Powered By Blogger

28 November 2013

Pasal yang mencari pasal

Lately ni aku sebenarnya merasa dan terasa sedikit terganggu dengan bbrp insan yang rajin update status or komen mengkomen berkenaan perkara2 yang di luar ruang lingkup mereka, perkara yang mereka sendiri tidak pernah lalui dan adakalanya komen dan status tu mengganggu emosi org lain...


Aku bagi contoh ye:

1) orang yang tak buat PHD tapi membising bila graduan PHD minta gaji lebih tinggi bersesuaian dengan tahap pendidikannya..yang buat bising tu macam la tau macam mana susah payah orang buat phd dgn thesis yang boleh membotakkan kepala tu..

2) orang yang tak buat Master dan tak melalui gazetment period macam aku tapi mempertikaikan kenapa pakar2 baru macam aku sibuk nak mempertahankan kelayakan kami mendapat elaun pakar ketika gazetment, mereka mendakwa kami tak buat keja pakar pun, still buat keja MO..eh! Macam la awak tu hari2 tengok aku buat keja apa...

3) Orang yang belum kahwin tapi bagi komen kat status wall orang yg dh berkahwin dan sudah beranak pinak supaya jangan curiga pada suami bla bla bla...supaya jangan pentingkan diri sendiri...kena jaga suami etc

4) Orang yang tak keja hospital, bukan dalam medical line mendakwa vaccination punca autisme la, kanak2 cacat la...seolah2 mereka hari2 keja kat hospital dan tengok hari2 pesakit2 kat hospital autism sbb vaksin...wei! Kat hospital tu lagi ramai baby dan anak2 yang sakit sebab penyakit berjangkit ye...yang kita harapkan ada vaksin untuk mengelakkannya...

Pasal vaksin ni kan, ada sapa2 perasan tak dengue (denggi) vaksin sudah hampir dipasarkan tak lama lagi? Vaksin yang dah lama KKM nantikan penghasilannya..Aku teringin nak tahu sapa yang sanggup melihat diri sendiri or anak or org yang mereka sayang masuk wad kena cucuk ambik darah berulang kali, pastu masuk ICU sbb bleeding dan pastu innalillah disebabkan jangkitan denggi? Kalau u all yakin sgt natural antibodi u all boleh protect diri dari kena denggi silakan  tidak ambil vaksin denggi tu bila KKM luluskan penggunaannya nanti ye....jangan lupa masa H1N1 berebut2 orang yang tak layak dapat vaksin H1N1 datang klinik request utk vaksin kat anak dia lah, mak bapak dia lah..masa wabak H1N1 tu semua seriau kan dan tak sabar2 tunggu vaksin tu keluar...

5) Sapa lagi ek? Ha!! Orang yang tak pernah kena pindah randah banyak kali dalam kehidupannya macam aku ni tapi bagi suggestion itu ini pada aku, cuba nak menafikan keperluan aku bercuti at least satu dua hari sebelum aku report duty kat tempat baru

Tu je kot senarai aku, aku bukan apa, disebabkan ada org2 sebegitu dalam friend list fb aku so aku rasa tak bebas nak melontarkan pendapat, share apa2 psl kehidupan aku ni...sbb aku rasa ada orang yang aku tak paham apa tujuan dorg request friend aku kat FB...nk stalking xtvt budak nakal macam aku ke? Ke nk promote bisnes dia ke? Dan sbb orang yg sama bila komen je sounds macam nak condemn aku..dan aku rasa dia tak ikhlas berkawan dengan aku dlm fb sebagai teman so akhirnya malam ni aku decided to unfriend mereka2 itu...

Pakbear memang tahu aku amat selektif dalam meng"approve" friend list aku, nama yg pelik2 ala2 diva gitu mmg aku tak accept, mereka2 yg aku tak kenal tp agak2 macam kenal pastu langsung bila dh accept friend pun tak kenal kan diri, tak tegur sapa aku pun aku unfriend after some time...sbb aku rasa fb aku bersifat peribadi so hanya mereka2 yang menghormati aku sebagai manusia biasa dan yg benar2 berminat jadi kawan aku sahaja yang aku rasa sesuai menjadi friend fb aku...so korg yang masih friend di fb aku kira bertuah la..hahaha..aku bukan apa dari zaman sekolah lagi sudah amat biasa dipandang serong disebabkan kelantangan dan keberanian aku dari segi tindakan dan kata2 so aku tak suka insan2 yang berciri2 "PENGAWAS" ada dalam hidup aku yang suka jatuhkan hukuman dan melaksanakan undang2...aku rimas!!

Dan akhir kalam, pesanan utk diri aku dan juga sesiapa yang baca entri ni, cubalah jauhkan diri dari menjatuhkan hukuman pd mereka2 yang mempunyai pendapat dan cara hidup berbeza dari kita...kalau pun u all rasa menyampah gila kat status update seseorang tu, rasa macam bengong je status org tu, kita tak payahlah sibuk2 nk komen especially bila  tahap orang tu berbeza dgn kita contohnya org tu anak dara sedih2 sbb putus cinta, kita nk bagi nasihat macam2 sampai menambahkan moody org tu, org tu tulis kata penat keja, gaji sikit, pastu kita sibuk kata keja kita lagi teruk, gaji kita lagi sikit sampai mcm nk kata kawan kita tu tak layak mengeluh..or org tu buat master/phd merungut pasal kehidupan dia, pastu kita pertikaikan kenapa org phd/master nak macam2 pulak...kalau rasa tak suka dgn status update seseorang dlm fb tu or dalam kehidupan seharian la kan, kita abaikan je..kalau rasa perkara tu wajib ditegur sbb menyalahi hukum agama, kita pm je dia kat fb or panggil dia jumpa kita, face to face tegur..tak perlulah nk condemn dan condemn sampai akhirnya aku terus unfriend ko...hahaha.....kan rugi tu ko dah tak dpt nak stalking kehidupan aku dah lepas ni...good bye Mr/ms the great...dirimu terlalu hebat utk jadi kawan aku yg sekadar di pinggiran ni..:)


3 comments:

Masy said...

betul!

senang cite, kalau tak setuju dgn status member tu, takyah la komen. ukhwah dan silaturrahim sesama member lagi penting dipertahankan drpd pendirian kita sebenarnya. oh.. ikut keadaan jugak..

pendirian sendiri bole la dicakapkan kat wall sendiri. tak gitu? heheh

fairus said...

ORANG BERMACAM RAGAM.. KADANG2 DEPAN KITA BAIK JE, BELAKANG KITA MACAM2 DEIA PERKATAKAN.. APA YANG BOLEH KITA BUAT, HANYA IGNORE SAJA. MULUT ORANG MEMANG SUKAR UNTUK DITUTUP..

Siti Munirah said...

Makbear,

saya sangat suka entry ni. rasa macam nak like like like sampai 1000x. boleyy??? :)

Salam Perkenalan. apa yang makbear cakap tu memang very well said. Ending yg mmg best - unfriend terus. Memang terbaiklah!! :)