Powered By Blogger

30 March 2014

Mabuk Pizza homemade sendiri..:)


Tadaaaa....weekend ni aku telah mencuba membuat pizza pulak...hikhikhik...aku ni setiap hujung minggu kerjanya menggugel resepi saja...



Semalam kami dari lunch sampai ke dinner dok ngap pizza je lah..hehe
Pizza yang aku buat ni telah diakui oleh pakbear sama sedap dengan yang dijual di kedai...sungguh terasa feeling "homemade" itu...

Resepi pizza ini pun aku gugel di internet saja...mudahnya hidup dengan internet...aku yang zero pasal masakan pun boleh pandai masak..hehe...

Untuk buat pizza, ada 3 perkara yang perlu dilakukan iaitu:

1) Buat pizza base
2) Buat pizza paste
3) Buat topping

Nampak macam rumit tapi sebenarnya agak mudah, terutamanya kalau kita dah biasa buat doh utk roti, donut etc so buat base pizza tu pun kira senang kacang je lah..:)

Base pizza
-------------

Bahan-bahan:

500 Gram tepung gandum
1 Sudu teh baking powder
1 Sudu teh serbuk yis
2 Sudu makan minyak zaitun
1 Biji telur gred A

Air secukupnya

Cara-caranya:

1. Yis dicampurkan bersama 1/2 cawan air suam dan 1 sudu makan gula, biarkan seketika dlm 20 minit.

2. Masukkan air yis tadi bersama kesemua bahan2 lain diatas dan digaul rata. 

3. Masukkan air secukupnya dan uli menjadi doh. Cara uli ni kan kita uli sama macam buat doh roti dan donut tu iaitu uli sehingga kenyal2 lembut dan pastikan tiada tepung2 melekat di tangan, kalau masih ada tepung melekat di tangan, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit sampai doh tu kenyal dan tangan kita bersih dari sebarang tepung

4. Perapkan seketika dalam 20-30 minit. Setelah siap diperap, bolehlah mula dicanai membentuk bulat leper. Kemudian, cucukkan dikawasan tengahnya menggunakan garfu. Buat lubang2 kenit...kalau tak buat pun takpe..hehe..ini chef yang aku folo resepi bagitau...:)

So lepas tu, bolehlah terus di gunapakai dengan menyapu paste dan topping. 

Dan terus dibakar didalam oven. Bakar ni ikut spesifikasi oven korang tau...aku bakar 20 minit dengan suhu 150c sahaja sebab oven aku oven lama yg suka overheat..

Untuk dijadikan frozen, bakarkan ia selama 10 minit (mengikut spesifikasi oven masing2) dengan suhu 150c juga... pastikan doh tidak dibakar terlalu garing. 

Bila dah sejukkan dah bolehlah mula disapu paste dan toppingnya.. atau disimpan base ini didalam freezer dan bolehlah digunakan kemudiannya..

So basically, korang nak frozen pizza base tu je boleh, nk frozenkan dia bersama paste pun boleh, nk frozenkan dengan dah siap topping pun boleh...aku frozen kan siap topping untuk memudahkan jejaka tampan kt rumah aku ni...dia tinggal bakar je lah pizza tu nanti kalau time aku takde...:D

Ok sekarang buat paste pizza pulak

Pizza paste
--------------

Bahan A

3 Biji bawang putih (dicincang halus)
4-5 Biji tomato segar
4-5 Sudu besar sos tomato biasa (lebih jika mahu - ikut citarasa)
1 Sudu besar mentega/butter

Bahan B

1 Sudu besar oregano (ikut citarasa jika mahu lebih), aku tak suka banyak ;)
1 Sudu teh lada sulah (white pepper)
1 Sudu teh lada hitam (black pepper - ikut citarasa)
Sedikit air (dalam 1 cawan atau lebih)

Cara-caranya:

1. Panaskan kuali/periuk, masukkan kesemua bahan2 (A) diatas dan dibiarkan mendidih. 

2. Setelah bahan (A) mula mendidih, masukkan pula bahan2 (B) dan sentiasa dikacau. 

3. Renehkan ia sehingga kesemua bahan2 tadi menjadi pekat.

So dah siap dan sedia untuk digunakan/disapu atas topping pizza tadi.

Pizza topping
----------------

1. Hirisan keju Mozarella/Parmessan
2. Minced beef atau chicken (Daging cincang)
3. Sosej yang dipotong serong/bulat (sukati nak bentuk apa)
4. Capsicum (cili gemuk bulat tu) potong2 nipis
5. Cendawan butang potong nipis

So mula2 tabur la hirisan cheese tu, pastu letak lah minced beef or chicken tu, letak sosej, capsicum dan cendawan butang lepas tu tabur lagi sekali hirisan cheese tu...

Secara asasnya sukati kita le nak letak apa sebagai topping pizza tu...aku ni terasa nak letak sardin, sotong, udang dan daging ketam...hahaha..tapi resepi kali ni aku buat folo seperti yg pakbear dan anak2 suka...itulah kehidupan ku sekarang sebagai mak orang...

Kehendak anak2 diutamakan...
Kehendak sendiri dibelakangkan...

Best tak motto kehidupan aku? Haha

Ni pizza yg dah siap diletak topping untuk di'frozen'kan.


Aku balut dalam plastik dan letakkan bertingkat tingkat dalam freezer....kang kalau u all datang, aku defrost je lah dan bakar semula...:)


0 comments: