Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

15 July 2006

BELASUNGKAWA (Untuk Arwah CikNana)

Al-Fatihah untuk arwah ciknana.

Aku tak pernah menyangka, pada suatu ketika dan masa aku akan menulis BELASUNGKAWA kepada seseorang. Akhirnya masa itu tiba.

Arwah adalah seorang yang ceria dan selamba. Tak sangka di sebalik keceriaan arwah itu mengandungi sejuta duka.

Aku kenal arwah kali pertama semasa pre-gathering 2004 (bowling) di Mines. Masa tue arwah jadi coordinatornya bersama Tipah dan W4lyd. Masih aku ingat juga beliau telah menamakan aku sebagai "Blogger Paling Happening" pada petang itu di Dewan Sri Pulasan UPM. Natijahnya aku dihadiahkan sebuah diari walaupun aku tak pernah menyanyikan lagu "Diari Seorang Lelaki-Pretty Ugly".

Pernah bekerjasama dalam Projek Basah V2. Namun hasrat arwah tak kesampaian untuk menghadiri projek berkenaan walaupun arwah antara yang paling beria-ia untuk menyertainya di peringkat awal.

Alahai.. tak baik menyebut-nyebut orang yang dah tiada. Au mendoakan roh Allahyarhamah di tempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin.

30 June 2006

Tips Dari Adlin

Kalian ingat masa konsert ke-3 AF3 dulu? Ketika Adlin menasihatkan kepada Faizal, untuk menjadi artis yang berjaya, pertama jangan ambil ganja/dadah iaitu sejurus penampilan istimewa Saleem (Iklim) bersama Faizal mendendangkan lagu 'Ganu Kite'.

Kalau kalian menonton ketika itu, pasti kalian ingat.

Walaubagaimanapun, perkara dah lepas, Adlin pun dah minta maaf secara terbuka minggu lalu. Ikhlas ke tak ikhlas antara dia dengan Tuhan. 'Aiman (sebut aku) tak kisah', sebab aku minat juga dengan cara kritikan Adlin tue, macam tengok teater pulak!

Minggu nie, Fahran dapat lagu 'Biarlah Rahsia', Siti Nurhaliza. Aku harap Siti takkan muncul.

Aku berimaginasi, kalau Siti muncul semasa persembahan Farhan, kritikan Adlin akan berbunyi begini,
"Ok Farhan, saya suka dengan persembahan awak. Saya percaya awak boleh pergi jauh. Cuma 1 tip untuk awak kalau mahu berjaya, pertama: JANGAN KAHWIN DENGAN SUAMI ORANG (atau duda?)!! Bla.. blaa..". Sigh!

19 June 2006

Dalam Keseronokan Memudar Itu

Semalam. Keghairahan aku untuk menonton cereka saduran filem ke layar tv, cerita 'Sumbat Bola & Lipstick' tak berpanjangan. Setengah cerita, keseronokannya memudar..

Mereka kata melayu kolot. Melayu kena cakap melayu, dengar lagu melayu dan menonton teater?! Melayu tak boleh pakai jeans.

Typical melayu, malas. Terlalu bersopan santun (baca lembek).

Kesian melayu.. orang kata melayu kolot.

Dalam keseronokan memudar itu, aku berfikir.. Siapa yang kolot? Melayu kat luar sini ke ataupun melayu yang menulis skrip tue?

Dalam keseronokan memudar itu. Hujan menggila. Liputan siaran tv satelit kuali aku juga turut memudar bersama menggilanya angin malam. Alahai..

16 June 2006

Tazkirah

Ustaz pernah cakap pada kami, di tempat/tanah mana kamu di'mati'kan di situlah asalnya tanah kita dijadikan.

Sesungguhnya asalnya kita itu dari gumpalan-gumpalan tanah. Wallahu'alam!

15 June 2006

Mana Boleh Bagitau.. Rahsiaa!

Bila kecurian berlaku ( di muzium), maka kesedaran tentang betapa pentingnya keselamtan premis meningkat.

Kursus keselamatan oleh Pn .Pegawai Keselamatan Negeri telah diadakan.

Antara intipati yang kerap kali ditekankan oleh Pn. Pegawai adalah betapa kita perlu berhati-hati terhadap penyebaran maklumat-maklumat yang pada kita tidak penting tetapi jika dikumpul-kumpul akan menjadi satu maklumat yang sangat CONFIDENTIAL!

"Jangan percaya pada cleaner di tempat kerja tuan-puan", Pn. Pegawai.

"Jangan sebarangan bercerita dengan pembantu rumah anda kerana gadis Indon adalah perisik terbaik di Asia", tambah Pn. Pegawai.

"Jangan jawab itu dan ini jika tiada keperluan", panjang lebar sungguh amaran JANGAN dari Pn. Pegawai.

Peserta kursus begitu kagum dengan tahap suspicious dari Pn. tadi.

"Bagaimana dengan keadaan pejabat anda? Anda berapa laluan akses, komputer, maklumat peribadi, fail sulit?", tanya Pn. Pegawai.

"Ehh, mana boleh bagitau.. Rahsiaa!!", hebat betul kami.

01 June 2006

Eek Ook Eek Ook.. Dan,

Eek Ook Eek Ook..
Eek Ook Eek Ook..

"Bunyia apa tue Zal?", teman. Mengerut dahi.

Ek Ok Ek Ok..
Ek Ok Ek Ok..

Makin laju dan makin kuat.

Ek Ok Ek Ok..
Ek Ok Ek Ok..

Berturut-turut, seiring dengusan nafas.

Ek Ok Ek Ok..
Ek Ok Ek Ok..

Dan, mereka pun berfantasi yang bukan-bukan!

Mute.

Sebenarnya ia adalah bunyi beg plastik besar yang terletak di bawah meja aku.

30 May 2006

Berguru Kepalang Ajar

Tak elok kedekut ilmu. Orang kata, kalau kita ada ilmu dan kita sampai-sampaikan ilmu kita makin bertambah. InsyaAllah.

Di pejabat aku selalu ada budak praktikal. Selalunya, aku tengok kalau budak tue bagus dan ada sifat ingin belajar, aku rajin nak mengajar.

Suatu hari di pejabat.
"Ali, meh sini aku ajar pasal komponen dalam komputer", aku. Budak nie bukan butdak IT.
Ali berdiri sebelah aku sambil tekun tengok aku sedang menunjukkan kepakaran mengoperate cpu.
"Nie kau tau apa? Hard-disk. Nie, RAM. Yang niela yang orang pakai cpu-cpu tue. Pentium4 ke Pentium3 kee..", Aku. Ali ternganga.

"Toot..toot.", bunyi h-set.
"Jap Li (Ali), hello... bla bla bla", aku jawab panngilan telefon tadi.

"Ok, Li, itu jee lah sesi pembelajaran kita ari nie", aku. Sambil menutup semula casing cpu.
"Ehh, mana h-set aku?", sudah, h-set dah tak jumpa.
"Cuba ko call no h-set aku Li", aku.

"Toot..toot.", bunyi h-set.
"Ehh, dalam cpu nie laa bos!", Ali.

"Hahaha..", alahai! Berguru kepalang ajar.

25 May 2006

Kuasa Psikik

Suatu malam. Sedang istirehat menonton rancangan polis kegemaran ramai. Suasana sepi sambil mata kejap di kaca tv diselang-seli dengan bunyi tembakan dan jerit pekik. Aksi polis sedang mengejar penjahat.

"Abang rasa abang ada kuasa psikik laa..", aku
"Naper plak?", MakBear

"Abang rasa macam dalam kepala otak abang nie terngiang-ngiang dialog polis tue sebelum dia cakap. Macam abang boleh agak jee apa yang diorang nak cakap. Dengar kuat. Betul", Aku
"Ceh, itu sebab mak bukak tv (bukan Astro) lagi satu laa", MakBear.

Nota: Siaran tv di Astro lambat sikit dari siaran tv bukan Astro.

"Laaa.. ye ker? Bistue apa maknanya?", aku.
"TAKDE MAKNANYA!", MakBear.

24 May 2006

Bukan Bos Ayah Kita Bos

Bukan Bos "Ayah Kita Bos"!

Bos kita pun macam artis.

Kalau berlaku baik dan mematuhi arahan, dialah yang terbaik. Dialah role-model yang patut dicontohi.

Kalau terkantoi buat salah.. "Saya (sebut bos) pun manusia biasa", Bos.

Bukan Bos "Ayah Kita Bos"!

21 May 2006

Konpem Berkesan

Tips DIY yang diperolehi dari sisipan e-mail.

"CUBE LAH KALAU NAK TAU BERKESAAN KE TIDAK.

Anda tertinggal kunci dan remote device dalam kereta yang terkunci dari dalam. Atau anak kecil anda tertekan butang central lock. Pinjam/Dapatkan handphone dan berdiri jarak kurang satu kaki / berhampirantayar kanan pemandu (alarm receiver). Call your wife di rumah dan minta dia RETURN CALL bersama spare key dan remote. Minta your wife tekan unlock button sambil sentuh handphone. ( handphone sahaja, fixed line kurang sesuai ). Perlu diingat bahawa remote alarm device menggunakan spectrum Long Wave Radio frequency dan handphone pula menggunakan spectrum Short wave Radio Frequency yg boleh diselitkan Long wave. Bergantung kepada Alarm Device.

Dapat info dari kejadian di Petrol Station. Selamat Mencuba."
-----

PETUA AKU (Kalau tak boleh pakai tips tadi):

Cubalah, konpem berkesan.

Suruh bini korang datang ke tempat kejadian (kereta terkunci) dan bawak sekali spare key kereta tue bersama. InsyaAllah.. Masalah pintu terkunci dapat diatasi.

17 May 2006

'Ben' Masuk Belakang!

Dalam satu majlis keraian yang dihadiri oleh ramai tetamu-tetamu VIP. Majlis itu pula akan dirasmikan oleh seorang yang sangat VVIP. Namanya Datuk R.

Nak dijadikan cerita, Datuk R tak hadir, diwakilkan pada isterinya yang juga seorang VVIP dikenali sebagai Datin M. Selepas selesai acara perasmian, tibalah acara yang amat dinanti-nantikan supaya cepat habis iaitu sesi karaoke oleh tetamu VVIP.

Datin M menyanyi memang sedap, tapi kalau tak nyanyi lagi sedap.

Dari satu lagu ke satu lagu. Datin M request pula satu lagu istimewa, lagu nie tak pernah rehearsal dengan band, katanya.

"Ok band (sebut Ben), I nyanyi dulu, band masuk dari belakang", Datin M.

Otak seisi dewan bercabang-cabang menafsir kata-kata Datin M sambil disambut dengan sorak-sorai berbaur lucah.

"Kau tahu band (sebut Ben) tue siapa?", aku.
"Ntah, siapa?", member.
"Band (sebut Ben) tue nama timangan Datuk R!!", aku.

15 May 2006

Dulu. Sekarang.

Dulu. Diorang kata aku tak tahu sebab aku belum kawin lagi. Bujang.

Sekarang. Diorang kata aku takde anak lagi tak tau.. Dah ada anak nanti taulah!

??? Lepas nie apa pulak?

09 March 2006

Kisah Benar Ronald McDonald

Ini adalah sebuah kisah benar yang telah diberi suntikan mesra pembaca.

Jam 9.00 mlm, di sebuah gedung membeli-belah.

"Bagi saya cuba saiz 8" pintaku pada promoter.

Kasut saiz 8 dengan potongan yang berkenan di hati sudah di tangan. Aku buka kasut lusuh yang sedia mebalut kaki. Aku cuba-cuba sarung kasut baru. "Ahh.. sedang elok", sambil berkira-kira harga kasut setelah ditolak diskaun 30%.

"Ok, saya amik yang ini", aku menyerahkan semula kasut berkenaan untuk dituliskan resit. Sesambil itu tangan meraba-raba mencari kasut lusuh di kaki kerusi. Tiada!

"Aik.. sudah, kasut lusuh kepam tue pun ada orang nak curi ke?".

Tiba-tiba aku nampak sesusuk tubuh jalan terkedek-kedek macam Ronald McDonald di baris-baris kasut cantik bergaya. Kasutnya besar sungguh! Tak sesuai dengan tubuhnya yang molek. Aku berkira, saiznya kasut itu mesti saiz 8, bukan untuk tuan punya kaki yang mungkin bersaiz 4. Dia berpaling sampai melemparkan senyuman. Nampak selesa sungguh begitu.

"Ahh.. sifat keanak-anakan di sebalik wajah seriusnya itulah yang sentiasa menambat hatiku", aku balas senyuman MakBear sambil menggamit-gamit tangan supaya dia menyerahkan semula kasut lusuhku.

Itulah hobinya, menyarung kasut aku yang besar. Mungkin dalam kasut tue dia rasa jari jemari kakinya lebih panas, seperti kucing yang suka berdiang di tepi dapur kayu. Macam koko panas?

Tamat. Noktah.

Daerah Terpencil

Otai blog kata, kalau kita lama tak tulis blog, kita akan kehilangan peminat. Ahh.. tidak apa, aku bukannya ada peminat pun. Hiks.

Maaf, teman. Aku berlama-lama meninggalkan blog nie tidak berusik. Bukannya sebab dah hilang ketagih tapi sibuk dengan rutin. Rutin yang lebih dari biasa.

Selepas 2 minggu berhempas pulas menyelesaikan projek, aku mengambil cuti panjang hampir sepuluh hari. Ada orang ingat MakBear dan nak terbersalin, haha.. lawak la. Belum lagi kawan. Lama lagi. Ternyata ada yang sudah tidak sabar.

Aku menghabiskan cuti, berlama-lama di negara jiran. Menziarahi susur galur saudara serumpun sebelah MakBear. Seronok? Aku rasa seperti melemparkan diri sendiri ke daerah paling terpencil aku pernah jejaki. Tetapi percayalah, sampai hari ini detik di daerah itulah yang paling aku rindui.

Daerah yang aku rindui itu bernama Pacitan. Bila teman bertanya di mana Pacitan? Kat Sumatera ke? Best ke?
"Pacitan itu daerah yang paling terpencil dan paling selatan sekali di Kepulauan Jawa. Letaknya kiranya 12 jam perjalanan darat dari Kotaraya Jakarta dan 4 jam perjalanan dari Solo. Bentuk muka buminya berbukit bukau mcam naik turun Cameron Highland. Daerah yang sungguh terpencil dan sunyi", jawab aku. Tidak sepadan dengan soalan yang bertubi-tubi aku terima. Teman hanya ternganga membayangkan.

Aku tersenyum. Cukuplah. Pengalaman yang selebihnya takkan dapat dibayangkan kalau kau tak berpijak sendiri di daerah sunyi itu. Ahh.. terima kasih pada Yantor dan Hiru yang sudi menerangkan maklumat penting ini kepada aku.

14 February 2006

Tempat Simpan Phonebook

12.35pm.

Matahari terik membakar ubun-ubun. Orang bersimpang siur. "Ramai sungguh manusia, mesti feymes keluarga dia nie", aku.

Mata mengitar bundar, mencari batang tubuh yang mungkin dikenali. Segala objek bergerak di hadapan mata dirakam dan diproses, namun masih belum berhasil mengecam seorang pun manusia yang termasuk dalam kategori teman taulan hatta musuh durjana sekalipun.

Seketika baru dapat berjumpa dengan tuan punya majlis. Belum bersiap lagi. Masih berbaju melayu warna biji kundang dan sampin terikat kemas, simple (tiada bunga-bunga ala-ala P. Ramlee). Ramah melayan tetamu.

Dari jauh bila terpandangkan aku, si Azmir sudah tersenyum meleret. Iya, aku kenalan dari sekolah lama yang pertama sekali sampai ke rumahnya (atau mungkin yang kedua - Zaidi). Bersalaman sambil mengucapkan tahniah, berbual lebih kurang, aku berundur sikit memberi ruang kepada Azmir untuk menguruskan apa-apa yang patut.

Agenda pertama dah selesai. Agenda kedua belum lagi, iaitu makan. Aku mengetet-ngetet sms, risau teman-teman yang lain belum tiba. Mana sedap makan sorang-sorang.

1.30pm.

Makin ramai kenalan yang datang. Majlis kahwin seperti ini, selain meraikan raja sehari, yang paling best lagi ialah berjumpa dengan teman-teman sekolah yang lama. Dah macam reunion pula.

Aku datang sorang, Azizal datang sorang (sebab bininya dalam pantang) dan Mozack pun datang sorang. Hanya Huzaimy saja yang dah berkahwin angkut anak bini ke rumah Azmir. Azizal kata senang jee "orang rumah duduk rumah laa..".

"Najah on-call", aku.

Suasana makin kecoh bila, makin ramai yang datang. Edi datang dengan emaknya. Dah sedikit kurus. Jambangnya dulu kalau aku jumpa berserabut tidak terurus, sekarang sudah semakin kemas. Cuma bulu atas kepalanya tue yang aku tengok dah semakin kurang. Nampak jendul sikit dahinya. Semakin luas.

"Din, no telefon ko masih yang 566**** tue kan?", Edi. Lewat menjabat tangan.

"Ha'ah.. ingat lagi ko yee", Din. Menambahkan pelik kitaorang sebab kalau iyepun si Edi dengan Din pernah berhubung, itu mungkin 9-10 yang lepas. Takkan dia ingat lagi. Kuat betul ingatan Edi.

"OooOOo.. baru aku tau apa guna dahi luas kau nie.. tempat simpan phonebook rupanya!", Azizal; merujuk dahi Edi yang jendul!!

10 February 2006

Aku Bilang Dulu

Pagi tadi. Aku bilang pagi tadi. Masa pulang dari bersarapan.

Jalan kaki.

Ketika melangkah tangga-tangga kecil, curam ke bangunan pejabat, anak mata menangkap kelibat sepasang mat saleh yang hendak menuruni tangga yang sama.

Woah, seksi sungguh wanita mat saleh itu. Perutnya sedikit buncit (mungkin pregnant). Tapi masih lagi seksi berskirt jeans pendek dan berbaju sendat warna putih.

Berdasarkan keadaan kami yang sedikit mendongak (kan aku dah bilang tadi tangga itu curam?) ketika memanjat kaki-kaki tangga aku sempat berbisik pada teman di sebelah, "silap-silap haribulan nampak *kutaknya nanti nie..".

Ops!! Kan aku dah kata.. Astaghfirullahal Azim!

Dulu aku memang mahir dengan subjek pelan dan dongakan. Aku bilang dulu!

Nota(*): Di kalangan kami kutak tue adalah underwe*r.

31 January 2006

Detik Baru.. Salam Hijrah

Tahun baru detik baru. Dah baca doa akhir dan awal tahun?

Argh.. Badan aku sedang menanggung akibat keghairahan melampau semasa kunjungan kami ke rumah sahabat di Alor Setar 28 & 29 Januari lepas. Keletihan memandu 6 jam pergi dan balik Melaka-Alor Setar-Melaka, baru sekarang merayap ke urat belikat dan otot tubuh.

Keseorangan akibat ditinggal bini (on-call) menyebabkan semakin mudah aku dilanda depression rekaan sendiri.

Ahh.. Biarkanlah, selepas badan terkena cucran air sejuk dari pancuran pasti akan terasa segar. Tambahan masih ada beberapa lagi urusan yang perlu aku selesaikan selepas ini. Mungkin kemudiannya akan pulang ke kampung menjenguk anak-anak buah baru.

Tahniah kepada Farah dan K. Semoga detik baru ini menjadikan kehidupan kalian lebih girang bermakna! Cepat menimang cahaya mata.. :)

Salam Tahun Baru Hijrah 1427!

27 January 2006

Hari Bersejarah Yang Bersejarah

Amir Zaqwan namanya..

Bayi yang seberat 2.8kg nie dah tak sabar-sabar untuk melihat dunia! Tak sabar hendak berkawan dengan Adam Syahmi.

Amir tahu neneknya nak balik haji pada 21 Januari, dia dah keluar dulu 2 hari awal (19 Januari 2006) menyebabkan mak aku di Tanah Suci tak sabar-sabar nak balik untuk menatap wajah-wajah 2 cucunya.

Aku ingat dah cukup bersejarahlah nie dapat 2 orang anak buah lelaki dalam tak sampai 2 minggu! Tapi rupanya mak dan ayah aku lagi mencatat sejarah apabila penerbangan kembali ke tanah air hampir 5 kali ditunda atas sebab-sebab yang tak dapat dikenal pasti! Dramatik sungguh..

Aku yang sepatutnya jadi tukang jemput mak ayah aku juga terpaksa 'mendramatikkan diri' apabila dipaksa menelefon Pusat Gerakan Tabung Haji beberapa kali untuk mengesahkan masa ketibaannya. Dari sepatutnya pada 21 Jan jam 5.00am ke 23 Jan jam 1.30a.! Tak ke jauh tunda tarikhnya? Sampaikan kenduri kesyukuran kami ditunda 2 kali dan akhirnya terpaksa buat juga pada 22 Jan walaupun insan-insan yang 'nak disyukurkan' tue tak jejak pun kaki di Malysia! Bersejarah tue..

"Balik dululah yee.. tunggu pengantinnya tak sampai-sampai lagi", orang-orang kampung mengusik nakal.

Sudahnya pada zohor 23 Jan tue buat lagi sekali kenduri syukur dan doa selamat. Takpelah, janji semuanya selamat sampai dan mak bapak aku berada dalam keadaan sihat walafiat.

Suka betul mak ayah aku bila disambut oleh 2 orang cucu sulung. Mak aku kata, rombongan yang sama kepulangannya dengan mak aku semua dah tau mak aku tak sabar melihat cucu bila pulang ke Malaysia. Sudahnya bila Tabung Haji asyik tunda jee penerbangan, semua bersorak.. "Alahai, kesian cucu nak tunggu neneknya lama tak sampai-sampai!".

Begitulah kecohnya bila nenek dan cucu tak sabar nak bertemu! Tapi jangan salah paham yee.. Amir Zaqwan tue anak sulung abang aku (yang sanding sama dengan aku aritue). Pada siapa yang dah lupa, Adam Syahmi tue pulak anak sulung adik perempuan aku. Anak aku?? Coming soooonnn!!! :)

Tak mainlah keluar beramai-ramai nie! Hehehehe

25 January 2006

Kelmarin & Semalam

Kelmarin.

MakBear demam teruk. Menggigil, batuk dan selsema. Kemabukan mengandung juga semakin mejadi-jadi. Sejak kebelakangan ini selalu muntah dengan banyak. Dahsyat sungguh bunyinya. Kalau orang-orang tua cakap 'muntah belelah', muntah yang dah takde apa-apa lagi nak keluar sampai lembik.

MakBear menafikan muntahnya itu disebabkan dia mengandung tapi hanyalah kerana demam yang tak mahu kebah. Tapi aku agak yakin gejala muntah-muntah itu berkait kuat dengan pembawaan baby dalam kandungan sebab menurut mak mertua aku, dulu dia pun kalau mengandung memang teruk mabuknya.

Kelmarin adalah puncak bagi segala kesabaran dan kekhuatiran aku. Aku bawa juga MakBear ke klinik setelah ubat yang MakBear beli sendiri di farmasi sebelum ini tidak menunjukkan kemajuan. Aku risaukan MakBear, aku khuatirkan baby dalam perut MakBear yang dah 3 bulan lebih tue.

Dr. bagi banyak ubat. Macam-macam. Untuk MakBear dan juga untuk baby. Kemudian aku mintak scan baby. Aku nak tengok sendiri keadaan baby setelah scanning terakhir yang dibuat pada minggu ke-9 lalu.

Alahai.. imej baby nampak besar sungguh di paparan skrin. Walaupun hakikatnya hanya beberapa cm sahaja besarnya. Lasak sungguh! Mengingatkan tabiat aku yang suka bergolek-golek ketika tidur. Kakinya menendang-nendang, tangannya terangkat-angkat seperti Tunku melaungkan kemerdekaan. Nampak sihat dan cergas sungguh walaupun MakBear sendiri mengaku belum dapat merasai sentuhan penuh listrik itu.

"Sayang makan ubat tau.. jangan "skip-skip". Jaga kesihatan, baby pun sihat nanti", aku pimpin tangan MakBear keluar dari klinik. Hati menghela lega.

Semalam.

Aku sengaja mencari-cari maklumat di google mengenai pregnancy nie, tetiba aku ditemukan dengan blog Dr. Max. Aku tau Dr. Max nie kakak MJ. Aku tau mengenai pemergian Adam yang direlakan dengan berat hati oleh Dr. Max pemergiannya kembali ke sisi Si Pencipta dengan keramat 'kun-fayakun' pada Ramadhan yang lalu.

Aku tergerak untuk membaca blog beliau. Aku baca dan cuba selami perasaan Dr. Max. Ahh.. sungguh pilu. Tercarik seribu perasaan aku. Tak sanggup aku habiskan catatan arkib pilu beliau. Usai aku mencapai h-set dan mengetuk-ngetuk papan kekunci..
"Abg bc weblog dr.max, dia kakak MJ. anaknya meninggal sbb 'prematurity 26 weeks'. kesiann.. sedih abg. ayg jaga kesihatan & baby baik2 tau.. luv u".
Aku send sms pada MakBear.

Aku tahu, aku ditemukan dengan blog Dr. Max ada hikmahnya. Allah taknak aku terlalu gembira dengan nikmat yang diberikanNya. Doa aku panjatkan semalam-malam agar segalanya selamat dan sempurna.

Al-Fatihah untuk Adam.

Tak Malu Sungguh

MakBear: Keluarga Muhammad Taufik tuntut pampasan gantirugi RM130,000 sebab anggota JPJ baling kerusi, cedera jatuh dari motorsikal.

Aku: Alahai.. tak malu sungguh nak tuntut pampasan. Cedera pun dah kira bagus, kalau dibiarkan anaknya berlumba haram, mati sebab lumba haram jee gamaknya!

::BACA::