.03.05}

Santai betul rasanya bila dapat duduk bersandar depan tv sambil melunjur kaki. GT4 kejap di tangan. Biasanya bila aku dah mula mengadap GT nie, memanglah aku dah tak ingat sekeliling. Sebab tue lah aku sengaja taknak baca masa kat pejabat. Kalau tidak alamatnya tak jadi kerja aku.

Buletin 8.00 (tv3) langsung tak menarik minat aku. Mak di sebelah leka melipat. Sekali sekala mak bersuara memecah kesunyian bertanya tentang itu dan ini. Aku jawab sepatah dua. Masih lagi tekun menatap GT4 yang masih panas. Baru terima pagi tadi.

Hurmmm, terasa semakin mantap. Bukan sahaja banyak artikel humor yang menggaru buah pinggang dan menggeletek ketiak bahkan cukup padat dengan pengajaran dan tips-tips kehidupan. Namun mungkin disebabkan penyumbang-penyumbang artikel kali ini ramainya terdiri daripada 'orang-orang lama', jadi mode funky dan groove nya sedikit kurang. Lebih kepada pop yeh yeh dan a-go-go. Heheheeee. Tapi layann beb!

Suasana sunyi bila masing-masing melayan perasaan sendiri. Tiba-tiba berderai ketawa! Aku bergolek-golek menekan perut.
"Apasal nie?", Mak aku bertanya pelik.

Aku bacakan artikel 'Jelingan Ayah' nukilan saudara Nordin. Aku bacakan bait demi bait. Biler sampai part Abang Nordin (masa kecil-kecilnya) memasukkan semula kain pelikat tok imam tue di celahan punggung semasa sedang sembahyang, aku dan mak tak boleh tahan. Bergema lagi ketawa seisi rumah.

"Pasnie, mak nak pinjam buku tue yee?!", hurmm
"Ok!", betapalah GT boleh memesrakan 2 jiwa!

Rakaman Diablog Siri II

Alhamdulillah, dapat jugak aku upload sikit-sikit rakaman Diablog: Menjadi Blogger Super yang telah berlangsung di Rumah PENA, Ahad yang lepas. Banyak kesukaran yang aku hadapi nak upload file nie tapi tak payahlah aku cerita. Cukuplah aku bagitau semalam aku berjaga sampai pukul 3 pagi, tapi kesudahannya hampa belaka. Aku dah hampir 'give-up' tapi demi GJ dan sahabat-sahabat yang menaruh harapan pada aku, akan aku ikhtiarkan.

File nie dalam format RealMedia (*.rm) sebab dalam format nie jee lah yang aku boleh kecitkan saiz asalnya (*.wav) iaitu lebih kurang 19MB! Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Bahagian A, B dan C which is tempoh rakaman ada dalam 25 minit, +-4MB setiap satu (setelah di ZIP kan). Nampak kecit kan? Tapi nak upload pakai 'diap-up'? Pengsan wooo!

SILA GUNAKAN REAL ONE PLAYER!

Kalau nak yang versi penuh (full version), maklumkan pada aku, aku akan poskan CD yang boleh dimainkan di VCD player ataupun di komputer. Harga RM5.00 termasuk pos.

DOWNLOADABLE VERSION (winzip file)
Partition A (Dur:28:14) :: Save Target As ::
Partition B (Dur:30:20) :: Save Target As ::
Partition C (Dur:26:50) :: Save Target As ::

Enjoy!

28 March 2005

Lemau

*11.05 pagi {27.03.05}

Sebuah kereta kancil yang penuh dengan "penumpang-penumpang kasih" bergerak perlahan-lahan meninggalkan stesyen minyak SHELL bersebelahan Hotel Kitari Katari (thanx E1!) dan berhadapan dengan Hentian Puduraya, menuju ke Rumah PENA.

Nasib baik ada orang yang sudi nak bagi teduhan. Terasa begitu mesra dan terpancar keikhlasan dalam pertolongan yang dihulur. Aku susah sekali untuk berasa kekok berada di dalamnya (kereta kancil) sambil melayan keletah teman-teman yang hanya sekali-sekala dapat bersua muka.

Usai melangkah masuk, mata sempat mengitar seisi kereta. Kecuali seorang, yang lainnya semuanya aku agak yakin sudah pernah berjumpa.

Seiring kancil meluncur laju, perbualan pun semakin rancak.
"Siapa eks yang sorang lagi tue?", hati kecil berkata-kata.

Seperti dapat dibaca-baca pulak hati aku, orang belakang berbunyi,
"Hi, saya Shida. Saya kiranya GENG BARU laa.", kata orang belakang.
"Oh ok, hi! Saya Pak Bear, GENG VIDEO!", sambil mengulum senyum.

Suasana senyap seketika seperti malaikat lalu. Tiba-tiba, hahahaha! Baru pecah gelak. Ampess, baru diorang dapat tangkap lawak aku!

'lemau' kan mereka-mereka itu?! Ntheheheee.

Anw, terima kasih sekalung budi pada yang sudi bagi can aku menumpang kasih sepanjang di Rumah PENA kelmarin. Jasa kalian akan ku kenang sampai ke akhir hayat.

Pra Resolusi Diablog I

Ustaz Mat Jan: Kalau nak bandingkan produk tue betul tak kulit haiwan, nak tengok kulit babi atau bukan kulit babi, kulit babi ada 3 titik.

Mat Jan: Saya nak tulis, nak labelkan blog yang ada 3 titik tue sebagai blog kulit babi. Tapi saya tak sampai hati.
----------
Aduhh, bisa! Aku rupanya aku adalah antara pengguna kulit babi di dunia blog! Mungkin lepas nie aku patut ubah cara penulisan aku. Elakkan 3 titik! :)

26 March 2005

Loneliness...

+++
Am I STRONG enough to fight this LONELINESS? I don't know...

24 March 2005

Diari Bakal Pengantin Pt 3

*Jiwa kacoo!!

Seisi rumah aku tengah busy sesangat sekarang nih! Tengah busyyy nak buat persiapan terakhir untuk kenduri kawin. Maklumler besoknya tue dah nak langsung! Sedara mara dan adik beradik aku semua tengah bertungkus-lumus. Aku sampai tak menang tangan nak setelkan apa yang belum disetel... Rasanya cam tak setel-setel...

Sedang-sedang sibuk tue, aku terpikir... "Ehh.. aku kawin besok.. bukan bulan depan ke?", setau aku, aku kawin bulan depan!

Tit tit tit... Tit tit tit... *&%*@#.... (berpinau!!)

Alarm hset aku berbunyi... Ampess aku mimpi lagi! Arghhh.. penatnya badan... Lembik aku laa kalau selalu-selalu mimpi camnie... ntehehehehe...

.:Nota Tangan:. - Mimpi mainan tidur...

23 March 2005

Bila Marah

Di beberapa musim bunga minggu yang lepas (ececece...), ketika aku menjadi pendengar kepada seorang sahabat yang sedang 'down' (tapi mulut berapi-api!!), aku ada kata sesuatu pada dia yang menyebabkan dia begitu berterimakasih dengan kata-kata aku itu.

Entah apa yang istimewa dengan kata-kata aku tue, aku tak tahu. Tapi apa yang pasti, sejak peristiwa itu, kata-kata itulah juga yang sering bermain-main dengan teringang-ingang di gegendang telinga aku...

"Manusia akan berada di keadaan yang paling lemah ketika dia MARAH. Bila kita marah, kita seperti pemain ragbi yang memegang bola di tengah padang tetapi tidak berlari... Kita boleh dirempuh dari pelbagai sudut dari depan, belakang, kiri dan kanan oleh pemain lawan untuk menjatuhkan kita dan mendapatkan kembali bola ragbi berkenaan."

"Bila kita MARAH, kita lemah... Bila kita lemah, kita takkan mampu membuat keputusan yang rasional dan akan melakukan kesalahan yang mungkin akan memburukkan keadaan. Minimakan kesalahan..."


bila aku renung balik kata-kata aku tue, baru aku perasan bahawa selama ini formula itulah yang sering aku gunakan untuk menangani sebarang konflik dalam diri aku. Tapi yang bagusnya aku nie jarang marah, so cam tak efektif sangatpun lah kan rumus aku tue untuk diri aku sendiri.. ekekeke..

Mungkin korang nak cuba praktikkan?

.:Nota Tangan:. - Macam mana aku noleh buat rumus tue padahal aku tak pernah main ragbi pun?! :)

GT4 Memasuki Pasaran!

+++
Sesiapa yang berminat... Boleh book terus dengan aku! Ntehehe...

21 March 2005

Apala ASTRO nie!

Sekiranya korang penagih tegar televisyen... korang mungkin hendak berkongsi beberapa fakta dengan aku mengenai rancangan penampal ataupun dalam bahasa mudahnya rancangan yang diulang tayang beberapa kali semata-mata untuk mengisi kekosongan slot sekiranya ada:

+ Rancangan Phua Chu Kang, Senario the Series dan Konsert Karnival Sure Heboh (ulangan) adalah merupakan antara rancangan penampal paling popular sekiranya TV3 menghadapi masalah mengisi kekosongan slot.

+ Begitu juga siri-siri Fear Factor dan Maximum Exposure yang sentiasa mengisi kekosongan menampal kebocoran slot rancangan di AXN walaupun telah diulang beberapa kali.

+ Kalau korang bernasib baik, korang juga boleh mengulang beberapa kali menonton Dari Studio 1 (berbagai artis) sekiranya anda menonton RIA. Ada Siti Nurhaliza, ada Siti Sarah, ada Dayang Norfaizah, Ella, Flop Poppy, Ning Baizura, Raihan dan ramai lagilah!

+ Untuk rancangan TV1 dan TV2 aku kurang perasan sebab jarang tengok, tapi setakat yang pernah aku terperasan adalah mungkin juga rancangan Agro-Jurnal dan juga Hiburan Minggu Ini. *Mungkin korang boleh bantu part nie. Hehehe...

+ Rancangan-rancangan sitcom seperti Friends, Ed, Fraser, Everybodys Love Raymond dan beberapa lagi juga adalah merupakan rancangan yang sering diulang-ulang di channel 70, tapi rasanya tak sampai tahap rancangan penampal kot sebab masih ramai lagi yang minat rancangan nie (termasuk aku) walau diulang tayang beberapa kali.

Ada banyak lagilah.. tapi kepala aku penatlah plak nak ingatkan balik. Hehehe... Oh btw, kalau sesapa nak belajar 'kissing' ke, nak tengok pompuan seksi-seksi kee... mungkin korang nak marathon tengok rancangan di channel 16, 40, 41, 42 dan 70 di ASTRO... Hehehe.. giler babeng nyer tak cencored!! Macam-macam adaaa!!! Bila sekali sekala tertengok segan aku ngan diri sendiri..

Apalaa ASTRO nie!

.:Nota Tangan:. - Post sesaja nak isi masa lapang..

20 March 2005

A to Z TUTORIAL MEMBUAT VIDEO

Aku telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan ruangan Geng Video di Forum GJ bersama dengan Op...

Macam biasa, sifat manusia... suka salahkan orang lain, bukannya nak tuding ke muka sendiri. "Haa.. tuelah, sapa suruh aku jadi pengendali Geng Video tue? Kan aku dah jadi gila kuasa!", ntehehehe... kata aku kepada diri aku sendiri...

"Sesi kita malam nie (yee murid-murid...) adalah bagaimana untuk membuat video semudah A to Z!", Nampak mudah bukan? Tapi sebenarnya susah aaa sikit.. Tapi aku cuba permudahkan dengan buku warna gambar gambar berwarna supaya korang senang paham. :)

Namun adalah diingatkan bahawasanya tutorial aku nie adalah menggunakan perisian Screenblast Movie Studio (SbSS). Sebab apa SbSS? Sebab aku pakai SbSS! Hehehe..

So kalau nak mudah, dapatkanlah perisian nie supaya korang boleh follow sejibik-sejibik... Kalau tak, mehh aku bagi tip mudah... Walau apa pun jenisnya, caranya tetap sama, cuma terserah pada korang nak adapt/relate pendekatan yang digunakan oleh SbSS nie dengan perisian yang lain-lain.

Forum >> Geng Video >> A to Z TUTORIAL MEMBUAT VIDEO
atau Tutorial 1.1 >> Save target as (PDF format)

.:Nota Tangan:. -Selamat mencuba!!

17 March 2005

Diari Bakal Pengantin Pt 2

Maafler kalau bakal entri-entri aku lepas nie nanti akan lebih berkisar kepada DIABLOG, PROJEK BASAH 2.0 dan MUNAKAHAT~ WALIMATUL URUS! Heehehe... Dah memang 3 perkara tue agenda utama aku buat sementara waktu nie.

Anw, baru selepas mengemaskini TO DO LIST kami untuk majlis 29/4 dan 2/5 nanti:

30 Perkara...
+ Kursus perkahwinan.
+ Confirm tarikh perkahwinan.
+ Booking mak andam.
+ Booking studio untuk sesi fotografi.
+ Booking jurugambar di rumah.
+ Tempah cadar, langsir dll.
+ Discuss persiapan kenduri dengan family/pembahagian tugas.
+ Discuss senarai hantaran kedua-dua belah pihak.
+ Discuss mengenai pakaian, pelamin, bilik dll dengan mak andam.
+ Confirm balai tetamu, pengantin, tukang masak, kompang dll.
+ Survey rumah sewa.
+ Beli perabot bilik pengantin.
+ Design kad jemputan.
+ Tempah kad jemputan.
+ Tempah baju nikah.
+ Shopping hantaran dan souvenir dll.
+ Buat hantaran & souvenir untuk kawan & keluarga (dlm proses).
+ Kemaskinikan hantaran dan souvenir.
+ Beli gelang untuk upacara selepas nikah.
+ Confirm sewa rumah + deposit.
+ Edarkan kad jemputan
(*untuk GJ~ sasaran adalah semasa DIABLOG dan PROJEK BASAH).
+ Pilih dan confirm baju sanding (this week).
+ Shopping barang-barang personel semasa langsung nanti~finale!
+ Ambil gambar ukuran passport.
+ Isi borang permohonan kahwin.
+ Jumpa dengan Tok Imam kampung.
+ *JOIN KLD BERHABIS-HABISAN (mengentalkan jiwa! ntehehe..)
+ Touch-up, make-up, seven-up, up-up & away! kemasan diri~finale!
+ Persiapan pra perkahwinan~balai makan, pinggan mangkuk dll.
+ Kahwin.. Yahooo!!

.:Nota Tangan:. - Nie saja yang aku ingat daripada banyak yang aku dah terlupa. Huahuahua...