Powered By Blogger

17 October 2013

Doa Umi untuk Wafiy



Hari Jumaat yg lepas Wafiy ada exam di sekolah kebangsaan..subjek bahasa Arab dan Jawi...

Aku yg ke'busy'an last wk dan minggu2 sebelumnya memang sebenarnya takde masa nak berfikir utk preparation Wafiy..adalah beberapa malam Wafiy buat latihan2 dalam buku2 latihan yg aku beli..itupun sebenarnya aku mmg yakin tak mencukupi, tapi mengenangkan Wafiy hnya kanak2 kecil yg seharusnya enjoy life, so aku pun malas nk pressure2 Wafiy..cuma aku selalu ingatkan Wafiy bila di kelas, dengar betul2 apa yg cikgu ajar, jangan main2...

Oleh itu, pagi hari Jumaat tu aku hantar Wafiy ke sekolah macam biasa, masa nak turun kereta tu aku ingatkan dia baca doa sblm jawab exam..:)

Lalu aku pun meneruskan perjalanan kehidupan...

Namun sebaik saja menjejak kaki ke meja kerja aku, aku pun mengarahkan kedudukan aku mengadap ke dinding, aku bertafakur, pejamkan mata sekejap sambil berdoa pada Allah, semoga Allah permudahkan dan bantu Wafiy ketika menjawab soalan exam dia pagi Jumaat tu....aku selalu ingatkan diri aku yg aku dah jd Mak orang dan setiap apa yg keluar dari mulut aku adalah doa dan keberkatan hidup anak2 adalah terletak pada doa seorang Mak, maka dengan tulus ikhlasnya aku berdoa..

Dan....

Sesuatu yg mengejutkan berlaku.....

Di tengahari Jumaat itu,

Wafiy: "Umi, tadi Umi ada doakan untuk abang ke?".

Aku: "Hmm..kenapa?".

Wafiy: "Sebab tadi kan masa Abg nak jawab exam kan tiba2 abang rasa macam Umi ada doakan supaya Abg boleh jawab semua soalan betul..Umi ada doakan Abang ke tadi?"..

Aku betul2 tersentak dan terharu...
Macam mana ye Wafiy boleh tahu dan boleh merasakan bahawa aku mendoakan dia? 

So...aku menjawab "Memanglah Umi doakan Abg, Umi selalu doakan Abg...Umi doakan Allah jadikan Abg pandai, Abg jadi anak soleh, budak baik, sihat..."

Wafiy berpuas hati dgn jawapan aku..

Tapi sampai sekarang aku masih terkedu dan terharu macam mana Allah boleh memberi gerak hati pd Wafiy yg Umi nya mendoakan dia..

Memang Allah sahaja yg tahu rahsia nya...



*Pesanan untuk aku dan pakbear, anak2 bearuang kita makin membesar, kita memang sudah tidak mampu untuk menjaga, membelek setiap perilaku, perbuatan dan kejadian yg dilakukan atau yg berlaku pada mereka, berdoalah pada Allah semoga Allah pelihara anak2 kita ketika kita tidak ada di sisi mereka untuk menjaga mereka...Amin...






1 comments:

fairus said...

SEMOGA ANAKNYA MAJU DAN BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.. AMIN.