Powered By Blogger

25 January 2006

Kelmarin & Semalam

Kelmarin.

MakBear demam teruk. Menggigil, batuk dan selsema. Kemabukan mengandung juga semakin mejadi-jadi. Sejak kebelakangan ini selalu muntah dengan banyak. Dahsyat sungguh bunyinya. Kalau orang-orang tua cakap 'muntah belelah', muntah yang dah takde apa-apa lagi nak keluar sampai lembik.

MakBear menafikan muntahnya itu disebabkan dia mengandung tapi hanyalah kerana demam yang tak mahu kebah. Tapi aku agak yakin gejala muntah-muntah itu berkait kuat dengan pembawaan baby dalam kandungan sebab menurut mak mertua aku, dulu dia pun kalau mengandung memang teruk mabuknya.

Kelmarin adalah puncak bagi segala kesabaran dan kekhuatiran aku. Aku bawa juga MakBear ke klinik setelah ubat yang MakBear beli sendiri di farmasi sebelum ini tidak menunjukkan kemajuan. Aku risaukan MakBear, aku khuatirkan baby dalam perut MakBear yang dah 3 bulan lebih tue.

Dr. bagi banyak ubat. Macam-macam. Untuk MakBear dan juga untuk baby. Kemudian aku mintak scan baby. Aku nak tengok sendiri keadaan baby setelah scanning terakhir yang dibuat pada minggu ke-9 lalu.

Alahai.. imej baby nampak besar sungguh di paparan skrin. Walaupun hakikatnya hanya beberapa cm sahaja besarnya. Lasak sungguh! Mengingatkan tabiat aku yang suka bergolek-golek ketika tidur. Kakinya menendang-nendang, tangannya terangkat-angkat seperti Tunku melaungkan kemerdekaan. Nampak sihat dan cergas sungguh walaupun MakBear sendiri mengaku belum dapat merasai sentuhan penuh listrik itu.

"Sayang makan ubat tau.. jangan "skip-skip". Jaga kesihatan, baby pun sihat nanti", aku pimpin tangan MakBear keluar dari klinik. Hati menghela lega.

Semalam.

Aku sengaja mencari-cari maklumat di google mengenai pregnancy nie, tetiba aku ditemukan dengan blog Dr. Max. Aku tau Dr. Max nie kakak MJ. Aku tau mengenai pemergian Adam yang direlakan dengan berat hati oleh Dr. Max pemergiannya kembali ke sisi Si Pencipta dengan keramat 'kun-fayakun' pada Ramadhan yang lalu.

Aku tergerak untuk membaca blog beliau. Aku baca dan cuba selami perasaan Dr. Max. Ahh.. sungguh pilu. Tercarik seribu perasaan aku. Tak sanggup aku habiskan catatan arkib pilu beliau. Usai aku mencapai h-set dan mengetuk-ngetuk papan kekunci..
"Abg bc weblog dr.max, dia kakak MJ. anaknya meninggal sbb 'prematurity 26 weeks'. kesiann.. sedih abg. ayg jaga kesihatan & baby baik2 tau.. luv u".
Aku send sms pada MakBear.

Aku tahu, aku ditemukan dengan blog Dr. Max ada hikmahnya. Allah taknak aku terlalu gembira dengan nikmat yang diberikanNya. Doa aku panjatkan semalam-malam agar segalanya selamat dan sempurna.

Al-Fatihah untuk Adam.

5 comments:

Anonymous said...

hehe tahniah pak bear!

cik easy said...

Wife aku pregnant masa adam kembali menemui Ilahi... wife aku baca entry tu.. dia terus menangis...

Anonymous said...

aku pun baca n sedih walaupun aku tak pernah mengandung lagi. Dah lama kan kak MJ tak update blog dia. Bz barangkali

max said...

akak pun. baca berkali-kali. dan nangis berkali-kali. dulu. dan kadang-kadang, sekarang. tolong sedekahkan al-fatihah pada arwah adam.

makbear said...

Pakbear...wafiy was here...;)