Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

30 December 2012

Bear is Back (again! hehehe...)

Catatan-catatan usang di blog ini seringkali menggamit perhatian makbear aka najah aka isteriku untuk menggalakkanku kembali berblog. Sejujurnya perkara ini telah beberapa kali disuarakan kepada aku namun atas kesibukanku pada waktu itu, cadangan itu hanya berlalu seperti di angin lalu. Chewahh!! Hehehe

Entah kenapa, gesaan makbear untuk kesekian kalinya supaya aku berblog semula pada aaaawaaallll pagi tanggal 29 Disember 2012 telah mengetuk pintu hatiku untuk membuka semula blog yang telah lama terdiam ini. Dalam kegelapan itu, aku tersenyum2 sendirian membaca entri sendiri. Seakan tak percaya aku pernah mempunyai blog dan akupun memang pernah sangat aktif dalam satu komuniti blogger yang agak mahsyur pada suatu ketika dulu dengan nickname pakbear. Hikhikhik... Perasaan perasan sungguh aku ni!

Tapi memang betul apa, sampai sekarang ukhwah yang sedia ada itu kami telah lanjutkan ke FB pula. Walaupun tak seramai dan semeriah seperti dulu tapi pertalian yang telah sekian lama terjalin itu menyebabkan kami saling menginggati antara satu sama lain, bahkan sering juga kami mengusik dan bertanya khabar di FB.

Ok, PAUSE!

Sekarang ini kisah baru, kisah sekarang dan akan datang. Dalam terang-terangan (bukan diam2) aku tengok makbear (yang terchenta) aku nie memang ada bakat nak berblog. Kalau membebel dia memang sangat expert, so dari dia membebel2 tapi xde orang dengar (kecuali aku yang selalunya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri... hehehe.. jangan mare aaaa...) aku rasa (dan dia pun rasa), elok aku dan dia berblog semula. Seikhlasnya, bukan untuk meraih follower atau 'likers' macam di FB tu, tapi lebih sebagai jurnal harian kami untuk rujukan dan kenang2an di masa hadapan. Macam blog macam zaman dedolu. Back to basic katanya... Tapi kalau ada yang nak baca pun, sudi2kan lah membacanya... :)

Aku dah invite makbear sebagai co-author bagi blog aku nie. Dah banyak dah entri dia suruh aku uploadkan. Hahaha tunggu!!!

07 July 2009

Demam Denggi

Baru baik dari demam denggi..

Serik woo kena denggi.. rasa letih giler. Kena minum air masak banyak2 sampai nak termuntah. Dah tue asik rasa nak kencinggg je. Penat nak g toilet selalu-selalu.

Sekarang nie fobia walaupun nampak nyamuk seekor.

P/s: tq kepada makbear yang menjaga aku dengan baik.

18 June 2009

Nak Jadi Kurus

"Mulai minggu ni saya nak jogging tiap2 weekend, nak kuruskan badan", ujar aku pada segerombolan opismate sambil berangan body yang maintain fitt dan bertambah kacak, bergaya, bermutu dan berkeunggulan.. Hehehe

"Saya rasa abang kalau kurus x hensem laaa.. elok laa macam sekarang, comel", ujar M (opismate aku).

"Alamak kau nie, potoOooNg laaAAaaa!!", aku. Terima kasihlaa atas 'galakan' yang begitu memberangsangkan tue.. Huhuhuhu...

16 June 2009

Jadi Majikan

Kalian dah bosan bekerja di bawah telunjuk majikan yang hampeh?

Kalian nak jadi majikan? Boleh... gunalah perkhidmatan bibik (orang gaji aka maid), kalian layak digelar majikan.

Jangan lupa menyertai Anugerah Bibik Terbaik E*A! Ceritakan kehebatan bibik anda dan mana tau bibik anda akan terpilih. :)

Kami x berani ambil bibik... kami x sanggup membayangkan sesuatu yang buruk terjadi pada kesayangan kami disebabkan orang lain.

Nak tengok gambar waseem? Klik SINI

15 June 2009

Hikayat Pemandu Bas

Bagi manusia yang bermuka 'kurang mesra' macam aku nie, memang susah nak cari kawan berbual. Jadinya untuk perjalanan sejauh satu jam setengah ini aku berkira-kira menyediakan head phone sebagai peneman sepanjang perjalanan.

Ya henpon aku sudah uzur sangat. Head phone nya sudah lama rosak. Aku hulur not merah dan hijau pada taukeh kedai henpon yang tak tau menjawab apa perbezaan antara head phone ori dan head phone cap ayam. Tapi aku ucapkan TQ juga. Budi bahasa kan budaya kita..

Rupanya Allah tue maha kuasa. Perjalanan yang kujangkakan membosankan berlaku sebaliknya. " Alo kawan apa kes duk belakang? mehler lepak depan, boleh sembang!". Perut bas yang terisi empat orang termasuk pemadu bas bergema dengan suara pemandu bas tue. Aku yang terasa dia seperti bercakap dengan aku sebab yang lagi dua oarang kat belakang sedang asyik memadu asmara pun mengalihkan punggung dan duduk betul2 di belakang pemandu bas tue. Dan hikayat pemadu bas pun bermula...

"Alahai kalau aku tak beli head phone nie pun tak ape". Gumam aku.

09 June 2009

Perlukah Aku Kembali?

Perlukah.. perlukah? chewah... hehehe

15 July 2006

BELASUNGKAWA (Untuk Arwah CikNana)

Al-Fatihah untuk arwah ciknana.

Aku tak pernah menyangka, pada suatu ketika dan masa aku akan menulis BELASUNGKAWA kepada seseorang. Akhirnya masa itu tiba.

Arwah adalah seorang yang ceria dan selamba. Tak sangka di sebalik keceriaan arwah itu mengandungi sejuta duka.

Aku kenal arwah kali pertama semasa pre-gathering 2004 (bowling) di Mines. Masa tue arwah jadi coordinatornya bersama Tipah dan W4lyd. Masih aku ingat juga beliau telah menamakan aku sebagai "Blogger Paling Happening" pada petang itu di Dewan Sri Pulasan UPM. Natijahnya aku dihadiahkan sebuah diari walaupun aku tak pernah menyanyikan lagu "Diari Seorang Lelaki-Pretty Ugly".

Pernah bekerjasama dalam Projek Basah V2. Namun hasrat arwah tak kesampaian untuk menghadiri projek berkenaan walaupun arwah antara yang paling beria-ia untuk menyertainya di peringkat awal.

Alahai.. tak baik menyebut-nyebut orang yang dah tiada. Au mendoakan roh Allahyarhamah di tempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin.

30 June 2006

Tips Dari Adlin

Kalian ingat masa konsert ke-3 AF3 dulu? Ketika Adlin menasihatkan kepada Faizal, untuk menjadi artis yang berjaya, pertama jangan ambil ganja/dadah iaitu sejurus penampilan istimewa Saleem (Iklim) bersama Faizal mendendangkan lagu 'Ganu Kite'.

Kalau kalian menonton ketika itu, pasti kalian ingat.

Walaubagaimanapun, perkara dah lepas, Adlin pun dah minta maaf secara terbuka minggu lalu. Ikhlas ke tak ikhlas antara dia dengan Tuhan. 'Aiman (sebut aku) tak kisah', sebab aku minat juga dengan cara kritikan Adlin tue, macam tengok teater pulak!

Minggu nie, Fahran dapat lagu 'Biarlah Rahsia', Siti Nurhaliza. Aku harap Siti takkan muncul.

Aku berimaginasi, kalau Siti muncul semasa persembahan Farhan, kritikan Adlin akan berbunyi begini,
"Ok Farhan, saya suka dengan persembahan awak. Saya percaya awak boleh pergi jauh. Cuma 1 tip untuk awak kalau mahu berjaya, pertama: JANGAN KAHWIN DENGAN SUAMI ORANG (atau duda?)!! Bla.. blaa..". Sigh!

19 June 2006

Dalam Keseronokan Memudar Itu

Semalam. Keghairahan aku untuk menonton cereka saduran filem ke layar tv, cerita 'Sumbat Bola & Lipstick' tak berpanjangan. Setengah cerita, keseronokannya memudar..

Mereka kata melayu kolot. Melayu kena cakap melayu, dengar lagu melayu dan menonton teater?! Melayu tak boleh pakai jeans.

Typical melayu, malas. Terlalu bersopan santun (baca lembek).

Kesian melayu.. orang kata melayu kolot.

Dalam keseronokan memudar itu, aku berfikir.. Siapa yang kolot? Melayu kat luar sini ke ataupun melayu yang menulis skrip tue?

Dalam keseronokan memudar itu. Hujan menggila. Liputan siaran tv satelit kuali aku juga turut memudar bersama menggilanya angin malam. Alahai..

16 June 2006

Tazkirah

Ustaz pernah cakap pada kami, di tempat/tanah mana kamu di'mati'kan di situlah asalnya tanah kita dijadikan.

Sesungguhnya asalnya kita itu dari gumpalan-gumpalan tanah. Wallahu'alam!

15 June 2006

Mana Boleh Bagitau.. Rahsiaa!

Bila kecurian berlaku ( di muzium), maka kesedaran tentang betapa pentingnya keselamtan premis meningkat.

Kursus keselamatan oleh Pn .Pegawai Keselamatan Negeri telah diadakan.

Antara intipati yang kerap kali ditekankan oleh Pn. Pegawai adalah betapa kita perlu berhati-hati terhadap penyebaran maklumat-maklumat yang pada kita tidak penting tetapi jika dikumpul-kumpul akan menjadi satu maklumat yang sangat CONFIDENTIAL!

"Jangan percaya pada cleaner di tempat kerja tuan-puan", Pn. Pegawai.

"Jangan sebarangan bercerita dengan pembantu rumah anda kerana gadis Indon adalah perisik terbaik di Asia", tambah Pn. Pegawai.

"Jangan jawab itu dan ini jika tiada keperluan", panjang lebar sungguh amaran JANGAN dari Pn. Pegawai.

Peserta kursus begitu kagum dengan tahap suspicious dari Pn. tadi.

"Bagaimana dengan keadaan pejabat anda? Anda berapa laluan akses, komputer, maklumat peribadi, fail sulit?", tanya Pn. Pegawai.

"Ehh, mana boleh bagitau.. Rahsiaa!!", hebat betul kami.

01 June 2006

Eek Ook Eek Ook.. Dan,

Eek Ook Eek Ook..
Eek Ook Eek Ook..

"Bunyia apa tue Zal?", teman. Mengerut dahi.

Ek Ok Ek Ok..
Ek Ok Ek Ok..

Makin laju dan makin kuat.

Ek Ok Ek Ok..
Ek Ok Ek Ok..

Berturut-turut, seiring dengusan nafas.

Ek Ok Ek Ok..
Ek Ok Ek Ok..

Dan, mereka pun berfantasi yang bukan-bukan!

Mute.

Sebenarnya ia adalah bunyi beg plastik besar yang terletak di bawah meja aku.

30 May 2006

Berguru Kepalang Ajar

Tak elok kedekut ilmu. Orang kata, kalau kita ada ilmu dan kita sampai-sampaikan ilmu kita makin bertambah. InsyaAllah.

Di pejabat aku selalu ada budak praktikal. Selalunya, aku tengok kalau budak tue bagus dan ada sifat ingin belajar, aku rajin nak mengajar.

Suatu hari di pejabat.
"Ali, meh sini aku ajar pasal komponen dalam komputer", aku. Budak nie bukan butdak IT.
Ali berdiri sebelah aku sambil tekun tengok aku sedang menunjukkan kepakaran mengoperate cpu.
"Nie kau tau apa? Hard-disk. Nie, RAM. Yang niela yang orang pakai cpu-cpu tue. Pentium4 ke Pentium3 kee..", Aku. Ali ternganga.

"Toot..toot.", bunyi h-set.
"Jap Li (Ali), hello... bla bla bla", aku jawab panngilan telefon tadi.

"Ok, Li, itu jee lah sesi pembelajaran kita ari nie", aku. Sambil menutup semula casing cpu.
"Ehh, mana h-set aku?", sudah, h-set dah tak jumpa.
"Cuba ko call no h-set aku Li", aku.

"Toot..toot.", bunyi h-set.
"Ehh, dalam cpu nie laa bos!", Ali.

"Hahaha..", alahai! Berguru kepalang ajar.

25 May 2006

Kuasa Psikik

Suatu malam. Sedang istirehat menonton rancangan polis kegemaran ramai. Suasana sepi sambil mata kejap di kaca tv diselang-seli dengan bunyi tembakan dan jerit pekik. Aksi polis sedang mengejar penjahat.

"Abang rasa abang ada kuasa psikik laa..", aku
"Naper plak?", MakBear

"Abang rasa macam dalam kepala otak abang nie terngiang-ngiang dialog polis tue sebelum dia cakap. Macam abang boleh agak jee apa yang diorang nak cakap. Dengar kuat. Betul", Aku
"Ceh, itu sebab mak bukak tv (bukan Astro) lagi satu laa", MakBear.

Nota: Siaran tv di Astro lambat sikit dari siaran tv bukan Astro.

"Laaa.. ye ker? Bistue apa maknanya?", aku.
"TAKDE MAKNANYA!", MakBear.

24 May 2006

Bukan Bos Ayah Kita Bos

Bukan Bos "Ayah Kita Bos"!

Bos kita pun macam artis.

Kalau berlaku baik dan mematuhi arahan, dialah yang terbaik. Dialah role-model yang patut dicontohi.

Kalau terkantoi buat salah.. "Saya (sebut bos) pun manusia biasa", Bos.

Bukan Bos "Ayah Kita Bos"!

21 May 2006

Konpem Berkesan

Tips DIY yang diperolehi dari sisipan e-mail.

"CUBE LAH KALAU NAK TAU BERKESAAN KE TIDAK.

Anda tertinggal kunci dan remote device dalam kereta yang terkunci dari dalam. Atau anak kecil anda tertekan butang central lock. Pinjam/Dapatkan handphone dan berdiri jarak kurang satu kaki / berhampirantayar kanan pemandu (alarm receiver). Call your wife di rumah dan minta dia RETURN CALL bersama spare key dan remote. Minta your wife tekan unlock button sambil sentuh handphone. ( handphone sahaja, fixed line kurang sesuai ). Perlu diingat bahawa remote alarm device menggunakan spectrum Long Wave Radio frequency dan handphone pula menggunakan spectrum Short wave Radio Frequency yg boleh diselitkan Long wave. Bergantung kepada Alarm Device.

Dapat info dari kejadian di Petrol Station. Selamat Mencuba."
-----

PETUA AKU (Kalau tak boleh pakai tips tadi):

Cubalah, konpem berkesan.

Suruh bini korang datang ke tempat kejadian (kereta terkunci) dan bawak sekali spare key kereta tue bersama. InsyaAllah.. Masalah pintu terkunci dapat diatasi.

17 May 2006

'Ben' Masuk Belakang!

Dalam satu majlis keraian yang dihadiri oleh ramai tetamu-tetamu VIP. Majlis itu pula akan dirasmikan oleh seorang yang sangat VVIP. Namanya Datuk R.

Nak dijadikan cerita, Datuk R tak hadir, diwakilkan pada isterinya yang juga seorang VVIP dikenali sebagai Datin M. Selepas selesai acara perasmian, tibalah acara yang amat dinanti-nantikan supaya cepat habis iaitu sesi karaoke oleh tetamu VVIP.

Datin M menyanyi memang sedap, tapi kalau tak nyanyi lagi sedap.

Dari satu lagu ke satu lagu. Datin M request pula satu lagu istimewa, lagu nie tak pernah rehearsal dengan band, katanya.

"Ok band (sebut Ben), I nyanyi dulu, band masuk dari belakang", Datin M.

Otak seisi dewan bercabang-cabang menafsir kata-kata Datin M sambil disambut dengan sorak-sorai berbaur lucah.

"Kau tahu band (sebut Ben) tue siapa?", aku.
"Ntah, siapa?", member.
"Band (sebut Ben) tue nama timangan Datuk R!!", aku.

15 May 2006

Dulu. Sekarang.

Dulu. Diorang kata aku tak tahu sebab aku belum kawin lagi. Bujang.

Sekarang. Diorang kata aku takde anak lagi tak tau.. Dah ada anak nanti taulah!

??? Lepas nie apa pulak?

09 March 2006

Kisah Benar Ronald McDonald

Ini adalah sebuah kisah benar yang telah diberi suntikan mesra pembaca.

Jam 9.00 mlm, di sebuah gedung membeli-belah.

"Bagi saya cuba saiz 8" pintaku pada promoter.

Kasut saiz 8 dengan potongan yang berkenan di hati sudah di tangan. Aku buka kasut lusuh yang sedia mebalut kaki. Aku cuba-cuba sarung kasut baru. "Ahh.. sedang elok", sambil berkira-kira harga kasut setelah ditolak diskaun 30%.

"Ok, saya amik yang ini", aku menyerahkan semula kasut berkenaan untuk dituliskan resit. Sesambil itu tangan meraba-raba mencari kasut lusuh di kaki kerusi. Tiada!

"Aik.. sudah, kasut lusuh kepam tue pun ada orang nak curi ke?".

Tiba-tiba aku nampak sesusuk tubuh jalan terkedek-kedek macam Ronald McDonald di baris-baris kasut cantik bergaya. Kasutnya besar sungguh! Tak sesuai dengan tubuhnya yang molek. Aku berkira, saiznya kasut itu mesti saiz 8, bukan untuk tuan punya kaki yang mungkin bersaiz 4. Dia berpaling sampai melemparkan senyuman. Nampak selesa sungguh begitu.

"Ahh.. sifat keanak-anakan di sebalik wajah seriusnya itulah yang sentiasa menambat hatiku", aku balas senyuman MakBear sambil menggamit-gamit tangan supaya dia menyerahkan semula kasut lusuhku.

Itulah hobinya, menyarung kasut aku yang besar. Mungkin dalam kasut tue dia rasa jari jemari kakinya lebih panas, seperti kucing yang suka berdiang di tepi dapur kayu. Macam koko panas?

Tamat. Noktah.

Daerah Terpencil

Otai blog kata, kalau kita lama tak tulis blog, kita akan kehilangan peminat. Ahh.. tidak apa, aku bukannya ada peminat pun. Hiks.

Maaf, teman. Aku berlama-lama meninggalkan blog nie tidak berusik. Bukannya sebab dah hilang ketagih tapi sibuk dengan rutin. Rutin yang lebih dari biasa.

Selepas 2 minggu berhempas pulas menyelesaikan projek, aku mengambil cuti panjang hampir sepuluh hari. Ada orang ingat MakBear dan nak terbersalin, haha.. lawak la. Belum lagi kawan. Lama lagi. Ternyata ada yang sudah tidak sabar.

Aku menghabiskan cuti, berlama-lama di negara jiran. Menziarahi susur galur saudara serumpun sebelah MakBear. Seronok? Aku rasa seperti melemparkan diri sendiri ke daerah paling terpencil aku pernah jejaki. Tetapi percayalah, sampai hari ini detik di daerah itulah yang paling aku rindui.

Daerah yang aku rindui itu bernama Pacitan. Bila teman bertanya di mana Pacitan? Kat Sumatera ke? Best ke?
"Pacitan itu daerah yang paling terpencil dan paling selatan sekali di Kepulauan Jawa. Letaknya kiranya 12 jam perjalanan darat dari Kotaraya Jakarta dan 4 jam perjalanan dari Solo. Bentuk muka buminya berbukit bukau mcam naik turun Cameron Highland. Daerah yang sungguh terpencil dan sunyi", jawab aku. Tidak sepadan dengan soalan yang bertubi-tubi aku terima. Teman hanya ternganga membayangkan.

Aku tersenyum. Cukuplah. Pengalaman yang selebihnya takkan dapat dibayangkan kalau kau tak berpijak sendiri di daerah sunyi itu. Ahh.. terima kasih pada Yantor dan Hiru yang sudi menerangkan maklumat penting ini kepada aku.