Powered By Blogger

29 December 2013

Kisah satu malam sebelum pindah Sarawak

Malam ni kami tido hotel...


Hehehe..

Mesti ada yg kata lorat betul makcik ni...tido hotel pun nak bagitau...

Kami tido hotel setelah aku perasan bahawasanya malam ni sekiranya kami bermalam di rumah sewa kami yang indah permai itu makanya kami akan tido tanpa bantal dan selimut..dan kemungkinan besar pakbear langsung tak lena tido kerana mungkin dia terpaksa tido atas simen je..hahaha

Ini kerana semua bantal2 dan selimut dan comforter kami semua samada telah selamat naik kapal ke Sarawak ataupun selamat dihantar ke rumah kakak aku di Nilai untuk dieksport ke rumah Mak aku kemudian..

Dan mengenangkan pakbear asyik mengeluh sakit pinggang sebab mengangkat banyak barang2 berat lately makanya aku bagi hadiah la untuk pakbear tidur di atas tilam empuk hotel ni...tapi nak polok2 pakbear pun tak boleh malam ni sebab pakbear tido hujung sana, aku tido hujung sini....antara kami ada 3 anak bearuang...anak bear yg gegirl tu lagi dahsyat, dia nampak je aku nk kuis2 jari pakbear, dia dah bising2 marah....jeles le tu...maklumlah, dia dah naik takhta gadis pujaan pakbear sekarang ni..:p

Dan sebenarnya jugak tadi adalah 1st time aku tunjuk ke'brutal'an aku dengan menghentak2 meja reception hotel ni setelah 2 jam aku menanti bilik yg dorg kata takde kosong sebab hotel penuh sedangkan aku dah book hotel ni online...

Aku actually dah datang hotel pukul 5 petang, pastu dorg kata room not ready so kami pun merayau la dulu...

Pastu datang balik at 7.30 pm, room still not ready..receptionist tu kata

 "Puan book online sebab tu susah!!"

"Semalam kami fully booked, so ramai tak check out lagi"

Hallooo...dia bagi aku excuse tu pada jam 7.30malam, so mana aku tak naik geram....

So sambil membebel2 tanpa henti berkenaan hotel yang takde pengurusan yang baik mengenai booking online, membebel sebab esok by 12noon aku dah kena check out sedangkan pukul 7.30 malam aku masih kat lobi, membebel sebab anak2 aku dah mengamuk sebab tak dapat pegi pool, anak aku tak mandi lagi dan pelbagai lagi

DAN

Yang penting setelah aku habis membebel campur bahasa melayu ngan omputeh...

Aku akhirnya hentak2 tangan aku kat meja receptionist tu sambil kata

"I don't care what ur excuse is, what i know, i want to enter my room now!!!"

Garang betul aku tadi...sebab aku dah cukup bengang...

Dan lepas sahaja aku hentak meja tu, budak tu masuk dalam bilik tepi reception dia kejap, then bila dia keluar, dia terus proses bilik untuk aku tanpa memberi alasan2 lain kenapa hotel dia masih penuh..

Ekeleh...kalau aku tahu la camtu, masa mula2 datang pukul 5 petang tadi aku dah hentak2 tangan kat meja reception hotel tu...hehehe..


Saja letak ayat di atas ni...korang tau tak ayat ni memang kena sangat dengan aku dan pakbear...aku naturally tegas dan agak garang dan berhati batu...pakbear pulak agak malu2, sopan dan lembut hati..

So memang amat benar bila dalam sesuatu situasi tu memerlukan seseorang yang garang dan berani..maka aku lah jadi hero..

Bila perlu seseorang yang berperwatakan baik, maka pakbear akan tampil ke depan menyelamatkan keadaan...

Hehehe..

#pakbear, esok kita dah nak pindah Sarawak dah..

Nervous nervous..

:*)




5 comments:

coklat~vanilla said...

hahahaha! padahal, kalo tgk muka, najah cam lembut jer...tp bear mmg jenis lembut hati

selamat berpindah dan tunggu kamek maghi sarawak ya
:)

Zuki said...

Selamat bertugas di tempat baru Dr. Semoga dipermudahkan semua urusan oleh Allah SWT.

Saya ketemui blog ini setelah saya Google semua websites/ blog yang mengandungi perkataan Suria Homestay Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan ( www.suriahomestay.com). Saya sebenarnya owner Suria Homestay Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan.

Terima kasih kerana menginap Suria Homestay Kubang Kerian Kota Bharu tempoh hari.

Di hospital kat Sarawak sebagai Pakar apa ya .... Tk sekali lagi.

Maria Qiptiyah said...

Kalau saya agaknya dah keluar cr hotel lain. Huhuhuhu.

Tak saabr nak jumpa hero2 dan heroin kecik tu :)

isabelle frankly said...

hehehe. aku pernah tgk sham yg penyabar tu tetiba hangin satu badan kat satu restoran hamsap kat ttdi dulu.
terdiam aku.
mklm la..selalu kan, aku tukang bebel. tapi masa tu aku x larang la dia. hehe

fairus said...

SELAMAT MENJADI ORANG SARAWAK..

KIM SALAM KAT PAK BEAR..