29 April 2014
Karipap rangup dan sedap
Last weekend aku bagai ditarik2 untuk pergi ke kedai bakeri di Little India Street....entah kenapa sejak pindah Kuching ni aku gila memasak kek dan kuih...haha...
Dan masa di kedai tu, anak2 bear 2 org boy yg hensem itu beria2 suruh Umi beli pencetak karipap...wafiy of course dah faham apa kegunaan pencetak tu, tapi Waseem seperti biasa mudah dipengaruhi oleh abang nya..so belilah aku pencetak karipap...sebenarnya aku dh lama gugel resepi karipap rangup ni...so hasil gugelan itu aku akhirnya memilih resepi yang ini..
Bahan-bahan:
(A)
1 kilo tepung gandum
100 gram tepung beras (anggaran dalam satu senduk penuh nasi)
100 gram tepung ubi (anggaran dalam satu senduk penuh nasi)
Serbuk lada putih/sulah
1 Sudu makan gula
(B)
4-5 Sudu makan marjerin atau butter juga boleh digunakan (dicairkan)
1/2 cawan minyak masak
Garam secukup rasa (anggaran dalam 1/2 sudu makan)
Air suam untuk menguli - yang telah dicampur garam diatas)
Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan (A - kecuali garam) kedalam bekas adunan. pastikan digaul rata dan sebati.
Setelah sebati, masukkan bahan (B) dan digaul rata/sebati. pastikan ianya rata keseluruh adunan. ianya akan kelihatan sedikit bergentel. ratakan adunan sehingga menjadi gentelan yang agak halus.
Untuk mengenalpasti adakah ianya sudah cukup sebati atau tidak, kepalkan sedikit adunan kedalam tangan dan boleh dilihat ianya akan berkepal dan agak padat (tidak senang terlerai)
Bolehlah diikuti dengan proses menguli. masukkan sedikit demi sedikit air suam yang bercampur garam tadi kedalam adunan. uli lah sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh lembut dan kenyal. pastikan ianya tidak melekit ditangan dan dinding bekas adunan. jika melekit, tambah sedikit tepung dan diluli sedikit.
Perapkan doh tadi dalam 1/2 jam. perap ia dengan menutup ketat. - menutup bekas dengan kain atau penutup. setelah 1/2 jam keluarkan adunan dan diuli sedikit. sudah boleh diguna..
~ Adunan ini boleh diguna-pakai berkali2. untuk menyimpannya, masukkan kedalam plastik dan letak ditempat beku (freezer) nyah beku secara semulajadi apabila hendak menggunakannya kembali. Ianya juga boleh dijadikan Roti Bom Goreng (sejenis makanan kaum India)
Tu aku copy dari blog resepianakbapak...:)
Untuk inti nya aku alter dan memandai sendiri...
Rempah kari yg peket kecik 2
Daging lembu batang pinang 1kg
Kentang saiz sederhana 4 biji
Daun kari secukup rasa
Garam secukup rasa
Seperti biasa Wafiy menjadi pembantu khas Umi..
Yg ni aku half cook dan simpan dalam fridge..Aku hari tu buat kecil kecilan so aku separuh kan semua bahan dlm resepi tu...itupun aku berjaya dapat dalam 30 biji karipap...aku plan next time nak buat banyak2 dan frozen kan. Nanti tinggal goreng je..:)
Cuba korang tengok inti karipap aku ni...aku sendiri tergoda..hehe
Hasilnya memang amat amat sedap..pakbear kata kalau kat gerai tepi jalan ada org jual karipap sesedap yg aku buat ni sudah pasti pakbear akan datang hari2 beli...hehe..tengok pulak yg jual makwe cun macam aku...hahaha...
Huda seperti biasa, food tester Umi yang comel momel...
Oh ye! Aku menguli, menggoreng karipap pd jam 12 malam kerana paksaan Wafiy dan Waseem...si Wafiy dok menahan mata taknak tido selagi tak dapat tolong Umi buat keripap..dah la aku letih dh time tu..Waseem pulak muncung2 merajuk sampai dh tertido kat sofa sebab tunggu lama Umi nenenkan Huda dulu sebelum buat karipap...
Waseem tido aksi apa entah namanya...kelakar je..
Aku ni kan memang tak pandai masak tau, sampai kakak2 aku pun pelik camne aku boleh rajin dan pandai masak tiba2....hehe
tapi percayalah resepi2 yang aku share di blog or fb aku ni memang kebanyakannya menjadi...so bolehlah u all try...sekarang ni baru aku akui kalau nak memikat hati orang adalah melalui makanan...memikat dan mengikat hati suami dan anak2....:)
Malam ni aku nak buat sesuatu yg memang lain dari yg lain..yg kalau aku berjaya membuatnya, aku sendiri akan kagum dengan diri sendiri...hahaha...aku up diri sendiri...
25 April 2014
Huda si Penyepah tegar
Percaya tak si cantik manis gendut ini adalah penyumbang utama tahap sepahnya rumah kami....
Orang kata kalau girl akan suka kemas, rajin tolong kemas...
Tapi aku dan pakbear perhatikan tahap kekemasan anak2 kami semakin merosot dari yg no1 ke no3...hehehe...Dan kami bernasib baik kerana Wafiy memang pengemas jugak orangnya, bukanlah Wafiy tidak menyepah langsung tapi Wafiy rajin juga mengemas dan rajin juga menceceh pd adik2 nya kalau rumah bersepah sangat...
Petang tadi aku balik rumah...
Buku berselerak kat atas karpet
Mainan kecik2 bersepah atas lantai...botol air pun ada...kdg2 botol air tu boleh ghaib 2-3hari dan hanya ditemui bila aku nk vacum bawah meja, bawah sofa...sabor je le...
Eh! Pasan tak Dayang tu? Dia tgh lepak selepas menenenkan baby2 Meow...letih agaknya menjaga anak2 so kdg2 Dayang suka lepak depan TV dgn ktorg..:)
Beruang, Meow, Abu dan Elmo terdampar dilanggar lori...hehe
Ni belum campur lagi dgn lantai yg penuh kesan makanan kena lenyek...dan belum campur lagi dengan saki baki tepung pisang goreng dalam bilik buku kami di tingkat atas...
Adoi lah!! Korang tau sapa Culpritnya???
Si Manja kesayangan Dedi ni lah...
Huhuhu...aku lately ni sbb dinasihatkan oleh pakbear agar berehat selepas pulang kerja, lantaran aku diserang sakit pinggang teruk last wk kerana mengemas rumah dengan rajinnya so sejak itu aku dh kurang mengemas rumah...aku plan bila weekend baru aku nk kemas betul2...hari2 biasa sukatilah Huda dan abang2 nya nk sepah camne...
Tapi korang tahu tak apa jadi???
Sekali tu pakbear yang tak boleh tahan tengok rumah yg bersepah...so dia lah kemas...kihkihkih...ha!! Tulah, bila saya dah stop mengemas baru pasan rumah ni bersepah kan pakbear??
Jangan marah Dedi, we luv u
22:34
1 comment
14 April 2014
Waseem 5 tahun
Waseem dah 5 tahun...
Waseem yang dibesarkan sepenuhnya sepanjang Umi buat Master 4 tahun...
Waseem yang adakalanya Umi dan Dedi terlupa akan kehadirannya kerana Umi dan Dedi sibuk menjalani kehidupan harian...sibuk dengan Abg Wafiy dan Adik Huda..
Waseem yang membesar dalam kehidupan Umi dan Dedi yang terumbang ambing di lautan kehidupan tercari cari daratan untuk berhenti...Alhamdulillah kita dah bertemu daratan itu sayang Umi...:)
Waseem yang perangainya lebih mirip mengikut Umi berbanding Dedi...
Waseem yang adakalanya sukar dimengertikan oleh Umi dan Dedi kerana kerap kali dibandingkan dengan Abg Wafiy...
Waseem yang amat banyak tanya...yg otak nya ligat setiap masa dengan kenapa itu, kenapa ini...
Waseem yang suka coklat dan aiskrim...*ha!! Yang itu mirip Dedi...:)
Waseem yang pendiam di sekolah....tapi becok bila bersama Umi dan Dedi...
Waseem yang kurus nampak tulang belulang walaupun kuat makan...
Waseem yang adakalanya senget benget menyiapkan diri sendiri kerana Umi sibuk dengan adik Huda dan Dedi sibuk dengan Abg Wafiy....
Waseem sayang...happy birthday my budak kurus!! Umi tahu Umi dan Dedi selalu terlalai daripada melayan Waseem sewajarnya, tapi insyaAllah Umi dan Dedi akan cuba memperbaiki diri...
Kita layan gambar je lah sayang Umi ye...
Waseem day 12 of life...Umi sedang sibuk menanti panggilan pengesahan kemasukan Umi ke program Master ketika ini...
Waseem dan geng kelahinya...masa ni Superhero in the making lagi..
Gebu semasa usia 4 bulan
Waseem menjadi Adiwira ketika berusia 1 tahun setengah...hasil tangan Dedi...masa ni Umi dan Dedi sedih sebab konsert akhir tahun taska Waseem ni tak dapat dihadiri oleh Dedi kerana Dedi ada urusan lain...huhu
Masa ni tema pakaian beragamnya adalah daripada bahan 'Recycle'....mak bapak orang lain banyak yg tak mengikut tema...ada yg pakaikan baju Princess la, baju Askar la...terbukti Dedi dan Umi Wafiy memang kreatif dan rajin orgnya..:)
Waseem lebih manja dengan Umi...mungkin kerana kami serupa...kepala batu ada dalam..haha
Masa ni dalam flight odw ke HK Disneyland-Shenzhen..:)
Meniru aksi Abg Wafiy...latihan menjadi Adiwira sebenar semakin rancak ketika ini...
Ok! Umi sudah mulai pening masa ni...muka comel dah jadi tak comel Umi tengok. :p
Tapi senyuman Waseem memang menggoda...hahaha...ramai tergoda tau Waseem...
Suka cium Umi.....
Kedua2 Wafiy dan Waseem tak suka cium Dedi...hanya sayang dan cium Umi je sebab dorg kata Dedi bucuk..kehkehkeh..
Waseem suka main susun2 mainan...suka berimaginasi pelik tapi kreatif hingga sekarang...hehehe...
Tapi dari kecil sudah menunjukkan minat pada buku..
Kerana terikut2 perangai Abg Wafiy yang suka membaca..pada usia 5 tahun sekarang Waseem dah pandai baca sikit2... Agak cepat berbanding Abg Wafiy dulu..:)
Dan juga suka belajar baca sendiri...kesian anak Umi...dari kejauhan kadang2 Umi dan Dedi terdengar N.A.N.I Nani...S.U.K.A suka...S.U.S.U susu...Nani suka susu...nasib baik Abg Wafiy adakalanya rajin melayan adiknya membaca..:)
Dari pemerhatian Nek Com yang pernah mengajar Waseem dan Wafiy mengaji, Nek Com kata Waseem playful macam Umi...Wafiy serius macam Dedi...ekekeke...Waseem suka mengelat ketika ngaji...mengaji dalam hatilah...mengaji tak keluar suaralah..kalau suruh baca doa mesti kata Waseem dah baca lah...entah bila masa baca Umi dan Dedi tak dengar pun!! Hehehe....sebijik macam Umi masa kecik2 dulu...:)
Waseem suka Meow...oh! Itu memang kegemaran kami sekeluarga...tido golek2 dengan Meow sudah diamalkan sejak aku kecil dan diperturunkan pd anak2 semua..hehe
Dengan Dedi yang garang menurut kaca mata Waseem...
Mana Dedi tak garang!!!! Tengok le gambar2 seterusnya...
Happy 5th birthday Waseem...umi janji dengan diri sendiri untuk lebih menghayati anak Umi yang baik dan hensem ni...Nanti party kat school Umi buatkan kek Ultraman ye syg...InsyaAllah...
Umi sayang Waseem...jadi budak baik tau...esok Umi akan suruh Abg Wafiy bacakan blog entry ni untuk Waseem..Muahhhhsss!!!! Sayang Waseem selalu...
01:02
1 comment
07 April 2014
Cooking class Wafiy & Waseem
Weekend seminggu lepas ketika aku sibuk belajar membuat pizza sebenarnya 2 pakwe hensem aku ni pegi "Cooking class" organized by playground yang ada di shopping mall "The Spring" kat Kuching ni...kami dapat invitation sebab kami member playground ni..haha..bnyk2 kelab, kelab playground jugak yg kami aktif :)
Sebenarnya 2 wau kami ni memang dh kerap ber'cooking class' dengan aku kat rumah..aku rasa bila dorg dah besar nanti kalau aku suruh pergi kedai beli barang2 dapur dan buat kek/kuih mesti dah pandai dah 2 budak hensem ni..hehe...
So, motif kami hantar mereka ke kelas ni bukan untuk belajar masak sangat tp lebih untuk belajar berkomunikasi dengan bangsa lain..sbb kat kelas tu ramai Chinese aku tengok..instructor/chef pun cakap omputeh..so saja nak biasakan wafiy dan waseem dengan suasana berbilang bangsa dan bahasa yg berbeza...tapi memang kami respek la Waseem tu sebab walaupun baru 5 tahun tapi dah boleh follow order..dan behave dalam kelas..hehe
So kali ni kita layan gambar je la eh...
Setiap kali tengok gambar ni kan aku ada rasa sedih sikit sebab masa dorg nak pegi kelas ni aku sedang sibuk buat pizza aku sendiri so tak wish good luck ke cium ke 2 orang kekasih hati aku ni..lepas2 ni taknak dah ikut sgt mood masak aku ni...tulah penat nau buat pizza sendiri sampai terlupa anak itu lebih utama..:)
Ramai non Malay je...aku selalu pelik kenapa mak bapak Malay jarang nak involve kan anak2 dalam aktiviti camni? Kalau kat KL of course la sbb mak bapak educated so macam2 kelas la anak masuk...tapi tempat macam Melaka dan Kuching ni pun agak kurang parents overexcited macam aku dn pakbear..hehe
Gambar Wafiy dan Waseem in action tak banyak sebab parents tak dibenarkan masuk dalam classroom..kami lepak tepi2 tingkap je..lepas tu sambung lepak kat Kluang Station..hehe..
Oh ye! Aku dtg lewat sikit masa tu sebab dok tunggu pizza aku siap masak...so bila pizza aku dah siap baru aku datang dan bawak bekal pizza aku tu pd pakbear....hehe..
Anak2 belajar decorate pizza dan cupcake...gambar yg ok takde sebab kami kelam kabut nak mengejar waktu...dah pukul 6+...kat Kuching azan Maghrib awal..before 7pm
Huda main playground...budak comel ni dah pandai juga tolong umi masak dan decorate Donut topping...hehehe...patut aku suruh Huda join kelas tu sekali..:)
Ok..Adios!! Sekian sahaja laporan dari aku yang sedang menunggu pakbear pick up aku kat hospital..pakbear lupa yg dia kena ambik aku petang ni...sebab pagi tadi dia yang hantar....betapa lah aku dah kurang comel..pakbear boleh lupa nk ambik aku...huhuhu..
18:34
2 comments
06 April 2014
Wafiy, basuh Kasut sekolah!!!
Pagi ni sebaik sahaja Wafiy bangun tidur dan mulai sibuk menjaga anak2 Dinosaur dia dalam game Jurassic story dalam ipad, pakbear yg sedang menyidai baju menjerit dari luar...
"Wafiy, basuh kasut!!"
Wafiy dengan wajah merengus, bangun dengan malas lantas menuju ke dapur, ambil baldi dan kasut sekolah nya di rak kasut dan mula bergerak ke toilet...
Ini kali kedua rasanya Wafiy cuci kasut sekolah sendiri...hehe
Aku yang bergolekan menyusukan Huda sambil menonton rancangan Meow hanya memasang telinga dari jauh, kedengaran bunyi berus dari dalam toilet..Sret! Sret! Sret!
Tak lama kemudian, Wafiy keluar toilet..
Dengan muka tension, Wafiy kata:
"Penat abang basuh kasut abang, sampai sakit pinggang Abang!"
Muncung2 mulut Wafiy merungut...hehe
So korang agak apa jawapan aku dan pakbear??
Wafiy, ......................................................................…...................................................................
Panjang nau jawapan kami...malas nak tulis..haha
Wafiy sayang, kalau Wafiy baca ni, umi nak Wafiy tahu, Umi dan Dedi sayang Wafiy sangat2....:*)
Saja je kacau Wafiy kadang2 tu..hehe..Wafiy kan baby bam Umi dan Dedi, adik2 so far takde sorang pun boleh beat ketembaman Wafiy dulu...haha
Hero hero kebanggaan Umi dan Dedi..
11:18
2 comments
30 March 2014
Mabuk Pizza homemade sendiri..:)
Tadaaaa....weekend ni aku telah mencuba membuat pizza pulak...hikhikhik...aku ni setiap hujung minggu kerjanya menggugel resepi saja...
Semalam kami dari lunch sampai ke dinner dok ngap pizza je lah..hehe
Pizza yang aku buat ni telah diakui oleh pakbear sama sedap dengan yang dijual di kedai...sungguh terasa feeling "homemade" itu...
Resepi pizza ini pun aku gugel di internet saja...mudahnya hidup dengan internet...aku yang zero pasal masakan pun boleh pandai masak..hehe...
Untuk buat pizza, ada 3 perkara yang perlu dilakukan iaitu:
1) Buat pizza base
2) Buat pizza paste
3) Buat topping
Nampak macam rumit tapi sebenarnya agak mudah, terutamanya kalau kita dah biasa buat doh utk roti, donut etc so buat base pizza tu pun kira senang kacang je lah..:)
Base pizza
-------------
Bahan-bahan:
500 Gram tepung gandum
1 Sudu teh baking powder
1 Sudu teh serbuk yis
2 Sudu makan minyak zaitun
1 Biji telur gred A
Air secukupnya
Cara-caranya:
1. Yis dicampurkan bersama 1/2 cawan air suam dan 1 sudu makan gula, biarkan seketika dlm 20 minit.
2. Masukkan air yis tadi bersama kesemua bahan2 lain diatas dan digaul rata.
3. Masukkan air secukupnya dan uli menjadi doh. Cara uli ni kan kita uli sama macam buat doh roti dan donut tu iaitu uli sehingga kenyal2 lembut dan pastikan tiada tepung2 melekat di tangan, kalau masih ada tepung melekat di tangan, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit sampai doh tu kenyal dan tangan kita bersih dari sebarang tepung
4. Perapkan seketika dalam 20-30 minit. Setelah siap diperap, bolehlah mula dicanai membentuk bulat leper. Kemudian, cucukkan dikawasan tengahnya menggunakan garfu. Buat lubang2 kenit...kalau tak buat pun takpe..hehe..ini chef yang aku folo resepi bagitau...:)
So lepas tu, bolehlah terus di gunapakai dengan menyapu paste dan topping.
Dan terus dibakar didalam oven. Bakar ni ikut spesifikasi oven korang tau...aku bakar 20 minit dengan suhu 150c sahaja sebab oven aku oven lama yg suka overheat..
Untuk dijadikan frozen, bakarkan ia selama 10 minit (mengikut spesifikasi oven masing2) dengan suhu 150c juga... pastikan doh tidak dibakar terlalu garing.
Bila dah sejukkan dah bolehlah mula disapu paste dan toppingnya.. atau disimpan base ini didalam freezer dan bolehlah digunakan kemudiannya..
So basically, korang nak frozen pizza base tu je boleh, nk frozenkan dia bersama paste pun boleh, nk frozenkan dengan dah siap topping pun boleh...aku frozen kan siap topping untuk memudahkan jejaka tampan kt rumah aku ni...dia tinggal bakar je lah pizza tu nanti kalau time aku takde...:D
Ok sekarang buat paste pizza pulak
Pizza paste
--------------
Bahan A
3 Biji bawang putih (dicincang halus)
4-5 Biji tomato segar
4-5 Sudu besar sos tomato biasa (lebih jika mahu - ikut citarasa)
1 Sudu besar mentega/butter
Bahan B
1 Sudu besar oregano (ikut citarasa jika mahu lebih), aku tak suka banyak ;)
1 Sudu teh lada sulah (white pepper)
1 Sudu teh lada hitam (black pepper - ikut citarasa)
Sedikit air (dalam 1 cawan atau lebih)
Cara-caranya:
1. Panaskan kuali/periuk, masukkan kesemua bahan2 (A) diatas dan dibiarkan mendidih.
2. Setelah bahan (A) mula mendidih, masukkan pula bahan2 (B) dan sentiasa dikacau.
3. Renehkan ia sehingga kesemua bahan2 tadi menjadi pekat.
So dah siap dan sedia untuk digunakan/disapu atas topping pizza tadi.
Pizza topping
----------------
1. Hirisan keju Mozarella/Parmessan
2. Minced beef atau chicken (Daging cincang)
3. Sosej yang dipotong serong/bulat (sukati nak bentuk apa)
4. Capsicum (cili gemuk bulat tu) potong2 nipis
5. Cendawan butang potong nipis
So mula2 tabur la hirisan cheese tu, pastu letak lah minced beef or chicken tu, letak sosej, capsicum dan cendawan butang lepas tu tabur lagi sekali hirisan cheese tu...
Secara asasnya sukati kita le nak letak apa sebagai topping pizza tu...aku ni terasa nak letak sardin, sotong, udang dan daging ketam...hahaha..tapi resepi kali ni aku buat folo seperti yg pakbear dan anak2 suka...itulah kehidupan ku sekarang sebagai mak orang...
Kehendak anak2 diutamakan...
Kehendak sendiri dibelakangkan...
Best tak motto kehidupan aku? Haha
Ni pizza yg dah siap diletak topping untuk di'frozen'kan.
Aku balut dalam plastik dan letakkan bertingkat tingkat dalam freezer....kang kalau u all datang, aku defrost je lah dan bakar semula...:)
10:43
No comments
Subscribe to:
Posts (Atom)































































