Powered By Blogger

22 June 2014

Mini birthday celebration Huda @ kampung

Malam ini aku berasa tenang dan tenteram kerana anak2 bearuang semua tido awal..


Adalah masa untuk aku update blog dan juga membuat agar2 kejap lagi..hehe...sejak jadi mak orang ni pantang anak terasa nak makan sesuatu, mesti akan aku usahakan..:)

Bercakap mengenai makanan, aku baru teringat yg aku belum update gambar mini birthday celebration untuk Huda dan sepupunya di kampung semasa kami pulang 2-3minggu lepas..

Actually sambutan birthday merangkap mamam2 ni memang rutin famili pakbear bila semua adik beradik berkumpul kerana mereka semua memang jaguh2 memasak belaka..aku pulak jaguh makan..:p

Akan tetapi, untuk sambutan birthday Huda kali ini aku berjaya menghasilkan kek Hello Kitty yang memang aku dah lama idam2 kan...hahaha..as usual aku mak yg over...birthday anak tapi aku yg overexcited seolah2 ianya adalah birthday aku...

Aku seperti biasa, dengan resepi choc moist cake ku yg memang menjadi favourite anak2...juz bab deco menjadi Hello kitty tu agak rumit sikit bagi beginner seperti aku...

Alhamdulillah jadi jugak deco kali ni...aku sendiri terkagum dengan hasilnya..haha


Comel kan? Thanx to pakbear yg melayan aku pada jam 1-2 pagi pada malam sebelum kami naik flight dari kuching ni untuk tolong men'design' kitty sekor ni....nasib baik dapat suami yg rajin melayan...huhu..kalau dapat suami lain, ada kena marah agaknya malam2 buta mintak tolong itu ini...tq my bam bam..

Actually bentuk kitty dan reben tu aku buat malam2 buta sebelum fly back to semenanjung sebab malas nk angkut semua fondant aku ke kampung...takut terlebih berat beg dan juga takut reben si Kitty tak betul2 keras masa nak deco atas kek nanti..:)


Huda, Alisya dan Arfan...

Mereka ni umur semua selang lebih kurang 6 bulan antara satu sama lain...:D



Pakbear dan famili ber'selfie'....hahaha...sporting kan mak abah pakbear...dorg memang mentua yg sangat best...baik dan lemah lembut je...Alhamdulillah...

Kami makan simple2 je, ada spageti, sate, kek dan air cocktail...simple tapi sedap...

Anyway, bila makin jauh perjalanan hidup kita ni, kita akan makin sedar tanpa ibu bapa dan adik beradik kita mungkin bukan siapa2...famili yg best melahirkan insan2 yg best..InsyaAllah..
Setinggi mana pun kita terbang jangan lupa mak abah dan adik beradik kita...seburuk mana pun mereka, mereka lah sumber kekuatan kita..

Redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa...aku percaya...sangat percaya...:)



1 comments:

fairus said...

HAPPY BIRTHDAY HUDA.. SEMOGA SIHAT-SIHAT SELALU..