Powered By Blogger

21 February 2014

Perkara yang susah apabila menjadi Ibu dan Bapa

Apakah perkara yang paling susah dalam kehidupan ini apabila kita menjadi ibu bapa?

Aku selalu rasa aku ada solution untuk masalah2 berikut:

1) Anak malas membaca, tidak suka buat homework

Jawapan aku mudah, anak2 ni peniru yang hebat..jadi sekiranya ingin anak yang ulat buku, berminat dengan ilmu pengetahuan maka ibu dan bapa haruslah menjadi mak bapak ulat itu..
Perkara ini mudah bagi aku kerana aku memang obses buku...so dari Wafiy dalam perut aku sudah membeli koleksi buku2 bacaan untuk Wafiy...dan makin beranak ramai, makin banyak lah buku kanak2 dan komik yang bersesuaian dengan umur anak2 yang aku beli..

Tapi bukan setakat membeli sahaja anak akan terus minat membaca, tapi daripada dalam perut Wafiy, Waseem dan Huda sudah biasa dengan Umi nya mengulit buku atau apa2 bahan bacaan..dalam perut lagi sudah biasa dengan Umi yang memerah otak untuk menghafal pelbagai fakta...sepanjang mengandung dan bersalin 3 orang anak, aku pernah exam PTK dan dpt score 4-4..hehe, pernah entrance exam untuk master dan berjaya lulus dengan jayanya, lulus exam master part 1, lulus exam master part 2...so bayangkan berapa kali anak2 aku melihat dan merasai Umi mereka berulit buku dan jurnal article..nasib baik aku lulus...hihi..

So masalah membaca dan buat homework bukan masalah bagi aku, kerana daripada dalam perut, anak2 bearuang 3 orang itu sudah biasa dengan ilmu...dan sesungguhnya aku juga amat suka menemankan anak buat homework..kerana ianya menguji semula ketangkasan otak aku yang makin tumpul ni...

  Aku dan Huda yang comel.

Wafiy baca buku parenting..hehehe

2) Anak malas mengemas barang mainan, suka sepah2 barang

Pun not a big deal pada aku kerana dari anak2 ku kenit lagi aku dah train mereka untuk menghargai setiap barang mainan mereka...Percaya tak train Thomas Wafiy yang kami beli masa Wafiy berusia 2 tahun masih utuh lagi...dan boleh digunakan oleh Waseem...aku berbangga dengan perkara ni sebab aku banyak melihat parents yang belikan anak train Thomas tapi selepas itu train entah ke mana, rail nye pun lesap...so far koleksi train kami masih wujud...dan sudah beranak pinak..



Tips nya mudah, belikan rak/almari yang cantik utk anak2 menyimpan barang dan jgn putus2 memberi kefahaman kepada anak akan prinsip hak milik dan sayang pd barang kita...dengan ada box sendiri dan rak almari yang cantik anak2 akan bersemangat mengemas barang dan akan bangga dengan koleksi mainan yang mereka ada...:)

Bila dah sampai semangat mengemas sampai bawah katil Wafiy masuk untuk clearkan barang2 mainan..hehe

3) Anak hantu ipad/tablet/computer game/Youtube

Juga bukan masalah bagi kami setakat ini kerana kami amat tegas dengan Wafiy dan Waseem, game, ipad, computer etc hanya dibenarkan pd weekend sahaja kecuali atas sebab2 tertentu kerana Umi baik hati baru kami benarkan...

Kami juga tidak berniat membelikan Wafiy dan adik2 nya ipad/tablet milik mereka sendiri sehingga Wafiy berjaya buktikan yang Wafiy boleh menjaga masa Wafiy sendiri...itu yang aku terangkan pada Wafiy...

Selain tu, komputer juga kami letakkan di common area maksudnya di tempat yang Umi dan Dedi boleh nampak dan selalu dilalui oleh Umi dan Dedi...jadi no Youtube lagu2 lagha, cintan2, video seksi2...

Aku juga tak teragak2 untuk menarik balik privilege bermain game di hari cuti sekiranya anak2 buat hal..hehe...
Bukan apa, aku alergik la dengan budak yang tersangkut betul dgn ipad/tablet ni...takde life..last wk masa di kampung, aku memang kerahkan Wafiy dan Waseem untuk keluar main bola, berlari2 keliling rumah atuk..ipad aku simpan...aku pesan pada Wafiy, orang lelaki kena kuat, badan kena tough, bertenaga, baru boleh jadi lelaki yang disayangi Umi, dan makwe..ekekeke...kalau main game je otot Wafiy dan Waseem lemah, macam mana nak pertahankan Umi dan Huda kalau ada orang jahat kacau ktorg? So far teknik psycho itu berjaya...anak2 aku ni kalau dipuji umpama superhero mereka akan cepat teruja...orang lelaki kan..of course la Superman, Ultraman, Batman menjadi pujaan..
Huda so far masih girl yang comel..princesh yang wangi sangat2...:)


Eh! Abang aku penah puji Wafiy kerana patuh arahan aku untuk tidak bermain ipad sebaliknya untuk bermain di padang mainan saja..Abang aku kata kalau anak dia, sure mengamuk bentak2 kalau tidak diberi Ipad...hehe..aku katakan mungkin sebab aku garang kot..entahlah...:)

TAPI...satu perkara yang super susah bila mendidik anak2 ini adalah

1) Tidak on TV dari sebelum azan maghrib hingga lah habis solat Maghrib dan mengaji..


Perkara ini ketika Wafiy dan Waseem masih kecil, aku dan pakbear tak terasa sangat sbb ketika itu anak2 bear itu belum faham akan kepentingan solat..sekarang apabila mereka sudah faham, sudah pasti aku dan pakbear tidak boleh menunjukkan di hadapan Wafiy dan Waseem akan kemalasan kami untuk mengangkat punggung untuk solat berjemaah Maghrib setelah seharian penat bekerja...solat no 1, katun dan tv no 2...

Bukan senang tau, aku tidak pasti parents lain...huhu..

No 2 susah adalah untuk konsisten setiap malam mengajar anak2 mengaji...ia jadi susah kerana, adakalanya makan malam belum siap dimasak lagi, Huda bad mood, so tak boleh fokus mengajar abang2 nya mengaji...umi ada kerja urgent yang perlu disiapkan...Huda dah sibuk nak makan, so kena suapkan huda makan dulu..
Aishhh!!! Panjang lah excuse aku sebenarnya...
Kadang2 rasa sedih sangat sebab tak dpt konsisten setiap malam mengajar anak2 Bear ni ngaji...bukan aku sorang, tp pakbear pun kdg2 kelelahan nak memastikan diri sentiasa bertenaga untuk mengajar anak2 Bear ngaji....mungkin sebab tidak dibiasakan daripada dolu2...our mistake...itu yang aku katakan pada pakbear...kita terlalu penat bekerja di siang hari sehingga bab2 asas macam ni pun terkucil kadang2...tapi Alhamdulillah Wafiy tu cepat belajar, sekarang dia dah juz 3 Al Quran, boleh baca sendiri dah cuma tajwidnya je yang perlu ditengok2...Waseem pun terang hati...baca Iqra' dah banyak juga..huhu..
Yang lebih menyentuh hati, adakalanya kalau aku dan pakbear terlewat hendak mengajar mereka mengaji, Wafiy dan Waseem akan ngaji sendiri...Umi dan Dedi pun jadi malu sendiri pulak....hahaha..


Wafiy mengajar Waseem Iqra'

Oklah, aku tulis pasal benda yang tak best ni sebab aku ingin menjadikan ianya motivasi untuk aku jadi Umi yang lebih baik...pasal ngaji dan solat berjemaah tu memang aku dan pakbear kena polish gilap betul2...Doakan kami berjaya...Amin...

2 comments:

Maria Qiptiyah said...

Bagus ni, tulis tips lagi banyak2 ekk. Kami tumpang sekaki belajar bab keibu bapaan ni. Berdebar juga sebenarnya, selalu terfikir mampu ke nak jadi ibu bapa yang baik nanti.

zool said...

bagus info ni untuk yang belum ada anak cam den ni