Powered By Blogger

11 April 2005

Diari Bakal Pengantin Pt 4

2 3 minggu lepas ada teman menegur, "kau dah nak kawin-kawin ni pun boleh concerntrate pada kerja lagi ye? Kalau akak dan malas dah".

Aku menerima soalan itu dengan menganggap teman aku tu bersinis, nak memperli aku. Konon-konon aku ni dah gatal sangat nak kahwin sampai dah tak concerntrate kerja.

"Alaaa, biasa je lah kak, kerja kerjalah. Urusan kahwin, kahwin!", cepat aje aku menjawab.

Sekarang ini, pada saat dan ketika ini, baru aku faham apa maksudnya. Baru aku merasai apa yang teman aku itu rasai. Aku dah tak boleh nak tumpukan perhatian. Jasad aku di pejabat, tapi ingatan dan semangat aku jauh melayang. Aku jadi lemah dan tak berdaya. Aku hilang fokus!

Pelbagai perkara yang telah berlaku, sedang dan akan berlaku bermain-main dalam fikiran, bercelaru minda dan jiwa. Kalau tak, takkan semalam masa mandi aku bersabun 2 kali?!! :)

0 comments: