Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

03 December 2013

Majlis Penyampaian hadiah Wafiy - part 2

Ok..meh kita sambung psl majlis penyampaian hadiah Wafiy

Untuk sekolah agama Wafiy mendapat no 1..tp zaman2 skrg ni rupanya setiap kelas tu cikgu akan bagi hadiah untuk mereka2 yang dapat no1-3...bukan lagi tengok markah keseluruhan mengikut darjah..motif nya kenapa? Aku pun tak pasti..maybe nak bagi anak2 ni lebih bermotivasi..yelah..kalau time aku dulu, balik2 muka aku je yg naik pentas ambik hadiah..setiap tahun pulak tu..haha..kesian la kat bdk2 yg lain kan...balik2 muka aku..

Gmbr silau...kelihatan aku dan protege2 kesayangan ku..

Ni Wafiy dan kawan dia...alamak aku lupa apa signifikan budak ni dlm kehidupan Wafiy..huhu..time ni dorg semua tengah beratur di luar dewan tunggu turn ambik hadiah

Tengoklah Wafiy, entah apa yg dia happy sgt borak dengan awek sebelah tu..hehe

Senget benget baju anak aku..anyway Tahniah Wafiy..muahhhsss!!!!!

Wafiy dan kawan2 yang dapat no2 dan no3...ha!! Aku baru ingat no3 kelas wafiy dishare oleh budak lelaki ni dgn sorg budak pompuan..

Aku suka hadiah sekolah agama Wafiy ni sbb dapat piala, sekolah pagi dapat duit je...so sentimental value takde..:)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Kelihatan huda sdg mempromo gerai nasi ambeng favourite aku...haha

Actually dh takde gambar dah..sikit je gambar...baru aku pasan..hehe...oklah..babai semua

02 December 2013

Babai Syasha...uwaaaa!!!

Malam ni aku belek2 instagram pakbear ku yg otai berinstagram tu...patutnya hepi dan teruja la kan tgk gmbr lama2...tp tetiba aku tersedih..:(

Aku tersedih sbb sbnrnya tak lama lagi aku dan famili akan berpisah dgn Syasha...kucing kami yang tercinta...dan lebih sedih bila pikir kena tinggalkan jugak baby2 comel a.k.a cucu2 aku yg 4 ekor tu..

Hmmmm...terpaksa sbnrnya sbb bila kami survey di jabatan haiwan selangor, pegawai tu kata kalau nk pindah Sarawak, kucing kita mesti umur melebihi 6 bulan..actually ok for Syasha tapi syasha kan ada baby yg masih ninin, so mana lah boleh kami nk pisah2kan...

So skrg kami sbnrnya sedang mencari2 sapa lah orang yg mungkin boleh jaga Syasha dan anak2 nya di semenanjung ni..kami nk somebody yg betul2 mengasihi kucing...yang boleh syg Syasha dan jaga Syasha sepertimana kami menjaga Syasha....sapa ya org tu? Huhu

So untuk kenang kenangan malam ni kita layan gmbr Syasha, arwah Tom dan cucu2 ku yg hitam legam itu...aku amat yakin pakbear ku yg tough itu pun akan menangis dlm hati bila baca entri aku ni...uwaaaa!!! Umi sedih la dedi...

Ni syasha masa pakbear baru ambik dia yg sedang berkeliaran tanpa arah tujuan di kedai dobi kat bangi ni..pakbear ambik syasha untuk hiburkan aku yg ketika itu sedang gundah gulana kerana nk final exam master...comot betul Syasha masa ni...dia baru umur 5 bulan time ni, berdasarkan anggaran umur yg vet berikan.

Syasha dimandikan agar nampak presentable...hehe


Syasha menjadi bestfriend Huda..


Huda memang tak takut miau..kalau Syasha gigit pun dia selamba je..:)


Memandangkan masa tu Syasha sgt baby, so setiap kali kami balik kampung, syasha akn dihantar ke boarding..


Setelah berbulan2..akhirnya  Syasha dh jadi anak dara jelita


Lantas kami carikan kawan untuk Syasha sebab kami perhatikan Syasha agak kebosanan bersekor sekoran di rumah ni...kami namakan miau ni Tom...

Tapi Syasha masih dgn hobinya bertenggek di atas tiang sambil mengusha pakwe2 macho di jalanan


Dan hobinya menyelit dan tido dalam beg tidak kira beg kain, beg kertas mahupun kotak..pakbear kata syasha dh biol..tak keruan bila tengok ada beg kosong..hihi


Tom pula sgt adorable dan baik, tidak berperangai pelik seperti Syasha


Tom rela digomol Huda..



Tom suka tido dengan ktorg..




Walaupun berperwatakan berbeza, Tom dan Syasha geng baik...ni gambar dorg lepas penat main lari2 dalam rumah...pakbear kata mcm ada anak 10 org dlm rumah bila budak 2 ekor ni bermain..hehe


Tapi umur Tom tak panjang..Tom sakit...

Ni masa kami bawak Tom untuk rawatan di UPM vet hospital..Syasha kena check sekali utk pastikan dia sihat....


Ni gambar terakhir Tom dan Syasha...Tom dah nazak masa ni..:(

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
But life goes on, Syasha bertemu jodoh dgn kucing jiran kami...so terhasillah 4 ekor cucu kami yg adorable ni...



Huda dan baby Syasha...anak dara kami ni boleh hilang kawalan bila jumpa baby2 miau ni...abis dipicit2 nya..haha

Aku akhiri dengan gambar ni


A real good friend is hard to find...



Kucing will always be my good friend.....

Thanx for all the sweet memories Syasha and Tom...we gonna miss u a lot...:*)















Majlis penyampaian hadiah Wafiy

Minggu ni minggu free aku..sbb ths wk aku attachment di tmpt orang..so keja aku senyum sana senyum sini, angguk sana, angguk sini..pastu mintak dorg sign logbook gazetment aku..hahaha..so jgn pelik ye kalau aku asik on fb dan blog...

Hari ni aku nk share gmbr2 majlis penyampaian hadiah Wafiy anak ku yg sulong dan terulung...yg masa kecik muka mcm pakbear dan dh besar berubah jd macam muka aku..hehe



Comel kan wafiy? 

Tp skrg Wafiy dh besau panjang..

Dan dah ada 2 adik yang juga comel2 belaka..

Untuk sekolah kebangsaan Wafiy dapat hadiah Galakan sbb prestasi pelajaran yg memberangsangkan..bukan no1...tp berdasarkan temuramah aku dgn guru kelas dan org2 lain dorg kata hadiah galakan tu utk budak yg dapat A dalam semua subjek. Kan ramai nau bdk2 yg pandai so kira cikgu nak bg motivasi pd budak2 yg pandai tp tak dpt no 1...Oklah kan..janji anak aku ok..tak dpt no 1 pun takpe..aku dh cukup bangga..next yr kita beat budak Sarawak pulak Wafiy..hehe

Aku dan pakbear membuat aksi selfie...eh betul ke ejaan tu? Istilah tu pakbear yg ajar aku...hehe..time ni ktorg bosan tunggu majlis nk start..haha

Tetamu kehormat dn guru besau siap pakai jubah tu...macam2 donia ni...sapa punya idea la pakai jubah utk majlis sekolah rendah ni...aku tak berapa setuju sbnrnya...keramat memakai jubah lps grad universiti tu dh tak kaw...tp biorlah kan..bukan aku ngajar situ pun..haha..

Ni bdk darjah 6...pun pakai jubah jugak...adik2...eh!! Ke anak2?? Haha...dunia mu masih jauh...mortar board dan robe konvo darjah 6 tu bukan maknanya u all dh besar sgt ye...long long way to go..:)



Wafiy sdg men'jual minyak'...wafiy kata bdk2 pompuan suka dia sbb dia suka buat kelakar...skil pakbear la tu..:p


Ni budak2 prasekolah..



Anak2 yang membuat persembahan...

Kelihatan aku yg jelita sedang mengopek kacang untuk protege2 ku...hahaha..ni paparazi ambik gmbr dari jauh...maklumlah paparazi ni mmg dh lama jatuh cinta dgn aku..:p

Aku lagi...eh! Korg tau tak punyalah canggih majlis penyampaian hadiah sekolah Wafiy ni, siap ada ruang duduk kat luar yg dorg letak tv plasma besau tu bole nmpk anak kita ambik hadiah kat pentas..dah mcm konvo universiti pulak..

Ha!! Budak kenit ni kan mmg pakbear sengaja snap gmbr dia sbb budak kenit ni sejibik mcm aku masa kanak2 riang dulu..rambut ala2 je..pastu pakai gaun senteng..hahaha...tu yg pakbear jatuh cinta tu..:p

Ni budak2 yg dpt no 1,2 dan 3...yg lelaki tu ketua kelas Wafiy..eh!! Aku kan sgt2 kagum macam mana eh cikgu cikgi ni masa awal tahun boleh tahu pilih budak yg paling pandai untuk jadi ketua kelas sedangkan masa awal tahun kan takde exam apa lagi...sekolah agama pun cmtu..Wafiy dilantik jadi ketua kelas, pastu akhir tahun, dia jugak yg dpt no1..apa ye ciri2 yg cikgu lihat dlm diri anak2 ni? Aku nk korek dr adik ipar aku nanti..

Nmpk keding pulak si Wafiy ni..hehe

Tahniah Wafiy..umi n dedi very proud of you..:*)

Kami...
*Aku nmpk sgt kurus dlm gmbr ni..thanx to pakbear..haha


Wafiy dan Cikgu Hawa, guru kelas Wafiy..

Bye SK Sg Ramal Dalam...terima kasih kepada cikgu2 semua kerana telah mendidik anak kami....jasamu dikenang...semoga Allah merahmati anda semua...

Bye uols..aku sambung story sekolah agama nanti lah eh..nk pegi 'tunjuk muka'...hehe..kang dorg taknak sign logbook aku kang..:)


01 December 2013

Sebulan ke 'Sarawak'

Hari ni genap lagi sebulan aku akan bergelar warga Sarawak..mixed feelings..happy, nervous, anxious sbb actually ni betul2 first time aku nak pegi betul2 jauh dari tanah tumpah darahku, Melaka..

Dan bertambah nervous sbb pegi sana sebagai org yg agak 'besau' dlm jabatan nanti..bertambah anxious sbb takut aku tak boleh perform bagus sepertimana yg diharapkan...

Tapi happy sebab pakbear dan anak2 bearuang ada bersama meneroka kehidupan baru nanti...

Ramai yg tanya berapa lama ko duduk Sarawak? Aku jawab at least 2 tahun...sbb tu syarat yg KKM bagi sekiranya aku nak secure seat aku di Melaka kelak...senang cite, aku pegi serve Sarawak at least 2 tahun, then only aku boleh balik Melaka....itu janji KKM..harap2 nya mereka menepati janji..

Tapi jauh di sudut hati aku tak pelik seandainya kami akan lama di Sarawak sbb ramai..sangat ramai yg kata kehidupan di Sarawak sangat menyeronokkan...sangat2 tidak stress...semua orang happy...betul ke? Entahlah...itu yg org kata..org kata Sarawakian baik2 semuanya tidak mengira bangsa dan agama...kau akan jatuh cinta dengan Sarawak nanti...

Masalahnya aku datang dari latar belakang, dan dibesarkan sebagai seorang doktor di Melaka yang sudah semulajadi nya menyeronokkan...yg takde lah stres sgt...so sudah tentu aku akan masih rindu Melaka....walaupun org kata org Melaka kasau2 budi bahasa nye tapi aku rase orang Melaka lah yg paling jujur dalam percakapan..mereka2 yang aku jumpa yg asal dari negeri yg sopan santun pun adakalanya terlalu2 berkias2 sehingga menikam kalbu...cheewahhh!!! Aku dh merapu...

So akan kembalikah aku ke Melaka??

Of course la aku nak balik, dalam hati takde niat lain selain nk menimba sebanyak mungkin ilmu di Sarawak nanti supaya bila aku pulang ke Semenanjung nanti, aku dh tahap 'terrorist' dalam pendiagnosan penyakit...org kata kes2 kat Sarawak sgt pelik2 yang tak masuk akal..sehinggakan bila kembali ke Semenanjung, kes2 pelik tu dh tak jadi pelik..

Aku sgt gembira berpeluang menabur bakti di tempat orang....semoga Allah memberkati dan merahmati kami sekeluarga...dan semoga Mak dan Abah aku sihat selalu..aku sedar dan akur tanpa restu dan redho Mak dan Abah aku takkan sampai ke tahap yang capai sekarang..




moga Allah permudahkan kehidupan kami...Hanya Allah yang tahu apa hikmah di sebalik pemergian jauh kami dari keluarga tersayang...sesungguhnya kami hanya merancang, dan sesungguhnya Allah lah sebaik2 perancang...

#dalam sebulan ni ada banyak sangat perkara yg perlu diuruskan...otak perlu di'centre'kan sebaik2 nya..haha




28 November 2013

Pasal yang mencari pasal

Lately ni aku sebenarnya merasa dan terasa sedikit terganggu dengan bbrp insan yang rajin update status or komen mengkomen berkenaan perkara2 yang di luar ruang lingkup mereka, perkara yang mereka sendiri tidak pernah lalui dan adakalanya komen dan status tu mengganggu emosi org lain...

Aku bagi contoh ye:

1) orang yang tak buat PHD tapi membising bila graduan PHD minta gaji lebih tinggi bersesuaian dengan tahap pendidikannya..yang buat bising tu macam la tau macam mana susah payah orang buat phd dgn thesis yang boleh membotakkan kepala tu..

2) orang yang tak buat Master dan tak melalui gazetment period macam aku tapi mempertikaikan kenapa pakar2 baru macam aku sibuk nak mempertahankan kelayakan kami mendapat elaun pakar ketika gazetment, mereka mendakwa kami tak buat keja pakar pun, still buat keja MO..eh! Macam la awak tu hari2 tengok aku buat keja apa...

3) Orang yang belum kahwin tapi bagi komen kat status wall orang yg dh berkahwin dan sudah beranak pinak supaya jangan curiga pada suami bla bla bla...supaya jangan pentingkan diri sendiri...kena jaga suami etc

4) Orang yang tak keja hospital, bukan dalam medical line mendakwa vaccination punca autisme la, kanak2 cacat la...seolah2 mereka hari2 keja kat hospital dan tengok hari2 pesakit2 kat hospital autism sbb vaksin...wei! Kat hospital tu lagi ramai baby dan anak2 yang sakit sebab penyakit berjangkit ye...yang kita harapkan ada vaksin untuk mengelakkannya...

Pasal vaksin ni kan, ada sapa2 perasan tak dengue (denggi) vaksin sudah hampir dipasarkan tak lama lagi? Vaksin yang dah lama KKM nantikan penghasilannya..Aku teringin nak tahu sapa yang sanggup melihat diri sendiri or anak or org yang mereka sayang masuk wad kena cucuk ambik darah berulang kali, pastu masuk ICU sbb bleeding dan pastu innalillah disebabkan jangkitan denggi? Kalau u all yakin sgt natural antibodi u all boleh protect diri dari kena denggi silakan  tidak ambil vaksin denggi tu bila KKM luluskan penggunaannya nanti ye....jangan lupa masa H1N1 berebut2 orang yang tak layak dapat vaksin H1N1 datang klinik request utk vaksin kat anak dia lah, mak bapak dia lah..masa wabak H1N1 tu semua seriau kan dan tak sabar2 tunggu vaksin tu keluar...

5) Sapa lagi ek? Ha!! Orang yang tak pernah kena pindah randah banyak kali dalam kehidupannya macam aku ni tapi bagi suggestion itu ini pada aku, cuba nak menafikan keperluan aku bercuti at least satu dua hari sebelum aku report duty kat tempat baru

Tu je kot senarai aku, aku bukan apa, disebabkan ada org2 sebegitu dalam friend list fb aku so aku rasa tak bebas nak melontarkan pendapat, share apa2 psl kehidupan aku ni...sbb aku rasa ada orang yang aku tak paham apa tujuan dorg request friend aku kat FB...nk stalking xtvt budak nakal macam aku ke? Ke nk promote bisnes dia ke? Dan sbb orang yg sama bila komen je sounds macam nak condemn aku..dan aku rasa dia tak ikhlas berkawan dengan aku dlm fb sebagai teman so akhirnya malam ni aku decided to unfriend mereka2 itu...

Pakbear memang tahu aku amat selektif dalam meng"approve" friend list aku, nama yg pelik2 ala2 diva gitu mmg aku tak accept, mereka2 yg aku tak kenal tp agak2 macam kenal pastu langsung bila dh accept friend pun tak kenal kan diri, tak tegur sapa aku pun aku unfriend after some time...sbb aku rasa fb aku bersifat peribadi so hanya mereka2 yang menghormati aku sebagai manusia biasa dan yg benar2 berminat jadi kawan aku sahaja yang aku rasa sesuai menjadi friend fb aku...so korg yang masih friend di fb aku kira bertuah la..hahaha..aku bukan apa dari zaman sekolah lagi sudah amat biasa dipandang serong disebabkan kelantangan dan keberanian aku dari segi tindakan dan kata2 so aku tak suka insan2 yang berciri2 "PENGAWAS" ada dalam hidup aku yang suka jatuhkan hukuman dan melaksanakan undang2...aku rimas!!

Dan akhir kalam, pesanan utk diri aku dan juga sesiapa yang baca entri ni, cubalah jauhkan diri dari menjatuhkan hukuman pd mereka2 yang mempunyai pendapat dan cara hidup berbeza dari kita...kalau pun u all rasa menyampah gila kat status update seseorang tu, rasa macam bengong je status org tu, kita tak payahlah sibuk2 nk komen especially bila  tahap orang tu berbeza dgn kita contohnya org tu anak dara sedih2 sbb putus cinta, kita nk bagi nasihat macam2 sampai menambahkan moody org tu, org tu tulis kata penat keja, gaji sikit, pastu kita sibuk kata keja kita lagi teruk, gaji kita lagi sikit sampai mcm nk kata kawan kita tu tak layak mengeluh..or org tu buat master/phd merungut pasal kehidupan dia, pastu kita pertikaikan kenapa org phd/master nak macam2 pulak...kalau rasa tak suka dgn status update seseorang dlm fb tu or dalam kehidupan seharian la kan, kita abaikan je..kalau rasa perkara tu wajib ditegur sbb menyalahi hukum agama, kita pm je dia kat fb or panggil dia jumpa kita, face to face tegur..tak perlulah nk condemn dan condemn sampai akhirnya aku terus unfriend ko...hahaha.....kan rugi tu ko dah tak dpt nak stalking kehidupan aku dah lepas ni...good bye Mr/ms the great...dirimu terlalu hebat utk jadi kawan aku yg sekadar di pinggiran ni..:)


26 November 2013

Kenapa Kucing Mandi Banyak Kali?


*Jangan betulkan skrin smartphone/pc anda... Warna anak2 nyau aku mmg polo double black. Hehehe

Semalam Wafiy tanya kenapa syasha asik jilat anak2 dia? Aku jawab syasha jilat sbb nak bersihkan bulu anak2 dia, kira mcm mandikan anak laa...

Kalau mcm tu x acilah manusia sehari mandi 2x jee tp kucing mandi banyak kali. Bebel Wafiy bila tgk syasha asik jilat anak2 dia jee...

Hurmmm... Kalau Wafiy nak dedi pun boleh jilat Abg Wafiy mcm tu setiap hari! Sambil jelir2 lidah kat dia. Hahaha terus Wafiy lari dengan muka geli geleman! Euuuwww!!!

Pergi mandi! Kalau tak dedi jilat abg mcm syasha! .... Berdebumm!!! Bunyi pintu bilik air! Hahaha

Sent from my iPhone