Powered By Blogger

31 December 2013

Salam dari Sarawak

Aku masih bergolekan di atas katil separa empuk di rumah sewa baru kami...memandangkan barang2 kami belum sampai dari Semenanjung, maka untuk beberapa malam ni pakbear hanya tido berpeluk pelukan dengan bantal2 sofa di tingkat bawah...aku rasa pakbear lebih enak tidur berpelukan dengan si gebu iaitu bantal kusyen tu dari memeluk bini nya yang makin tiada isi ini...apsal aku makin kurus eh? :p


Amacam pakbear?? Best tak tido di tingkat bawah tu? Si Gebu buat hal tak?? Hehehe

Aku dan anak2 bear yang 3 orang ni pula tido berhimpitan di atas katil bersaiz king kepunyaan owner rumah baru kami ni..nasib baik katilnya saiz king dan nasib baik aku dan anak2 semua saiz S..hehe..so bersepak sepakan lah Wafiy, Waseem dan Huda ketika tidur dan aku pula kerap terjaga kerana menjadi bahan sepakan..:)

Semalam kedatangan kami ke bumi Sarawak disambut dengan hujan rahmat...

Hujan itu dari petang membawa ke malam, malam ke pagi, pagi ke malam semula...

Cuaca mendung2 yang menyebabkan aku rasa ingin tidur sepanjang hari...tapi apakan daya, bila siang saja, anak2 bear ku semua tahan mata...dan pantang lepa ada sahaja aktiviti anak2 bear ni..siang tadi mereka dah mencorak batikkan lantai balkoni depan rumah kami dengan tanah lumpur...susah juga duduk rumah bertanah ni, anak2 aku main tanah pulak...so petang tadi sebelum pakbear merangkap tukang menceceh no 1 dalam rumah ni bangun tido, aku pun bersihkan la corak batik yang anak2 buat tu....nasib korang baik anak2..kalau Dedi nampak apa yang korang buat tadi, berdas2 bebelan korang kena..

Oh! Lupa..pakbear ada azam tahun baru sempena duduk sarawak dan sempena Waseem masuk tadika islamic english montessori..apa azamnya?

Azamnya adalah nak speaking omputeh...di rumah, dengan aku dan anak2...

So siang tadi kami praktis sampai Wafiy dah sakit telinga...

"Boleh tak jangan cakap english lagi, Abang pening.."

Hehehe

Pakbear kata dia jealous sebab aku boleh speaking dengan fluent berbanding dia, dan dia beri amaran jangan gelakkan dia bila dia speaking sebab english pakbear memang tahap pecah rumah...takpelah Dedi...slowly....Umi ni lain, memang dah hari2 kerja kena cakap bahasa penjajah tu..:)

Pakbear ni walaupun cakap broken abis tapi suka buat slang macam mat saleh sangat, tu yang Wafiy sakit telinga tu. Kahkahkah..aku rasa sapa yg kenal pakbear boleh bayangkan gilanya pakbear bila dia dh naik sheikh!!! 

Bila aku tengok gambar ni, aku teringat pakbear yang suka menggeliat pelbagai aksi..kehkehkeh

Oh! Tapi bila pakbear sendiri set rule nak cakap omputeh, makanya dengan automatik dia kurang membebel...hahaha...

Anyway, tu azam pakbear...

Azam aku pulak...nak jadi isteri dan Umi yang mithali untuk pakbear dan anak2...


Mithali sungguh mak miau ni? Betul2 amalkan sunnah Nabi, menenenkan anak2 hingga besar panjang...hehe


Aku sebenarnya nak belajar masak, buat kek dan kuih...

Kesian anak2 aku dapat Mak yg takde skil Mak2 ni...

Tapi it all depends on keja aku nanti camne..yg semua orang sedia maklum, hosp di Kuching ni workload nya sangat tinggi dan termasuk aku nanti pakar Histopath hanya ada 6 orang sedangkan kalau ikut workload patutnya ada 10 orang pakar...tapi dorg kata kat sini no rush...buat mana yang larat je..dont push yourself too hard...u ada family....so by 5pm semua wajib balik rumah, itu kata senior2 di Kuching ni..kerana itu aku agak yakin aku akan mampu spend time untuk anak2 bear aku ni..Amin..

Aku juga berhajat untuk menguruskan pakbear...dan lama dah pasang hajat tu...konon nak suruh pakbear gi gym la...itulah inilah...tapi disebabkan kesibukan aku sebelum ni, pakbear selalu terabai...cian laki aku..

Ni gambar pakbear pada Mac 2012 di kedai makan di Waterfront Kuching, time ni aku kursus kat Pullman Kuching
Tak sangka pada tahun 2014 kami jadi warga Kuching...

Aku ada azam lagi satu..hehehe..tapi bila dh pandai nanti baru aku cite eh? Malu lah..pakbear sendiri gelakkan aku bila tahu aku nak belajar buat 'something' tu...dia langsung tak yakin aku boleh buat....huhuhu...nak merajuk lah..



Anyway, aku dan pakbear berharap kehidupan baru kami di Kuching ni akan dipermudahkan dan kami sentiasa dalam rahmat Allah...

Kami langsung tak dapat mengagak hari2 yang mendatang nanti macam mana...ada sedikit kerisauan...

Kawan2 semua doakan ye...

Oh! Aku tersentuh betul bila ada sorang rakan lama aku yang pergi menunaikan umrah memberitahu ketika di Raudhoh, dia sempat mendoakan kesejahteraan aku dan famili di Kuching ni..
Thanx Ajun...

Thanx kepada semua kawan2 yang wish selamat untuk kami...

Datang Kuching bagitau ya...Jemput datang rumah..:)

Luv uols!!!!


4 comments:

Siti Munirah said...

tertanya-tanya apa azam makbear yang "something" tu?

Maria Qiptiyah said...

Welcome to the club...org Semenanjung di perantauan. Heheheh, perantauanlah sgt kan.
Bab ckp omputih tu, ckp kat Pak Bear jgn risau, nanti masuk sekolah insyaallah outomatik Wafiy pandai ckp. Org sini biasanya speaking berhabuk..heheheh.
Laaa, knp tak ckp tilam bantal belum sampai. Kami ada comforter n bantal lebih. Boleh jer nak pinjamkan.

fairus said...

SEMOGA BERASA SELESA BERADA DI SARAWAK..

Unknown said...

Selamat memulakan kehidupan di bumi kenyalang kak najah n family.. new place new life but same person ok!! Tapi mmg nampak sgt akak kurus sgt la ni.. huhu.. stress keje ke?