15 February 2014
Kuih Nagasari Nek Com
Tapi kecik2 dulu aku suka kuih ni...boleh makan sorang2 3-4biji sekali ngap..hehe..bawak lari masuk bilik..:p
So, sebagai penutup sesi pembelajaran membuat kuih dengan Mak aku untuk minggu ini, aku buat la kuih ni under supervision Mak aku..
Simple je buat kuih ni,
Bahan2 nya:
Lantik seorang tukang mixer yang menyayangi kita...so dia akan me'mix' kan adunan dengan penuh kasih sayang..:)
Api kena perlahan je, utk elakkan adunan tu berketul2 dan 'gosong'...korang faham ke gosong? Korang Google la eh..hehe
Pada masa yang sama, kopek pisang..pisang yang sesuai dan menjadi Gold standard untuk buat kuih ni adalah pisang Awak...or nama glamer dia, pisang Raja Abu...ekekeke...kelakau lah nama dia..aku baru tahu tadi...
Tapi tadi Pisang Raja Abu takde, yang ada pisang apa eh? Alah...aku lupa pulak...pisang kapas eh pakbear? Dia yang pegi beli tadi...dah malam2 ni lupa pulak aku...huhu...
Step seterusnya men'cover' pisang tadi dengan adunan yang dah likat tadi..
Maka...
Kukuslah mereka dan saudara2 mereka..
Aku kukus tak ingat berapa lama..around 15-20 minit je kot..kakak aku datang pulak malam2 buta tadi...so aku bantai borak dengan dia sampai aku lupa yang aku tengah kukus kuih..hehe..
Tadaaa...Nagasari dah siap...nyum nyum!!! Sedap walaupun tak pakai pisang Awak dan tak campur tepung gandum...
Ok, so selama hampir satu minggu aku berkampung di rumah Mak aku ni, aku dah belajar buat kuih apam, kuih kemohong, kuih Nagasari, kuih Donut (*aku tak sempat snap gambar sebab senang dan kejap nau aku buat)...hahaha...dan yang penting mi kari ala Nek Com...kari Mak aku lain sikit sebab mak banyak pakai rempah asli...ada juga tambah rempah kari instant tu, tapi very very minimal...hasilnya pun memang sangat sedap....
Tak percaya mi kari aku sedap? tengok ni!!
Eh! Aku belajar jugak buat rempeyek...pun macam senang...tp rempeyek tu aku tengok je sbb masa tu Maid mak aku yang buat, aku dah kelam kabut nak balik kampung pakbear...
Tapi bahan2 nya
Kelihatan maid mak aku iaitu Kak Dar yang bersemangat buatkan rempeyek yang aku request...kacang lebih please!!!! Hehe..
Oklah, bye Uols...esok aku nak balik Kuching dah...kita sambung kelas memasak kita masa cuti sekolah nanti..:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
TAK PASTI SAMA ADA PERNAH ATAU TIDAK PERNAH MAKAN KUIH TU.. NAMANYA PON FIRST TIME DENGAU..
Post a Comment