Powered By Blogger

28 February 2014

Kek Gula Hangus a.k.a Sarang Semut untuk Pakbear


Tengahari tadi masa lunch break aku sempat mengadun bahan2 untuk buat Kek Gula hangus..hehe..pastu bila nak masuk balik keja selepas solat Jumaat aku jadi keletihan..tulah penangan rajin sangat baking membaking ni...

Sebenarnya malam semalam, aku dah buat Kek Batik..

Si Waseem la yang suka sangat Kek Batik, sanggup tu call Dedi nya yang pegi solat kat masjid malam semalam semata2 nak pesan nanti balik solat, Dedi beli bahan bahan kek Batik tau..



Ni bukti kegilaan Waseem pada kek batik..ktorg potong sikit2 kek batik tu masukkan dalam tupperware..dia dah makan habiskan dalam tupperware pastu mengopes lagi peti ais..dok cuit2 kek batik yg Umi dah buat..

Waseem kata sedap sangatlah kek batik yang Umi buat ni...Adik suka..nanti Umi potong lagi tau, Adik nak makan lagi...

Yang kelakar hari ni, pagi tadi Waseem request nak bawak kek Batik tu ke tadika..sebagai bekal..dulu pernah juga Waseem bawak..Org lain bawak bekal breakfast mihun la, nasi goreng la, cekodok la...si Waseem bawak kek batik..haha..tapi yang menyebabkan aku teruja, masa aku fetch Waseem dari tadika tadi, cikgu Waseem beria2 tanya resepi kek batik aku sebab dorg kata kek batik aku rasa sedap tak sama macam orang lain punya..dorg kata dari last time Waseem bawak tu dorg dah perasan dah kesedapan kek batik tu, so kali ni dorg geram agaknya apsal sedap sangat....kahkahkah..aku tak sangka kek batik yg simple macam tu pun ada org nk tanya resepi kat aku...aku bgtau dorg saya gugel je resepi tu..tp mungkin aku buat dengan kasih sayang maka jadi sedap lah kek tu...:)

Ok, berbalik pada topik utama iaitu kek Gula hangus...


Kek Gula hangus ni peminat nya adalah pakbear...hari tu dia dh try buat sendiri tapi tak berapa jadi..so disebabkan esok kami akan berpisah sekejap, makanya aku pun bersungguh2 la ni nak buat kek tu sebagai bekalan pakbear esok..kot dalam flight tu dia rindu aku boleh dia makan kek Gula hangus tu...:p

Resepi ni pun aku gugel je....btw, bila gugel2 ni kena pandai juga cari resepi yg bagus sbb bukan semua resepi yang dorg share kat internet tu akan sedap dan menjadi bila kita try..huhu

KEK GULA HANGUS a.k.a SARANG SEMUT

Bahan - Bahan :

1 Cawan gula
1 Cawan Air Panas
2 Sudu Besar Butter 
4 Biji Telur Gred A
1 Cawan Susu Pekat
1 Cawan Tepung Gandum Di ayak
2 sdb Soda Bikarbornat Di ayak
1 sdb Essen Vanilla

Cara Penyediaan :-

1) Goreng Gula tanpa Minyak dengan Api dapur sederhana kecil , Sehingga Cair dan jadi warna keperangan..
2) Masukkan Air Panas, Gaulkan sehingga sebati sekiranya masih ada sisa sisa gula yg belum cair.
3) Masukkan Mentega, dan gaul sebati. Tutup Api dan Biarkan sampai sejuk...

Step seterusnya aku gunakan Mixer

4) Pukul Telur Hingga Kembang 
5) Kemudian masukkan Susu Pekat. Pukul hingga sebati.
6)Masukkan Tepung dan Soda bikarbonat yang telah diayak tadi. Pukul hingga sebati.
7) Masukkan esen vanilla dan Gaul hingga sebati.
8) Kemudian masukkan Gula Hangus tadi ke dalam bancuhan Tepung dan gaul sebati.

So kira dah setel lah 'mix'kan semua adunan.
Kemudian,

9) Perap adunan ini selama 3-4 jam (bertutup) bagi mendapatkan sarang yang cantik.
10) Kukus selama 1 jam 45 minit

Nota (menurut orang yg membuat resepi ni)
:: Jangan lupa sapukan butter pada loyang yg di gunakan untuk kukus. 
:: Untuk dapatkan sarang yg cantik, pastikan air gula tu betul betul sejuk sebelum campur dalam bahan2 yang kita adun tu..

So hasilnya amat memuaskan hati..hehe..

Cantik tak sarang semutku?

Tadi pakbear telah menyumbat beberapa potong kek Gula hangus ni, pakbear kata sedap banget..hehe..oklah, orang yang nak makan kata sedap, kira aku puas hatilah malam ni...

Hmmmm...Aku ni teringin nak beli oven sebab terasa nak buat roti dan piza..ada sesapa nk kasik oven free..hehe..aku tau ramai orang ada oven tapi korang tak sempat pun nak guna kan?? so baik korang sedekah je pada aku..:)



0 comments: