Powered By Blogger

27 September 2013

Halal App... Check it Out!

Beberapa hari lepas aku ada ber whatsapp group dengan kawan2 ex-schoolmate pasal ada sebuah app di android yg membolehkan kita menyemak status halal premis makanan yg kita nak kunjungi. Maksudnya sebelum kita melangkah masuk ke premis, selain dari 'bismillahi tawakkaltu alallah...', kita mungkin boleh ikhtiar sikit utk menyemak terlebih dahulu status halalnya melalui app yang telah dibangunkan oleh Halal Industry Development Corporation (HDC) ini.

Aku rasa app ni mmg bagus dan praktikal since dah ramai skrang nie yg menggunakan smartphone especially iPhone dan Samsung smartphone. So aku pun trylah check kat App Store. Rupanya app ni juga support peranti iOS. Apa lagi download selalu!

Interface app ni mmg user friendly n mudah digunakan. Start2 je dia minta acces current location aku, bila enable je terus dia bgtau premis2 apa yg berada di kawasan Bandar Baru Bangi ni yg berstatus halal. Kalau nak search by nama kedai pun boleh. Dia akan nyatakan di situ alamat premis, tarikh permohonan sijil halal, expirednya bila dan status halal terkini etc2. Haaa... Puas hati. Boleh dikunjungi dan makan di situ tanpa was was. 

Ok guys, mungkin ramai yg dah tau app ni, aku jee yg baru discover agaknya since app nie dah ada dia App Store since 2010 pun. Kemudahan dah ada sila manfatkan. Check it out guys!!!

Sent from my iPhone

1 comments:

fairus said...

TERBAIK BRO... AKU NAK SEARCH LEPAS NI..

SESUNGGUHNYA YANG HALAL ITU NYATA DAN YANG HARAM ITU PUN NYATA..