Powered By Blogger

29 April 2014

HAppY 9 (10+9) Afzal-Najah anniversary ( CinTa Umpama PudiNg TriFfle)

CinTa Umpama PudiNg TriFfle



Adakalanya manis umpama lapisan jeli...

Kerapkalinya masam masam enak umpama Strawberi

Jarang jarang nya ada rasa hangit apabila kastardnya terlalu lama terbiar tidak dikacau rata...

Kerapkalinya berwarna warni bagai buah buahan koktail..

Ditambah pula dengan rasa lemak lemak manis umpama lapisan Swiss roll nya..

*Puding Triffe ini aku buat sempena Anniversary Wedding kami yang ke 9....lengkap semua lapisan nya mewakili warna warni kehidupan kami sekeluarga...


Happy 9th anniversary my dear bam bam...Ayang masih berfikir nak hadiah apa tahun ni...hehe..as usual, i like to annoy u..kejap nak bantal bear gumuk..kejap nak pakej facial...kejap tak nak apa2...kejap nak makan2 je lah...hahaha..so typical Me...sabar ye pakbear....:p

Moga ikatan ini berkekalan hingga ke Jannah....Moga Allah merahmati kita....Moga anak2 kita membesar jadi orang yg baik2, bijak pandai, berjiwa tenang, hensem dan cantik macam Dedi dan Umi....


Di bawah ini aku sertakan resepi puding Triffle ini...

Bahan bahan yang perlu dibeli:

1) 1 buku Swiss Roll perisa Coklat dipotong 6 bahagian
2) 1 buku Swiss Roll perisa Coffee dipotong 6 bahagian..actually terpulang nk perisa pandan pun boleh..
3) 3 sudu Tepung Kastard
4) 1 tin Susu Cair
5) 1 tin Air
6) 2.5 sudu besar Gula
7) 1 paket Kristal Jelly Nona perisa Strawberi
8) 400ml Air (untuk masak Kristal Jelly)
9) Fruit cocktail (asingkan buah dari airnya)
10) Strawberi 

 Cara-cara;

A) Layer 1

 Susun 2 perisa Swiss Roll berselang-selang ikut perasanya...Lembabkan Swiss Roll dengan air buah koktail dalam tin. 

Aku cadangkan jangan dilembabkan terlalu awal, masa korg tengah nk sejukkan tepung kastard yg dh dimasak nanti baru lembabkan swiss roll tu..

B) Layer 2

Susu cair, dan 1 tin air (sukat guna tin susu cair tadi) disatukan dalam periuk, tambah dengan 3 sudu membukit Tepung Kastard.
Kacau hingga Tepung kastard tidak berketul-ketul. Kacau ni kena konsisten tau, sebab kalau kastard terbiar lama tak dikacau, nanti bahagian bawahnya akan hangit...dah tak syok lah nanti..

Campurkan 2.5 sudu besar gula dan panaskan diatas api perlahan, kacau hingga bancuhan Kastard menjadi pekat.

Proses untuk memekatkan kastard ni ambil masa sedikit..kena sabar..

Bila Kastard sudah hampir mendidih, angkat dan biarkan sejuk sekejap dan curahkan diatas Swiss Roll yang sudah disusun dalam bekas kaca tadi. Biarkan kastard tu sejuk sekejap tu memang sekejap tau, 2-3 minit camtu je..

Masa tunggu nak sejukkan kastard ni barulah kita lembabkan Swiss roll tu..

Bila dah curah kastard ke atas Swiss roll tu, sementara kastard masih belum keras, bolehlah disusun buah buah dari koktail tadi, letak strawberi dan apa2 je lah buah yg rasa cantik mengikut kreativiti masing2.

Tekankan sedikit buah-buahan yang disusun diatas kastard supaya buah-buahan yang disusun tadi tidak timbul dan beralih tempat bila kita curahkan Kristal Jelly diatasnya nanti…

C) Layer 3

Untuk Kristal Jelly, panaskan hingga mendidih 400ml (2 cawan) air dan kemudian masukkan 1 paket Kristal Jelly. Kacau hingga serbuk Kristal Jelly larut. Padamkan api kacau sedikit Kristal Jelly dalam 1 minit bagi dia tidak terlampau panas dan curahkan keatas Kastard yang sudah disusun dengan buah-buahan tadi. 

Aku letak lagi strawberi atas jeli tu...hehe..sbb nk habiskan terus strawberi yg dibeli...

Dan kemudian, masukkan kedalam peti ais dan biarkan hingga puding keras.

Begitulah resepi puding Triffle ku...















0 comments: