Powered By Blogger

22 August 2013

Kenangan yang Menyentuh Perasaan

Cuaca petang yang redup dan lesu seolah-olah mengiringi kepiluan dan kesedihan yang membelenggu perasaan aku dan makbear semenjak senja semalam.

Bagi yang mengikuti perkembangan kami di FB mungkin dah mengetahui mengenai penyakit yang menimpa Tom iaitu Feline infectious peritonitis (FIP). Ataupun secara mudahnya, ada virus yg telah menyerang Tom yang mana virus itu akan menyebabkan pengumpulan cecair secara aktif dlm badan. Kalau x dibuat apa2, cecair tu akan memenuhi badan kucing yg akan menyebabkan kucing sukar bernafas dan akhirnya........... Nak tau lebih lanjut, try laa google. 

Basicly kucing yg kena penyakit ni simptomnya adalah mengurus dan kurang selera makan, perut akan membuncit secara drastik dan mcm ada cecair, kucing juga mungkin akan mendapat penyakit kuning, lemah dan x bermaya etc etc... Penyakit ni adalah infectious disease. Fatal n no cure. Just symptomatic treatment.. Boleh bagi ubat n keluarkan cecair tu every week to prolong the cat life. But eventually the cat will die... Bila dh teruk nanti, vet advise kasi ubat tdo untuk biarkan Tom mati dengan aman. Isk isk isk.....
Bila Tom dah 'takde' nanti 2 keping gambar ini akan menjadi kenang2an yang sangat menyentuh perasaan aku, gambar 1) gambar yang disnap oleh aku yang menggambarkan kemachoan,  ciri2 maskulin Tom dan sifat ketenangan yg mmg ada pada Tom. Gambar 2) disnap oleh makbear masa Wafiy merajuk sbb kena marah, Tom duduk dgn Wafiy sampai tertidur sama2 dgn Wafiy... Tom mmg lovable n huggable, even masa pestaim dtg ke rumah kami setelah di adopt dr petshop dkt dpn taman kami, percuma je. 

Masa tu kami nak carikan kawan utk Syasha. Mmg geng baik abis. Tapi nampaknya jodoh mereka x panjang, silap2, syasha pun akan menuruti langkah Tom since penyakit ni highly contagious, berjangkit melalui air liur, najis, any fluid contacted. So Syasha mmg very very very highly risk! Ntah2 mmg dah ada pun kat Syasha just the virus not mutate yet. Sbb Syasha nampak aktif lagi. Ya Allah....

Sedihnya... Ntah Syasha dgn Tom dpt x ikut kami pindah ke Kuching. Sempat ke? Ya Allah Kau berikanlah yang terbaik untuk Tom dan Syasha... ;(

Sent from iPhone

3 comments:

fairus said...

KADANG AKU TERFIKIR JUGA, KALAU KUCING JALANAN ATAU KUCING KAMPUNG SUSAH ATAU JARANG KENA PENYAKIT.. LAIN PULA AKU TENGOK ORANG YANG PELIHARA KUCING, DEKT BLOG, FB ADA SAJA ORANG TUNJUKNA KUCING PELIHARAANNYA SAKIT DAN TERPAKSA PERGI VETERINAR.. CONFIUS..

fairus said...

KADANG AKU TERFIKIR JUGA, KALAU KUCING JALANAN ATAU KUCING KAMPUNG SUSAH ATAU JARANG KENA PENYAKIT.. LAIN PULA AKU TENGOK ORANG YANG PELIHARA KUCING, DEKT BLOG, FB ADA SAJA ORANG TUNJUKNA KUCING PELIHARAANNYA SAKIT DAN TERPAKSA PERGI VETERINAR.. CONFIUS..

pakbear said...

fairus, teori aku... kucing yang lepas bebas nie biasanya antibodi dia well developed sejak kecik sbb dorang mmg lepas bebas. bila di luar tue mmg makan jee apa yg ada, minum air longkang.. kalau sakit pun bukannya kucing tue paham, dia main jee. paling2 kuat dia mati kat mana2 dia nak mati. Sbb tu ko tgk org yg hidup tepi jalan tue panjang umur dia... kalau mati pun sbb x makan ataupun dadah.. huhuhu

tapi kucing bandar nie, opkos x leh lepas bebas... sbb tempat terhad, nanti ganggu jiran berak dan kencing, gaduh dgn kucing lain pulak lagi... so mcm mana pun kena kontrol... Bila bela je dlm rumah, kena selalu bersihkan, mandi, sediakan pasir beraknya.. mmg kena buat mcm tue laa. kalau x sanggup mmg x layak ler nak bela kucing dlm rumah...

sbb tue kucing aku masa balik kg aritu, aku lepas bebas je... sukati jee nak jalan g mana2... mlm baru balik... tp sakit pulak... ;(