Powered By Blogger

04 April 2005

Maybank2me?

Siang tadi aku pergi ke Maybank dengan membawa sejinjit karung plastik yang mengandungi keping-keping syiling yang bernilai hampir RM2000! Punyalah berat karung tu macam ada 10 biji batu bata! Sampai sakit kuku-kuku aku sebab nak pegang kejap-kejap karung plastik supaya tak pecah.

Niat di hati nak masukkan duit-duit tue ke dalam akaun.

Dari parking sampai ke Maybank aku menjadi perhatian ramai sebab aku sorang terkial-kial menjinjit padahal takdelah sebesar mana pun plastik tue. Mungkin diorang tak pernah angkat duit syiling sampai RM2000 kot. Aku pun tak pernah. Tapi sekali dah angkat rasa serik.

Sampai di Maybank terus bertanyakan di kaunter mana yang boleh aku berurusan untuk mengira dan memasukkan terus duit tue ke dalam bank.
"Kaunter 9 ye Encik. Terus masuk, tak perlu ambil no", cik adik manis Maybank
"Ohhh ok, tak perlu ambil no ye?", lega sebab aku tak perlu menuggu giliran sambil menjinjit plastik misteri.

Malangnya sampai di kaunter 9, abang Maybank tak mahu kira duit aku.
"Adik datang besok je laa, hari Isnin banyak cash masuk", abang Maybank mengelat.
"Ada peraturan ke kata nak masuk duit syiling kena datang hari Selasa?", aku dah panas hati.
"Takdelah, saya yang susah nak kira sebab ada banyak duit cash yang saya nak kira nie", abang Maybank nak defend diri.
"Ohh ok!", aku buat muka 'stone' sambil berlalu pergi.

Nampak gayanya kenalah aku jinjit lagi duit-duit nie. "Kalau aku kena samun siap ko abang Maybank, aku buat report kat manager ko biar ko kena buang kerja!", ptuihh!!

Maybank2uuuu kononn!!

0 comments: