Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

31 December 2012

Abg Wafiy Sunat

Alhamdulillah pd 8 dec yg lps abg wafiy dh bjaya disunatkn...ktorg takde plan apa pun sbnrnya...Wafiy yg beria2 nk sunat...dia yg request...aku pun x tau dia tau tak sunat tu apa...heee...

Pd pagi 8hb tu pagi2 kul 7pg+ Pak bear dh bwk wafiy gi breakfast

aim nk smpi klinik sharp kul 8pg dn jd org pertama coz ktorg takut wafiy refuse tiba2 sbb tgk org terdahulu kesakitan..

Wafiy sunat pakai teknik Laser which is actualy sama je dgn conventional method just masa nk cut tu dorg guna laser so that the incision is sharper dn laser tu terus burn blood vessels kat situ therefore can minimize bleeding...tapi Pak bear kata masa nk jahit balik tu Doc tkena satu blood vessel wafiy yg besar kot pastu bleeding la jugak...tp sib baik terkawal

Smpi rmh wafiy jalan slow motion je...ktorg mmg totally blur psl jaga org bsunat ni...sbb both aku dn pak bear neva bother psl pantang2 ni esp aku lah..aku bsalin pun x pantang nau...

So akhirnya ktorg decided wafiy bpantanglah jugak...tp dr segi tak makan ayam, telur dn mknn yg dikhuatiri menyebbkn kegatalan...air pun ktorg catu sbb Doc dh pesan cmtu...kena catu sbb taknak dia asik kencing je nanti luka lmbt kering..


Aku kesian kt wafiy bila teringat time nk dressing bird dia...mmg sakit sbb aku dn pak bear tpaksa make sure yg kuning2 mcm nk jd nanah tu dn darah2 dibersihkn sebaik mungkin...meraung la wafiy...tp slps consult Nek Nah ( mak Pak bear) dn juga kakak aku, akhirnya ktorg hnya bersihkan sikit2 je...Nek nah kata yg hitam2 keruping tu x pyh beria2 nk di bersihkan sbb nanti keruping tu akan luruh sendiri..hnya make sure takde nanah dn darah dn juga pastikan Bird tu sentiasa kering lps mandi dn kencing.

Wafiy takut jugak nk kencing masa hari pertama, hari kedua pun dia xnak kencing...kena bg ceramah motivasi skek pastu baru dia konfiden utk gi kencing..mandi pun awal2 tu aku mandikan dgn teknik cover bird pakai cwn plastik pastu baru siram air kat bdn...hehehe...tp lps 3 hari wafiy dh berani mandi sendiri.. ;)

Wafiy start pakai seluar slps 1 minggu...sblm tu kt rmh togel je..hehe..itupun sbnrnya dia takut nk pakai seluar tp sbb Mak aku admit wad dn ktorg nk gi melawat kat hospital so Wafiy tpaksa le pakai seluar...dan nasib baik bila balik kg..cousin Wafiy merangkap abg angkat Wafiy iaitu Hafizi yg dh sunat memberi kata2 semangat kpd Wafiy..Fizi kata dia dulu lps 3 hari dh pakai seluar..macho kan?

Luka wafiy betul2 ok yakni bird dh serupa bird org dewasa hnya slps 2 minggu..time tu baru lega hati ktorg tengok bird Wafiy dh rupa normal..., risau gak ke cacat ke rupa paras bird anak aku...hahaha...

Pak bear yg hobinya potong2 keruping luka mjadi tensen sbb keruping Bird Wafiy ilang begitu shj tanpa sempat Pak bear buat eksperimen...hahahaha...jgn marah ye kesayangan dinda...

Dn skrg Wafiy dh back to normal...dn dh continue kelas mewarna yg dh stop lebih 1wk... Alhamdulillah... thank you Allah

Entri Pertamaku...

Salam... Entri pertamaku.

Tadaaa...kt warm up ber'blog' semula (untuk pakbear huhuhu) dan percubaan pertama untuk aku dgn gmbr2 bilik anak aku....actually aku yg over'excited' nk hias bilik ni...anak2 dah besar, bilik dh x muat..;p

Ktorg dh merayau mencari perabot yg bersesuaian dn yg agak2 bkenan di hati...so akhirnya ktorg rs perabot Ikea is the best!!! Mmg ler org kata mahal, tp sbnrnya kalu kita survey betul2, harga actually lebih kurang sama je dgn harga perabot kat kedai tepi2 jalan tu...lain lah kalu kita mmg tak kisah beli yg jenis perabot 'serbuk kayu'...yg pakai 2-3bulan dh nk rabak...huhuhu...aku tobat beli perabot murah2 ni....serik..

Pengalaman beli perabot yg ntahapahapa kat Nilai dulu menyebabkn ktorg rasa better beli di Ikea. Dorg pun bole deliver dn assemble terus kat rmh kita..sediakn ongkosnya sahaja..


 ikut plan Wafiy yg akn tdo atas, waseem di bawah tapi plan berubah sbb waseem yg slalu blagak incik bosh bkeras nk tdo atas..
Storage box ni amat memikat hati aku, colourful dn bole mengajar anak2 utk jadi org yg organized. Setiap mainan akn masuk box ikut kategori masing2..thomas train satu box, thomas accesories satu box, keta2 mainan satu box, playdough satu box , megablock satu box and etc... 
So far wafiy dn waseem paham fungsi setiap box..dn phm setiap kali nk tdo mlm kena kemas kecuali incik Thomas n friend yg kalu dh dipasang dgn segala rel bagai tak perlu dibukak utk jangka masa 2-3hari..sbb aku dn pak bear pun syok nk main sama...hehe

cermin ni cermin suka suki namanya...aku yg suka jugak..anak2 x kisah pun sbnrnya...hehe..
Abg wafiy request bedak, sikat, minyak rambut, lotion dia sume kn complete. Dia dh pandai meng'hensem'kan diri..org ada makwe 6 org la katakan..hehe

Pak bear kononnya nk buat tema Cars dlm bilik ni...mahal ooo tikar Cars ni..tp nmpk lasting...

Incik Abu dn Mama Barney...always together forever

Sekian report psl bilik anak2 bujang aku....nanti bila Huda comel dh besar, umi nk buat bilik princess plak...yeah!!!

30 December 2012

Bear is Back (again! hehehe...)

Catatan-catatan usang di blog ini seringkali menggamit perhatian makbear aka najah aka isteriku untuk menggalakkanku kembali berblog. Sejujurnya perkara ini telah beberapa kali disuarakan kepada aku namun atas kesibukanku pada waktu itu, cadangan itu hanya berlalu seperti di angin lalu. Chewahh!! Hehehe

Entah kenapa, gesaan makbear untuk kesekian kalinya supaya aku berblog semula pada aaaawaaallll pagi tanggal 29 Disember 2012 telah mengetuk pintu hatiku untuk membuka semula blog yang telah lama terdiam ini. Dalam kegelapan itu, aku tersenyum2 sendirian membaca entri sendiri. Seakan tak percaya aku pernah mempunyai blog dan akupun memang pernah sangat aktif dalam satu komuniti blogger yang agak mahsyur pada suatu ketika dulu dengan nickname pakbear. Hikhikhik... Perasaan perasan sungguh aku ni!

Tapi memang betul apa, sampai sekarang ukhwah yang sedia ada itu kami telah lanjutkan ke FB pula. Walaupun tak seramai dan semeriah seperti dulu tapi pertalian yang telah sekian lama terjalin itu menyebabkan kami saling menginggati antara satu sama lain, bahkan sering juga kami mengusik dan bertanya khabar di FB.

Ok, PAUSE!

Sekarang ini kisah baru, kisah sekarang dan akan datang. Dalam terang-terangan (bukan diam2) aku tengok makbear (yang terchenta) aku nie memang ada bakat nak berblog. Kalau membebel dia memang sangat expert, so dari dia membebel2 tapi xde orang dengar (kecuali aku yang selalunya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri... hehehe.. jangan mare aaaa...) aku rasa (dan dia pun rasa), elok aku dan dia berblog semula. Seikhlasnya, bukan untuk meraih follower atau 'likers' macam di FB tu, tapi lebih sebagai jurnal harian kami untuk rujukan dan kenang2an di masa hadapan. Macam blog macam zaman dedolu. Back to basic katanya... Tapi kalau ada yang nak baca pun, sudi2kan lah membacanya... :)

Aku dah invite makbear sebagai co-author bagi blog aku nie. Dah banyak dah entri dia suruh aku uploadkan. Hahaha tunggu!!!

07 July 2009

Demam Denggi

Baru baik dari demam denggi..

Serik woo kena denggi.. rasa letih giler. Kena minum air masak banyak2 sampai nak termuntah. Dah tue asik rasa nak kencinggg je. Penat nak g toilet selalu-selalu.

Sekarang nie fobia walaupun nampak nyamuk seekor.

P/s: tq kepada makbear yang menjaga aku dengan baik.

18 June 2009

Nak Jadi Kurus

"Mulai minggu ni saya nak jogging tiap2 weekend, nak kuruskan badan", ujar aku pada segerombolan opismate sambil berangan body yang maintain fitt dan bertambah kacak, bergaya, bermutu dan berkeunggulan.. Hehehe

"Saya rasa abang kalau kurus x hensem laaa.. elok laa macam sekarang, comel", ujar M (opismate aku).

"Alamak kau nie, potoOooNg laaAAaaa!!", aku. Terima kasihlaa atas 'galakan' yang begitu memberangsangkan tue.. Huhuhuhu...

16 June 2009

Jadi Majikan

Kalian dah bosan bekerja di bawah telunjuk majikan yang hampeh?

Kalian nak jadi majikan? Boleh... gunalah perkhidmatan bibik (orang gaji aka maid), kalian layak digelar majikan.

Jangan lupa menyertai Anugerah Bibik Terbaik E*A! Ceritakan kehebatan bibik anda dan mana tau bibik anda akan terpilih. :)

Kami x berani ambil bibik... kami x sanggup membayangkan sesuatu yang buruk terjadi pada kesayangan kami disebabkan orang lain.

Nak tengok gambar waseem? Klik SINI

15 June 2009

Hikayat Pemandu Bas

Bagi manusia yang bermuka 'kurang mesra' macam aku nie, memang susah nak cari kawan berbual. Jadinya untuk perjalanan sejauh satu jam setengah ini aku berkira-kira menyediakan head phone sebagai peneman sepanjang perjalanan.

Ya henpon aku sudah uzur sangat. Head phone nya sudah lama rosak. Aku hulur not merah dan hijau pada taukeh kedai henpon yang tak tau menjawab apa perbezaan antara head phone ori dan head phone cap ayam. Tapi aku ucapkan TQ juga. Budi bahasa kan budaya kita..

Rupanya Allah tue maha kuasa. Perjalanan yang kujangkakan membosankan berlaku sebaliknya. " Alo kawan apa kes duk belakang? mehler lepak depan, boleh sembang!". Perut bas yang terisi empat orang termasuk pemadu bas bergema dengan suara pemandu bas tue. Aku yang terasa dia seperti bercakap dengan aku sebab yang lagi dua oarang kat belakang sedang asyik memadu asmara pun mengalihkan punggung dan duduk betul2 di belakang pemandu bas tue. Dan hikayat pemadu bas pun bermula...

"Alahai kalau aku tak beli head phone nie pun tak ape". Gumam aku.

09 June 2009

Perlukah Aku Kembali?

Perlukah.. perlukah? chewah... hehehe

15 July 2006

BELASUNGKAWA (Untuk Arwah CikNana)

Al-Fatihah untuk arwah ciknana.

Aku tak pernah menyangka, pada suatu ketika dan masa aku akan menulis BELASUNGKAWA kepada seseorang. Akhirnya masa itu tiba.

Arwah adalah seorang yang ceria dan selamba. Tak sangka di sebalik keceriaan arwah itu mengandungi sejuta duka.

Aku kenal arwah kali pertama semasa pre-gathering 2004 (bowling) di Mines. Masa tue arwah jadi coordinatornya bersama Tipah dan W4lyd. Masih aku ingat juga beliau telah menamakan aku sebagai "Blogger Paling Happening" pada petang itu di Dewan Sri Pulasan UPM. Natijahnya aku dihadiahkan sebuah diari walaupun aku tak pernah menyanyikan lagu "Diari Seorang Lelaki-Pretty Ugly".

Pernah bekerjasama dalam Projek Basah V2. Namun hasrat arwah tak kesampaian untuk menghadiri projek berkenaan walaupun arwah antara yang paling beria-ia untuk menyertainya di peringkat awal.

Alahai.. tak baik menyebut-nyebut orang yang dah tiada. Au mendoakan roh Allahyarhamah di tempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin.

30 June 2006

Tips Dari Adlin

Kalian ingat masa konsert ke-3 AF3 dulu? Ketika Adlin menasihatkan kepada Faizal, untuk menjadi artis yang berjaya, pertama jangan ambil ganja/dadah iaitu sejurus penampilan istimewa Saleem (Iklim) bersama Faizal mendendangkan lagu 'Ganu Kite'.

Kalau kalian menonton ketika itu, pasti kalian ingat.

Walaubagaimanapun, perkara dah lepas, Adlin pun dah minta maaf secara terbuka minggu lalu. Ikhlas ke tak ikhlas antara dia dengan Tuhan. 'Aiman (sebut aku) tak kisah', sebab aku minat juga dengan cara kritikan Adlin tue, macam tengok teater pulak!

Minggu nie, Fahran dapat lagu 'Biarlah Rahsia', Siti Nurhaliza. Aku harap Siti takkan muncul.

Aku berimaginasi, kalau Siti muncul semasa persembahan Farhan, kritikan Adlin akan berbunyi begini,
"Ok Farhan, saya suka dengan persembahan awak. Saya percaya awak boleh pergi jauh. Cuma 1 tip untuk awak kalau mahu berjaya, pertama: JANGAN KAHWIN DENGAN SUAMI ORANG (atau duda?)!! Bla.. blaa..". Sigh!

19 June 2006

Dalam Keseronokan Memudar Itu

Semalam. Keghairahan aku untuk menonton cereka saduran filem ke layar tv, cerita 'Sumbat Bola & Lipstick' tak berpanjangan. Setengah cerita, keseronokannya memudar..

Mereka kata melayu kolot. Melayu kena cakap melayu, dengar lagu melayu dan menonton teater?! Melayu tak boleh pakai jeans.

Typical melayu, malas. Terlalu bersopan santun (baca lembek).

Kesian melayu.. orang kata melayu kolot.

Dalam keseronokan memudar itu, aku berfikir.. Siapa yang kolot? Melayu kat luar sini ke ataupun melayu yang menulis skrip tue?

Dalam keseronokan memudar itu. Hujan menggila. Liputan siaran tv satelit kuali aku juga turut memudar bersama menggilanya angin malam. Alahai..

16 June 2006

Tazkirah

Ustaz pernah cakap pada kami, di tempat/tanah mana kamu di'mati'kan di situlah asalnya tanah kita dijadikan.

Sesungguhnya asalnya kita itu dari gumpalan-gumpalan tanah. Wallahu'alam!

15 June 2006

Mana Boleh Bagitau.. Rahsiaa!

Bila kecurian berlaku ( di muzium), maka kesedaran tentang betapa pentingnya keselamtan premis meningkat.

Kursus keselamatan oleh Pn .Pegawai Keselamatan Negeri telah diadakan.

Antara intipati yang kerap kali ditekankan oleh Pn. Pegawai adalah betapa kita perlu berhati-hati terhadap penyebaran maklumat-maklumat yang pada kita tidak penting tetapi jika dikumpul-kumpul akan menjadi satu maklumat yang sangat CONFIDENTIAL!

"Jangan percaya pada cleaner di tempat kerja tuan-puan", Pn. Pegawai.

"Jangan sebarangan bercerita dengan pembantu rumah anda kerana gadis Indon adalah perisik terbaik di Asia", tambah Pn. Pegawai.

"Jangan jawab itu dan ini jika tiada keperluan", panjang lebar sungguh amaran JANGAN dari Pn. Pegawai.

Peserta kursus begitu kagum dengan tahap suspicious dari Pn. tadi.

"Bagaimana dengan keadaan pejabat anda? Anda berapa laluan akses, komputer, maklumat peribadi, fail sulit?", tanya Pn. Pegawai.

"Ehh, mana boleh bagitau.. Rahsiaa!!", hebat betul kami.

01 June 2006

Eek Ook Eek Ook.. Dan,

Eek Ook Eek Ook..
Eek Ook Eek Ook..

"Bunyia apa tue Zal?", teman. Mengerut dahi.

Ek Ok Ek Ok..
Ek Ok Ek Ok..

Makin laju dan makin kuat.

Ek Ok Ek Ok..
Ek Ok Ek Ok..

Berturut-turut, seiring dengusan nafas.

Ek Ok Ek Ok..
Ek Ok Ek Ok..

Dan, mereka pun berfantasi yang bukan-bukan!

Mute.

Sebenarnya ia adalah bunyi beg plastik besar yang terletak di bawah meja aku.

30 May 2006

Berguru Kepalang Ajar

Tak elok kedekut ilmu. Orang kata, kalau kita ada ilmu dan kita sampai-sampaikan ilmu kita makin bertambah. InsyaAllah.

Di pejabat aku selalu ada budak praktikal. Selalunya, aku tengok kalau budak tue bagus dan ada sifat ingin belajar, aku rajin nak mengajar.

Suatu hari di pejabat.
"Ali, meh sini aku ajar pasal komponen dalam komputer", aku. Budak nie bukan butdak IT.
Ali berdiri sebelah aku sambil tekun tengok aku sedang menunjukkan kepakaran mengoperate cpu.
"Nie kau tau apa? Hard-disk. Nie, RAM. Yang niela yang orang pakai cpu-cpu tue. Pentium4 ke Pentium3 kee..", Aku. Ali ternganga.

"Toot..toot.", bunyi h-set.
"Jap Li (Ali), hello... bla bla bla", aku jawab panngilan telefon tadi.

"Ok, Li, itu jee lah sesi pembelajaran kita ari nie", aku. Sambil menutup semula casing cpu.
"Ehh, mana h-set aku?", sudah, h-set dah tak jumpa.
"Cuba ko call no h-set aku Li", aku.

"Toot..toot.", bunyi h-set.
"Ehh, dalam cpu nie laa bos!", Ali.

"Hahaha..", alahai! Berguru kepalang ajar.

25 May 2006

Kuasa Psikik

Suatu malam. Sedang istirehat menonton rancangan polis kegemaran ramai. Suasana sepi sambil mata kejap di kaca tv diselang-seli dengan bunyi tembakan dan jerit pekik. Aksi polis sedang mengejar penjahat.

"Abang rasa abang ada kuasa psikik laa..", aku
"Naper plak?", MakBear

"Abang rasa macam dalam kepala otak abang nie terngiang-ngiang dialog polis tue sebelum dia cakap. Macam abang boleh agak jee apa yang diorang nak cakap. Dengar kuat. Betul", Aku
"Ceh, itu sebab mak bukak tv (bukan Astro) lagi satu laa", MakBear.

Nota: Siaran tv di Astro lambat sikit dari siaran tv bukan Astro.

"Laaa.. ye ker? Bistue apa maknanya?", aku.
"TAKDE MAKNANYA!", MakBear.

24 May 2006

Bukan Bos Ayah Kita Bos

Bukan Bos "Ayah Kita Bos"!

Bos kita pun macam artis.

Kalau berlaku baik dan mematuhi arahan, dialah yang terbaik. Dialah role-model yang patut dicontohi.

Kalau terkantoi buat salah.. "Saya (sebut bos) pun manusia biasa", Bos.

Bukan Bos "Ayah Kita Bos"!

21 May 2006

Konpem Berkesan

Tips DIY yang diperolehi dari sisipan e-mail.

"CUBE LAH KALAU NAK TAU BERKESAAN KE TIDAK.

Anda tertinggal kunci dan remote device dalam kereta yang terkunci dari dalam. Atau anak kecil anda tertekan butang central lock. Pinjam/Dapatkan handphone dan berdiri jarak kurang satu kaki / berhampirantayar kanan pemandu (alarm receiver). Call your wife di rumah dan minta dia RETURN CALL bersama spare key dan remote. Minta your wife tekan unlock button sambil sentuh handphone. ( handphone sahaja, fixed line kurang sesuai ). Perlu diingat bahawa remote alarm device menggunakan spectrum Long Wave Radio frequency dan handphone pula menggunakan spectrum Short wave Radio Frequency yg boleh diselitkan Long wave. Bergantung kepada Alarm Device.

Dapat info dari kejadian di Petrol Station. Selamat Mencuba."
-----

PETUA AKU (Kalau tak boleh pakai tips tadi):

Cubalah, konpem berkesan.

Suruh bini korang datang ke tempat kejadian (kereta terkunci) dan bawak sekali spare key kereta tue bersama. InsyaAllah.. Masalah pintu terkunci dapat diatasi.

17 May 2006

'Ben' Masuk Belakang!

Dalam satu majlis keraian yang dihadiri oleh ramai tetamu-tetamu VIP. Majlis itu pula akan dirasmikan oleh seorang yang sangat VVIP. Namanya Datuk R.

Nak dijadikan cerita, Datuk R tak hadir, diwakilkan pada isterinya yang juga seorang VVIP dikenali sebagai Datin M. Selepas selesai acara perasmian, tibalah acara yang amat dinanti-nantikan supaya cepat habis iaitu sesi karaoke oleh tetamu VVIP.

Datin M menyanyi memang sedap, tapi kalau tak nyanyi lagi sedap.

Dari satu lagu ke satu lagu. Datin M request pula satu lagu istimewa, lagu nie tak pernah rehearsal dengan band, katanya.

"Ok band (sebut Ben), I nyanyi dulu, band masuk dari belakang", Datin M.

Otak seisi dewan bercabang-cabang menafsir kata-kata Datin M sambil disambut dengan sorak-sorai berbaur lucah.

"Kau tahu band (sebut Ben) tue siapa?", aku.
"Ntah, siapa?", member.
"Band (sebut Ben) tue nama timangan Datuk R!!", aku.

15 May 2006

Dulu. Sekarang.

Dulu. Diorang kata aku tak tahu sebab aku belum kawin lagi. Bujang.

Sekarang. Diorang kata aku takde anak lagi tak tau.. Dah ada anak nanti taulah!

??? Lepas nie apa pulak?