Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

02 December 2013

Majlis penyampaian hadiah Wafiy

Minggu ni minggu free aku..sbb ths wk aku attachment di tmpt orang..so keja aku senyum sana senyum sini, angguk sana, angguk sini..pastu mintak dorg sign logbook gazetment aku..hahaha..so jgn pelik ye kalau aku asik on fb dan blog...

Hari ni aku nk share gmbr2 majlis penyampaian hadiah Wafiy anak ku yg sulong dan terulung...yg masa kecik muka mcm pakbear dan dh besar berubah jd macam muka aku..hehe



Comel kan wafiy? 

Tp skrg Wafiy dh besau panjang..

Dan dah ada 2 adik yang juga comel2 belaka..

Untuk sekolah kebangsaan Wafiy dapat hadiah Galakan sbb prestasi pelajaran yg memberangsangkan..bukan no1...tp berdasarkan temuramah aku dgn guru kelas dan org2 lain dorg kata hadiah galakan tu utk budak yg dapat A dalam semua subjek. Kan ramai nau bdk2 yg pandai so kira cikgu nak bg motivasi pd budak2 yg pandai tp tak dpt no 1...Oklah kan..janji anak aku ok..tak dpt no 1 pun takpe..aku dh cukup bangga..next yr kita beat budak Sarawak pulak Wafiy..hehe

Aku dan pakbear membuat aksi selfie...eh betul ke ejaan tu? Istilah tu pakbear yg ajar aku...hehe..time ni ktorg bosan tunggu majlis nk start..haha

Tetamu kehormat dn guru besau siap pakai jubah tu...macam2 donia ni...sapa punya idea la pakai jubah utk majlis sekolah rendah ni...aku tak berapa setuju sbnrnya...keramat memakai jubah lps grad universiti tu dh tak kaw...tp biorlah kan..bukan aku ngajar situ pun..haha..

Ni bdk darjah 6...pun pakai jubah jugak...adik2...eh!! Ke anak2?? Haha...dunia mu masih jauh...mortar board dan robe konvo darjah 6 tu bukan maknanya u all dh besar sgt ye...long long way to go..:)



Wafiy sdg men'jual minyak'...wafiy kata bdk2 pompuan suka dia sbb dia suka buat kelakar...skil pakbear la tu..:p


Ni budak2 prasekolah..



Anak2 yang membuat persembahan...

Kelihatan aku yg jelita sedang mengopek kacang untuk protege2 ku...hahaha..ni paparazi ambik gmbr dari jauh...maklumlah paparazi ni mmg dh lama jatuh cinta dgn aku..:p

Aku lagi...eh! Korg tau tak punyalah canggih majlis penyampaian hadiah sekolah Wafiy ni, siap ada ruang duduk kat luar yg dorg letak tv plasma besau tu bole nmpk anak kita ambik hadiah kat pentas..dah mcm konvo universiti pulak..

Ha!! Budak kenit ni kan mmg pakbear sengaja snap gmbr dia sbb budak kenit ni sejibik mcm aku masa kanak2 riang dulu..rambut ala2 je..pastu pakai gaun senteng..hahaha...tu yg pakbear jatuh cinta tu..:p

Ni budak2 yg dpt no 1,2 dan 3...yg lelaki tu ketua kelas Wafiy..eh!! Aku kan sgt2 kagum macam mana eh cikgu cikgi ni masa awal tahun boleh tahu pilih budak yg paling pandai untuk jadi ketua kelas sedangkan masa awal tahun kan takde exam apa lagi...sekolah agama pun cmtu..Wafiy dilantik jadi ketua kelas, pastu akhir tahun, dia jugak yg dpt no1..apa ye ciri2 yg cikgu lihat dlm diri anak2 ni? Aku nk korek dr adik ipar aku nanti..

Nmpk keding pulak si Wafiy ni..hehe

Tahniah Wafiy..umi n dedi very proud of you..:*)

Kami...
*Aku nmpk sgt kurus dlm gmbr ni..thanx to pakbear..haha


Wafiy dan Cikgu Hawa, guru kelas Wafiy..

Bye SK Sg Ramal Dalam...terima kasih kepada cikgu2 semua kerana telah mendidik anak kami....jasamu dikenang...semoga Allah merahmati anda semua...

Bye uols..aku sambung story sekolah agama nanti lah eh..nk pegi 'tunjuk muka'...hehe..kang dorg taknak sign logbook aku kang..:)


01 December 2013

Sebulan ke 'Sarawak'

Hari ni genap lagi sebulan aku akan bergelar warga Sarawak..mixed feelings..happy, nervous, anxious sbb actually ni betul2 first time aku nak pegi betul2 jauh dari tanah tumpah darahku, Melaka..

Dan bertambah nervous sbb pegi sana sebagai org yg agak 'besau' dlm jabatan nanti..bertambah anxious sbb takut aku tak boleh perform bagus sepertimana yg diharapkan...

Tapi happy sebab pakbear dan anak2 bearuang ada bersama meneroka kehidupan baru nanti...

Ramai yg tanya berapa lama ko duduk Sarawak? Aku jawab at least 2 tahun...sbb tu syarat yg KKM bagi sekiranya aku nak secure seat aku di Melaka kelak...senang cite, aku pegi serve Sarawak at least 2 tahun, then only aku boleh balik Melaka....itu janji KKM..harap2 nya mereka menepati janji..

Tapi jauh di sudut hati aku tak pelik seandainya kami akan lama di Sarawak sbb ramai..sangat ramai yg kata kehidupan di Sarawak sangat menyeronokkan...sangat2 tidak stress...semua orang happy...betul ke? Entahlah...itu yg org kata..org kata Sarawakian baik2 semuanya tidak mengira bangsa dan agama...kau akan jatuh cinta dengan Sarawak nanti...

Masalahnya aku datang dari latar belakang, dan dibesarkan sebagai seorang doktor di Melaka yang sudah semulajadi nya menyeronokkan...yg takde lah stres sgt...so sudah tentu aku akan masih rindu Melaka....walaupun org kata org Melaka kasau2 budi bahasa nye tapi aku rase orang Melaka lah yg paling jujur dalam percakapan..mereka2 yang aku jumpa yg asal dari negeri yg sopan santun pun adakalanya terlalu2 berkias2 sehingga menikam kalbu...cheewahhh!!! Aku dh merapu...

So akan kembalikah aku ke Melaka??

Of course la aku nak balik, dalam hati takde niat lain selain nk menimba sebanyak mungkin ilmu di Sarawak nanti supaya bila aku pulang ke Semenanjung nanti, aku dh tahap 'terrorist' dalam pendiagnosan penyakit...org kata kes2 kat Sarawak sgt pelik2 yang tak masuk akal..sehinggakan bila kembali ke Semenanjung, kes2 pelik tu dh tak jadi pelik..

Aku sgt gembira berpeluang menabur bakti di tempat orang....semoga Allah memberkati dan merahmati kami sekeluarga...dan semoga Mak dan Abah aku sihat selalu..aku sedar dan akur tanpa restu dan redho Mak dan Abah aku takkan sampai ke tahap yang capai sekarang..




moga Allah permudahkan kehidupan kami...Hanya Allah yang tahu apa hikmah di sebalik pemergian jauh kami dari keluarga tersayang...sesungguhnya kami hanya merancang, dan sesungguhnya Allah lah sebaik2 perancang...

#dalam sebulan ni ada banyak sangat perkara yg perlu diuruskan...otak perlu di'centre'kan sebaik2 nya..haha




28 November 2013

Pasal yang mencari pasal

Lately ni aku sebenarnya merasa dan terasa sedikit terganggu dengan bbrp insan yang rajin update status or komen mengkomen berkenaan perkara2 yang di luar ruang lingkup mereka, perkara yang mereka sendiri tidak pernah lalui dan adakalanya komen dan status tu mengganggu emosi org lain...

Aku bagi contoh ye:

1) orang yang tak buat PHD tapi membising bila graduan PHD minta gaji lebih tinggi bersesuaian dengan tahap pendidikannya..yang buat bising tu macam la tau macam mana susah payah orang buat phd dgn thesis yang boleh membotakkan kepala tu..

2) orang yang tak buat Master dan tak melalui gazetment period macam aku tapi mempertikaikan kenapa pakar2 baru macam aku sibuk nak mempertahankan kelayakan kami mendapat elaun pakar ketika gazetment, mereka mendakwa kami tak buat keja pakar pun, still buat keja MO..eh! Macam la awak tu hari2 tengok aku buat keja apa...

3) Orang yang belum kahwin tapi bagi komen kat status wall orang yg dh berkahwin dan sudah beranak pinak supaya jangan curiga pada suami bla bla bla...supaya jangan pentingkan diri sendiri...kena jaga suami etc

4) Orang yang tak keja hospital, bukan dalam medical line mendakwa vaccination punca autisme la, kanak2 cacat la...seolah2 mereka hari2 keja kat hospital dan tengok hari2 pesakit2 kat hospital autism sbb vaksin...wei! Kat hospital tu lagi ramai baby dan anak2 yang sakit sebab penyakit berjangkit ye...yang kita harapkan ada vaksin untuk mengelakkannya...

Pasal vaksin ni kan, ada sapa2 perasan tak dengue (denggi) vaksin sudah hampir dipasarkan tak lama lagi? Vaksin yang dah lama KKM nantikan penghasilannya..Aku teringin nak tahu sapa yang sanggup melihat diri sendiri or anak or org yang mereka sayang masuk wad kena cucuk ambik darah berulang kali, pastu masuk ICU sbb bleeding dan pastu innalillah disebabkan jangkitan denggi? Kalau u all yakin sgt natural antibodi u all boleh protect diri dari kena denggi silakan  tidak ambil vaksin denggi tu bila KKM luluskan penggunaannya nanti ye....jangan lupa masa H1N1 berebut2 orang yang tak layak dapat vaksin H1N1 datang klinik request utk vaksin kat anak dia lah, mak bapak dia lah..masa wabak H1N1 tu semua seriau kan dan tak sabar2 tunggu vaksin tu keluar...

5) Sapa lagi ek? Ha!! Orang yang tak pernah kena pindah randah banyak kali dalam kehidupannya macam aku ni tapi bagi suggestion itu ini pada aku, cuba nak menafikan keperluan aku bercuti at least satu dua hari sebelum aku report duty kat tempat baru

Tu je kot senarai aku, aku bukan apa, disebabkan ada org2 sebegitu dalam friend list fb aku so aku rasa tak bebas nak melontarkan pendapat, share apa2 psl kehidupan aku ni...sbb aku rasa ada orang yang aku tak paham apa tujuan dorg request friend aku kat FB...nk stalking xtvt budak nakal macam aku ke? Ke nk promote bisnes dia ke? Dan sbb orang yg sama bila komen je sounds macam nak condemn aku..dan aku rasa dia tak ikhlas berkawan dengan aku dlm fb sebagai teman so akhirnya malam ni aku decided to unfriend mereka2 itu...

Pakbear memang tahu aku amat selektif dalam meng"approve" friend list aku, nama yg pelik2 ala2 diva gitu mmg aku tak accept, mereka2 yg aku tak kenal tp agak2 macam kenal pastu langsung bila dh accept friend pun tak kenal kan diri, tak tegur sapa aku pun aku unfriend after some time...sbb aku rasa fb aku bersifat peribadi so hanya mereka2 yang menghormati aku sebagai manusia biasa dan yg benar2 berminat jadi kawan aku sahaja yang aku rasa sesuai menjadi friend fb aku...so korg yang masih friend di fb aku kira bertuah la..hahaha..aku bukan apa dari zaman sekolah lagi sudah amat biasa dipandang serong disebabkan kelantangan dan keberanian aku dari segi tindakan dan kata2 so aku tak suka insan2 yang berciri2 "PENGAWAS" ada dalam hidup aku yang suka jatuhkan hukuman dan melaksanakan undang2...aku rimas!!

Dan akhir kalam, pesanan utk diri aku dan juga sesiapa yang baca entri ni, cubalah jauhkan diri dari menjatuhkan hukuman pd mereka2 yang mempunyai pendapat dan cara hidup berbeza dari kita...kalau pun u all rasa menyampah gila kat status update seseorang tu, rasa macam bengong je status org tu, kita tak payahlah sibuk2 nk komen especially bila  tahap orang tu berbeza dgn kita contohnya org tu anak dara sedih2 sbb putus cinta, kita nk bagi nasihat macam2 sampai menambahkan moody org tu, org tu tulis kata penat keja, gaji sikit, pastu kita sibuk kata keja kita lagi teruk, gaji kita lagi sikit sampai mcm nk kata kawan kita tu tak layak mengeluh..or org tu buat master/phd merungut pasal kehidupan dia, pastu kita pertikaikan kenapa org phd/master nak macam2 pulak...kalau rasa tak suka dgn status update seseorang dlm fb tu or dalam kehidupan seharian la kan, kita abaikan je..kalau rasa perkara tu wajib ditegur sbb menyalahi hukum agama, kita pm je dia kat fb or panggil dia jumpa kita, face to face tegur..tak perlulah nk condemn dan condemn sampai akhirnya aku terus unfriend ko...hahaha.....kan rugi tu ko dah tak dpt nak stalking kehidupan aku dah lepas ni...good bye Mr/ms the great...dirimu terlalu hebat utk jadi kawan aku yg sekadar di pinggiran ni..:)


26 November 2013

Kenapa Kucing Mandi Banyak Kali?


*Jangan betulkan skrin smartphone/pc anda... Warna anak2 nyau aku mmg polo double black. Hehehe

Semalam Wafiy tanya kenapa syasha asik jilat anak2 dia? Aku jawab syasha jilat sbb nak bersihkan bulu anak2 dia, kira mcm mandikan anak laa...

Kalau mcm tu x acilah manusia sehari mandi 2x jee tp kucing mandi banyak kali. Bebel Wafiy bila tgk syasha asik jilat anak2 dia jee...

Hurmmm... Kalau Wafiy nak dedi pun boleh jilat Abg Wafiy mcm tu setiap hari! Sambil jelir2 lidah kat dia. Hahaha terus Wafiy lari dengan muka geli geleman! Euuuwww!!!

Pergi mandi! Kalau tak dedi jilat abg mcm syasha! .... Berdebumm!!! Bunyi pintu bilik air! Hahaha

Sent from my iPhone

19 November 2013

Jalan Jalan cari haiwan (Zoo Negara)

Malam ni bagi memuaskan nafsu nak berblog aku ni, aku nak share gambar2 masa kitorang pegi Zoo Negara
2 minggu lepas..


Kenapa Zoo? Entahlah..aku rasa memang sejak beranak pinak ni, at least setahun sekali ktorg mesti pegi Zoo..samada Zoo Melaka or Zoo Negara...lama2 aku pun dah hafal selok belok dan semak samun dalam Zoo tu..hehe

Dulu2 masa sebelum kawin dgn pakbear pun kitorg rajin gi zoo sbb kononnya nak melawat sedara mara pakbear dalam tu so of course la bila dh ada anak pakbear nk bawak anak2 balik kampung kan? Haha

Tapi trip kali ni memang matlamatnya adalah untuk tengok tahap ke'obses'an Huda pada binatang....sbb ktorg perasan Huda amat suka benda2 comel dan berbulu tidak kira haiwan hidup mahu pun yang memang kiok sejak lahir...

Kelihatan aku berposing bersama dua orang bodyguard hensem aku...masa ni tgh tunggu tram, terpaksa naik tram sebab hujan lebat hari tu....punah harapan ku nk berjalan santai sambil merangkul lengan tough pakbear..kehkehkeh..

Kelihatan di sini Huda bersama pemuja nya iaitu pakbear yg setia menjaga dan melindungi anak dara kesayangan walaupun dh letih tunggu tram yg tak sampai2...

Ktorg dh naik tram..eh!! Tolong! Tolong! Ada nampak tak lelaki hensem tough memakai baju biru? Uwaaaa!!! Laki saya tak naik tram sekali...

Ha!! Ada pun pakwe hensem pakai baju biru ni...terima kasih ye haiwan2 sekalian yang menemukan pakwe saya ni, dia memang selalu hilang bila masuk Zoo ni, jumpa ramai sedaralah katakan, banyak nk dibualkan...:p

Ni mak ghimau...badan maintain slim je walaupun sudah beranak dua...:)

Ni anak kepada Mak ghimau di atas, aku tengok dah macam Wafiy dan Waseem, main je, berguling sana, bergasak sini...patutlah mak dorg ni kurus macam aku jugak..haha

Ni ghimau putih, disyakki sekor ghimau betina berdasarkan kecerahan kulit dan renungan seksi mata nya..hehehe..

Dua ekor ghimau ni sebenarnya baru lepas main lari2..dari air muka nampak macam masih kanak2...muka notti dan penuh tipu muslihat..haha



Gmbr aku lagi dan anak2 bearuang

Huda sedang melambai2 mesra kenalan barunya..

Pakbear kata dia suka gambar ni sbb cute...mesti sbb ada aku dalam gambar ni kan sbb tu pakbear kata cute..hehe

Ktorg menonton Animal show..perasan tak Wafiy macam tengah menggigit sesuatu dgn semangatnya? Hehe..itu adalah roti keras kejung yg ktorg bawak dari rumah..camne ntah boleh jd kejung camtu...time ni dh lapar, so sumbat je lah apa yg ada dulu..

Pandai dia ni...

Si Binturong sedang menunjukkan kekuatan ekornya ketika bergayut...

Aku rasa aku boleh buat camni...maklumlah hidung ferrari kan pakbear? ;p

Budak burung ni sesat jalan...patutnya show dia last sekali tapi dia dh terdatang awal...kihkihkih...

Dah habis Animal show, kita makan pulak

So boleh balik dah...


#eh! Aku baru perasan aku tak jumpa langsung bear...konon datang nk jumpa sedara, tapi asik jumpa ghimau je...Pakbear, camne awak bawak sy balik kampung awak ni? Kita dah salah rumah ni...ish! Ish! Ish!


10 November 2013

Legoland & JB trip Mei 2013


Assalamualaikum...aku tak boleh tdo malam ni sebab tadi Huda mood tak baik...melayan dia tengok kartun dan akhirnya pukul 2.30 pagi tadi baru dia lena...

Dan aku pulak tiba2 rasa nak tulis entri pasal trip ktorg ke Legoland JB bulan Mei lepas...lama gaban dah...baru aku perasan yang ktorg takde entri pasal pegi Legoland ni..hihi..atas dasar mahukan blog ni hidup hingga ke anak cucu jadi aku rasa entri Legoland ni sgt penting untuk anak2 aku mengimbau kembali kenangan kami di sana...

Disebabkan otak aku pun dah nak shut down so kita layan gambar je lah eh..

Sampai2 je pose dulu...sebelum semua org mengamuk..hehe



Wafiy di driving school...keta yg ni khas utk kanak2 yg dh agak matang macam Wafiy



Yang ni untuk kanak2 yang belum mumaiyiz...hehe..cikai sikit la...tapi masih syiok..




Aku dah ada driver peribadi...hehehe



Pakbear dan anak2 main bomba bomba...FIRE! FIRE! Peluh2 pakwe aku..

Ni baby care...kita boleh berehat bersama baby2 kita di dalam ni...ada aircond, facilities utk buat susu anak, utk bagi baby makan, ada toilet dan ada 3 rooms bertirai utk ibu2 yang nak breastfeeding...ada kisah sbnrnya kat baby room ni...aku menangkap seorang staf Legoland tido dalam one of the room for breastfeeding tu...disebabkan dia tdo kat bilik tu so aku terpaksa bf Huda di ruang legar je...geram aku...aku snap gambar minah yang tido terbongkang tu dan aku email ke pihak Legoland time2 tu jugak...dorg pun dah reply dan mintak maaf..huhu..nama je tempat gah tapi kalau dh pekerja nya org takde sivik, tempat yg bagus pun boleh drop..

Seterusnya adalah gambar pakwe2 aku yg hensem2 di mata ku...ada yg berkenan? Sila ambil no giliran ye..ramai ni anak2 dara dh book pakwe2 ni...hehe..kriteria menantu aku senang je...aku nk menantu yang kerja cikgu sekolah rendah...:D








Ada sesetengah games dorg akan suruh kita ukur ketinggian anak kita dulu...cukup or sampai ke tahap ketinggian yg ditetapkan baru bole main game tu...so ada lah beberapa kali Waseem tak dpt masuk main...kesian anak Umi..nanti Waseem dh besar lagi kita pegi lagi...:)

Castle ni bagi aku biasa2 je lah. Castle disneyland Hong Kong lagi extravaganza la...uwaaaa!! I miss HK disneyland...


Aku tak naik menatang ni sbb aku gerenti akan mabuk sepanjang minggu kalau naik dia ni...


Main Lego pulak


Hip hip hurray!!


Kesayangan ku...


Busuk wooo!!


Bye Legoland...


Anak2, tengok le Dedi korang ni...ish ish ish!


Kami juga ke Zoo Johor keesokan harinya, setelah kechiwa mendapat tahu Muzium Johor tutup for renovation until next year...sedih dan terkilan tau...aku teringin sgt nk masuk Muzium Johor tu..


Aku hilangkan kesedihan dengan naik paddle boat...


Masjid yang cantik di atas bukit..sesuai untuk merawat hati yang duka lara...

Bye JB...:)