Powered By Blogger

12 February 2014

Kuih Kemohong resepi Nek Com





Hari ni aku buat kuih kemohong pulak...U all jangan banyak tanya nama kemohong tu dapat dari mana...Mak aku kata dari dia lahir dah memang nama kuih tu kuih kemohong....so jangan banyak soal eh!! Hehe

Kuih kemohong ni sebenarnya kuih pau kampung, wong jowo style...so since ianya sangat jowo dan kampung style, wafiy dan waseem tak suka sangat sebab dorg dah biasa dgn pau moden yang gebu2 tu...bagi aku pulak, aku saja nak tau resepi kuih2 tradisi mak aku ni...Mak aku dah umur 79 tahun ni...risau wei sekiranya aku tak mengaut semua ilmu masak2 daripada Mak aku yang macho itu...hehehe..lagipun Mak aku selera makannya tak menentu sekarang ni, so kuih2 tradisi camni lah yg boleh membuka selera mak aku..:)


Yg atas tu tangan Mak aku..bawah tangan aku..hehe..

Secara asasnya kuih kemohong ni resepinya simple...sapa yg biasa buat doh utk roti patutnya terer je lah buat...pada newbie macam aku ni memang blur la..haha



Untuk inti Mak aku campurkan kacang hijau yg direbus dgn kelapa parut, campur dgn garam dan gula secukupnya...gula tu gula pasir biasa plus gula kabung merah tu...:)



Kelihatan maid Mak aku mencampurkan gula dengan semangatnya...dia tensen tengok aku campur gula sikit sikit...hehe...Mak aku kata gula kena extra sbb bila kita kukus nanti rasa manis tu akan hilang...so walaupun kuih ni dikukus tapi agak kurang healthy dari segi kandungan gulanya..:p


Masukkan inti


Bulat bulatkan ia

Tunggu 4-6 jam or bila roti tu nampak dah membesar sekali ganda baru kukus tau...



Tadaaa...dah siap...aku suka..maklumlah dari kecik ni lah kuih yang mak aku buat....pakbear pun kata sedap..hehe..pakbear tu kalau dia banyak komplen, aku merajuk terus taknak masak lagi dah lepas ni...huh!!!

1 comments:

fairus said...

Ingatkan kuih pau tadi..