Powered By Blogger

29 April 2014

Karipap rangup dan sedap


Last weekend aku bagai ditarik2 untuk pergi ke kedai bakeri di Little India Street....entah kenapa sejak pindah Kuching ni aku gila memasak kek dan kuih...haha...

Dan masa di kedai tu, anak2 bear 2 org boy yg hensem itu beria2 suruh Umi beli pencetak karipap...wafiy of course dah faham apa kegunaan pencetak tu, tapi Waseem seperti biasa mudah dipengaruhi oleh abang nya..so belilah aku pencetak karipap...sebenarnya aku dh lama gugel resepi karipap rangup ni...so hasil gugelan itu aku akhirnya memilih resepi yang ini..

Bahan-bahan:

(A)
1 kilo tepung gandum
100 gram tepung beras (anggaran dalam satu senduk penuh nasi)
100 gram tepung ubi (anggaran dalam satu senduk penuh nasi)
Serbuk lada putih/sulah
1 Sudu makan gula

(B)
4-5 Sudu makan marjerin atau butter juga boleh digunakan (dicairkan)
1/2 cawan minyak masak

Garam secukup rasa (anggaran dalam 1/2 sudu makan)
Air suam untuk menguli - yang telah dicampur garam diatas)

Cara-caranya:

Campurkan kesemua bahan (A - kecuali garam) kedalam bekas adunan. pastikan digaul rata dan sebati.
Setelah sebati, masukkan bahan (B) dan digaul rata/sebati. pastikan ianya rata keseluruh adunan. ianya akan kelihatan sedikit bergentel. ratakan adunan sehingga menjadi gentelan yang agak halus.

Untuk mengenalpasti adakah ianya sudah cukup sebati atau tidak, kepalkan sedikit adunan kedalam tangan dan boleh dilihat ianya akan berkepal dan agak padat (tidak senang terlerai)

Bolehlah diikuti dengan proses menguli. masukkan sedikit demi sedikit air suam yang bercampur garam tadi kedalam adunan. uli lah sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh lembut dan kenyal. pastikan ianya tidak melekit ditangan dan dinding bekas adunan. jika melekit, tambah sedikit tepung dan diluli sedikit.

Perapkan doh tadi dalam 1/2 jam. perap ia dengan menutup ketat. - menutup bekas dengan kain atau penutup. setelah 1/2 jam keluarkan adunan dan diuli sedikit. sudah boleh diguna..

~ Adunan ini boleh diguna-pakai berkali2. untuk menyimpannya, masukkan kedalam plastik dan letak ditempat beku (freezer) nyah beku secara semulajadi apabila hendak menggunakannya kembali. Ianya juga boleh dijadikan Roti Bom Goreng (sejenis makanan kaum India)

Tu aku copy dari blog resepianakbapak...:)

Untuk inti nya aku alter dan memandai sendiri...

Rempah kari yg peket kecik 2
Daging lembu batang pinang 1kg
Kentang saiz sederhana 4 biji
Daun kari secukup rasa
Garam secukup rasa



Seperti biasa Wafiy menjadi pembantu khas Umi..


Yg ni aku half cook dan simpan dalam fridge..Aku hari tu buat kecil kecilan so aku separuh kan semua bahan dlm resepi tu...itupun aku berjaya dapat dalam 30 biji karipap...aku plan next time nak buat banyak2 dan frozen kan. Nanti tinggal goreng je..:)


Cuba korang tengok inti karipap aku ni...aku sendiri tergoda..hehe
Hasilnya memang amat amat sedap..pakbear kata kalau kat gerai tepi jalan ada org jual karipap sesedap yg aku buat ni sudah pasti pakbear akan datang hari2 beli...hehe..tengok pulak yg jual makwe cun macam aku...hahaha...

Huda seperti biasa, food tester Umi yang comel momel...


Oh ye! Aku menguli, menggoreng karipap pd jam 12 malam kerana paksaan Wafiy dan Waseem...si Wafiy dok menahan mata taknak tido selagi tak dapat tolong Umi buat keripap..dah la aku letih dh time tu..Waseem pulak muncung2 merajuk sampai dh tertido kat sofa sebab tunggu lama Umi nenenkan Huda dulu sebelum buat karipap...

Waseem tido aksi apa entah namanya...kelakar je..

Aku ni kan memang tak pandai masak tau, sampai kakak2 aku pun pelik camne aku boleh rajin dan pandai masak tiba2....hehe

tapi percayalah resepi2 yang aku share di blog or fb aku ni memang kebanyakannya menjadi...so bolehlah u all try...sekarang ni baru aku akui kalau nak memikat hati orang adalah melalui makanan...memikat dan mengikat hati suami dan anak2....:)

Malam ni aku nak buat sesuatu yg memang lain dari yg lain..yg kalau aku berjaya membuatnya, aku sendiri akan kagum dengan diri sendiri...hahaha...aku up diri sendiri...


0 comments: