Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

13 July 2013

Aku yg ter'sakiti'...ahaksss...;p

Hari ini adalah hari yang sedikit stress...stress sebab aku akhirnya terpaksa mengakui desas desus orang ramai bahawa aku akan dikelilingi oleh mereka2 yg obses dengan kerja....selama ni aku hanya jadi pemerhati...tapi sekarang bila merasai sendiri....mereka2 ni terlalu obses sampai setiap inci tisu yg dikaji tu nak di'detail'kan sampai menyusahkan diri sendiri...sampai aku rasa macam tak layak pulak pass exam aritu..;(

Aku rasa memang la ramai yg takkan paham apa yang aku cuba ceritakan..sebab org2 macam aku je yg paham bidang kerja aku...sedikit sebanyak aku agak terganggu bila dikelilingi mereka2 yg obses...dah la ada sorg dua yg obses...ada plak yg jenis berkira...kerja tak boleh tolak ansur...yg penting leher sendiri lepas..semangat kesatuan takde...ada sorg tu hnya tau bertempik je...aku tak tau le kat rumah dia bertempik jugak ke..tapi dari gaya tengkingan dan tempikan dia tu mungkin genetiknya dia akan begitu di mana jua...;)

Aku rindu jugak environment kerja di tempat lama aku...kadang2 rasa sedih bila teringat dulu2 aku mmg tak penah berkira bab2 kerja ni...kawan2 pun ok...sama2 memahami, bila sorg ada masalah, kita yg lain cuba bantu apa yg perlu..tapi sekarang bukan lah aku nk kata dorg tak baik, aku bole je berborak2 lama dgn dorg tapi orang yg boleh diajak borak tak semestinya boleh dijadikan kawan yg baik...mereka mempunyai corak dn norma kerja berbeza dari apa yg aku telah alami dan dididik selama ni di Melaka...contohnya takde sapa nk cover aku bila aku kena stanby passive oncall time yg sepatutnya aku nk balik kampung...ari tu masa semua sibuk gi kursus, aku willingly offer diri stanby kat lab sampai 2 Sabtu berturut2 aku kena keja....terkilan la jugak sbb tak sangka dlm kita gelak sama2, borak sama2...rupanya kawan kita tu bukan jenis yg bole dn sanggup berkorban untuk kita...bukan korban duit ke, harta benda ke, jiwa raga ke...cuma mintak tolong stanby if ada kes yg memerlukan kita dtg hospital je...itupun kemungkinan kes tu berlaku 1 dalam 1000...disebabkan takde sapa yg berminat nk cover utk aku, maknanya weekend yg aku balik kampung tu aku kena sentiasa dengan phone dn get ready utk drive balik dari kampung di Melaka ke Selangor semula sekiranya ada call dari hospital yg memerlukan aku bertugas...aku rasa kejam la bila kawan2 sekerja yg tak kemana2 pun weekend tu, ada je kat KL tapi taknak tolong cover for weekend tu...dia sanggup tengok so called kawan dia ni kena drive berulang melaka-selangor...dia bagi alasan yg dia pun kena stnby jugak time lain...ek eleh...baru terasa diriku dipergunakan...

So sejak itu aku rasa nk merajukkan diriku...malas dh nk bercakap dengan riang ria...sukati korang la nak buat apa...korang berkira...aku pun akan berkira...malah kiraan aku akan lebih detail lagi...aku pun taknak sesakkan otak aku dengan isu2 yg tak ke mana ni...baik aku kerja je dengan baik...make sure keja sume setel...pastu next year naik belon jumpa Meow...;)

Sekian je bebelan aku...hopefully di bumi Meow nanti kawan2 sekerja aku nanti tak obses dn pentingkan diri...;D

#mereka2 yang terlibat semua tak aktif fb...so aku tak risau sgt dorg akan terbaca entri aku kali ni...hahaha

10 July 2013

Marhaban Ya Ramadhan

Pejam celik pejam celik Ramadhan kembali lagi. Ini bermakna ini kali kedua aku menyambut Ramadhan sebagai surarumah. Hehehe... Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan yang mulia. Mari ulangkaji doa untuk berpuasa, manalah tau kan ada yang baru nak mula puasa esok... Hehehe...
Hari-hari sebagai surarumah x banyak beza antara bulan puasa ataupun tidak. Rumah tetap kena kemas seperti biasa (walaupun xler kemas sangat), baju basuh, sidai dan lipat seperti biasa dll. Cuma bab sahur dengan berbuka laa kena 'pikior' nak masak n makan apa. Kalau hari2 biasa tue apa yg ada jee... Huhuhu...
Owh cerita pasal mengemas tadi aku ada masalah sikit dengan koko krunch nie. Almaklumlah, huda suka makan koko krunch (teringat waseem dulu sebut 'cocouch', dah mcm cockroaches lak bunyinya... Pastu upgrade sikit bunyi jadi 'popoprunch', okler tue...). Dia makan sure sepah2, kalau hari x pose tu aku nampak je atas lantai kutip terus masuk mulut (opkos blkg dia laa... Kalau buat dpn dia nanti di tiru pulak!), tp sbb pose, asiklah nyaris2 nak termasuk mulut! Adehhh... Otak kena setting nie! Kalau x, x pasal2 je nanti...

Anw Alhamdulillah semlm pun dpt g terawikh yg pertama bagi tahun ni bersama Wafiy. Azam tahun ni nak g terawikh kat surau taman nie je... Xyah jauh2. Kalau tahun lepas aku suka test2 terawikh kat masjid/surau sekitar bandar baru bangi ni, maklum ler baru duduk bangi. Hehehe... Tapi kat sini lambat sikit mmg penuh laa, so kena g awal sikit. InshaAllah ada hikmahnya... :)

Kemain seronok Wafiy g surau naik basikal. Kalau x dia mcm malas je nak ikut sbb adiknya xnak pergi. Basikal pun aku parking je kat tepi pagar mcm nie. Risau juga aku kalau basikal dia hilang sbb xde kunci tp aku tawakal je lah, inshaAllah niat kita baik, Allah pun balas baik. Kalau basikal ni hilang, gambar ini akan menjadi saksi kat mana aku telah mempark basikal ni. Hahaha

Anw selamat berpuasa kepada semua.  Banyak sgt kenangan puasa yang kalau nak diceritakan 1 hari pun x habis. Semoga bulan yang mulia ini memberikan 1001 rahmat dan keberkatan kepada kita semua. InshaAllah... Amin amin ya robbal alamin...

Sent from my iPhone

08 July 2013

Menjandakan Diri Dari Kesibukan Metropolitan di Janda Baik

Pada 29 Jun yang lepas bersempena besday aku kami telah bercuti ke Janda Baik, Pahang. Ekceli this plan should going to be a 'surprise' holiday to me, maksudnya aku x tau ke mana akan dibawa untuk bercuti. Tapi disebabkan 2 3 tempat pilihan utama telah pun di fully booked, makanya Makbear pun tension, dah putus asa dah kononnya. Pastu aku cakap "tue lah rahsia2 nau, xnak bgtau... x berkat. kalau bgtau kan senang, inshaAllah ada yang available...", hehehe saja je usik Makbear.

Last2 Makbear tunjuk gak laa kat mana dia nak ajak aku pergi walaupun aku dah boleh agak2 laa. Aku cakap ok, best. Makbear cadangkan kita buat BBQ malam nye. Pergh lgler aku teruja! Makbear pun uruskan hal ehwal nak booking kat tempat yang dia cadangkan tue (selepas membaca beberapa review di blog), sib baik masih available. Yeayy!! Bestnya... X sabar sangat. Tunggu seminggu rasanya mcm setahun. Chewahhh! Kihkihkih... Akupun dah standby laa bahan2 utk BBQ, mgu sebelumnya pun dah balik kampung angkat set mini BBQ aku yg pernah aku beli masa nak buat BBQ di kampung. Sebenarnya aku xler pandai nau buat BBQ nie, belasah je. Tp aku mmg berhasrat kalau plan kali nie berjaya, alamatnya mmg selalu laa kami berchalet/bercamping dan beBBQ pasnie!
Kami telah memilih Zaini Guest House sebagai destinasi percutian kami. Tempatnya agak terpencil jauh sikit ke dalam, sbb semua orang tau kawasan Janda Baik nie mmg ada banyak chalet/camp site/resort, bersepah! Tapi Zaini Guest House nie adalah antara yang dah hujung2 dah lokasinya selepas ABC Resort, bersebelahan betul2 dengan Kak Long Chalet tetapi sebelum Kem Latihan UMNO (ILMU). Kiranya kalau terlepas tue kena lah pusing balik. Hehehe... Kalau diikutkan Zaini Guest House antara yang sempoi laa tempatnya. So kalau berhajat nak resort atau chalet yang grand2 tue, this is definitely not your place, cari laa resort 'standard2' kat situ, banyak.

As for us, tempat nie just nice... simple. Kiranya mmg betul2 'back to nature' laa kata orang. Udaranya nyaman, sejuk... Hijau jee saujana mata memandang. Mmg sesuai dengan mode percutian kami kali ini, trying something different. Yelah selalu bercuti tido hotel je.. kali nie duduk kat chalet dlm hutan. Mandi sungai, masak sendiri... BBQ lah tue. Tp don't worry ada jee kedai makan sebelah guest house nie. Hehehe... Furthermore makbear pilih tempat nie sbb dia rasa mesti aku suka nak amik2 gambar since dia tau aku mmg minat fotografi. Suke suke suke!
Inilah permandangan chalet kami dari luar. Kalau berhajat nak chalet nie kena mention 'Family Chalet', sbb ada satu je kat situ, siap ada toilet tingkat atas, kat bawah ada tempat makan, sinki, kamar mandi dan peti ais (kecik je peti aisnya tapi cukuplah nak isi bahan2 untu BBQ)!

Keadaan dalam chalet, just nice... Selesa untuk sebuah keluarga sederhana. Takde kipas hokey! Tp don't worry mmg sejuk jee al the time. Dinding ada lubang2, tp tue yg best tue, open air katanya! Hehehe...
Toilet dalam bilik (tingkat atas) yang juga berkonsepkan open air, tingkap sebesar2 alam, boleh dengar deruan sungai di belakannya, bunyi unggas... Sejuk jeee. Memang sesuai untuk 'termenung' berjam2! :)
Nampak x sungai kecil tue, mmg mengalir betul2 belakang chalet kitorang. Dengan jee bunyi deruan airnya tue sepanjang masa.




Sampai2, angkat barang, rehat lebih kurang terus berendam dalam sungai depan guest house tue. Airnya mmg sejuk, persekitaran bersih (bagi kitorang oklah) dan mengundang mood untuk bermandi manda.


 Lepas mandi manda, main badminton plak dpn chalet. Ramai pulak tue peminat yang tengok. Tue semua jatuh cinta dengan ai, dah tau dah! :P
Sempat snap sekeping gambar nie...


Sebelah malamnya seperti yang aku cerita tadi kami buat BBQ. So mmg boleh kelihatan di belakang tue gambar chef amatur yang terkial2 tgh buat BBQ. Hehehe, sebenarnya banyak aku buat... ada ayam, ikan, sosej, udang dan sotong, cicah dengan kicap taruk cili dgn limau, perghhh!!! Yang dalam gambar nie yang bakinya jee bila masing2 dah kekenyangan.






Malam masih muda, darah masih panas... lepas makan BBQ acara potong kek plak untuk besday boy! Seronok betul mlm tue, main gambar2... lawak2... :)
Esoknya awal2 pagi aku dah bangun g beli nasi lemak kat Janda Baik nie. Baca kat blog ada a few kedai yang nasi lemaknya best. Aku pun x sure yang mana satu, main agak jee... tapi oklah. Boleh layan, Makbear kata sambal kurang, kalau lebih lg sedap. Hehehe...

Gambar nie xde kena mengena dengan nasi lemak, saja nk bgtau antara aktiviti aku berfotografi di waktu pagi.
Boleh sewa basikal, 1 jam RM6. Satu hari RM20. Boleh ronda2 kampung. Aritu masa pendek, kalau x teringin juga nak try.
Mercu tanda Zaini Guest House. Kalau google images mesti ada keluar gambar nie. Unik!

Ada jambatan yang menghubungkan antara parking kereta ke kawasan chalet.
Nak juga snap gambar pepatung nie walaupun blur. Jenuh! Hehehe
Ada jambatan gantung juga, tapi aku ambik gambar talinya saja. Hahaha...
Masa nie semua dah mandi sebenarnya... pagi2 dah berendam dlm sungai. Tapi pastu rendam2 kaki pulak, ikut dedi snap2 gambar...

Mmg semulajadi habis! Sapa tau gambar yang kedua tue apa? :)
Budak 'embam' berlatih jalan tanpa kasut, merasai rumput2 menghijau... merangsang deria tapak kaki. supaya cepat berjalan hehehe...
Bersama Miss Angela, kakak angkat kepada kepada owner guesthouse nie. Zaini n family balik kampung di France. Angela sgt ramah orgnya dan fasih berbahasa melayu. Sempoi, jalan pun x pakai selipar.




Macam biasa aktiviti terakhir sebelum balik adalah berposing2 sakan. Cuaca masa tue pun macam best je untuk bergambar, so apa lagi. Klik klik klik! Hehehe..

Anw pengalaman yang tak dapat dilupakan di Janda Baik, di Zaini Guest House. Zaini Guest House is a really great place. Kalaulah ada beberapa komen yan aku boleh nyatakan di sini adalah:
1) I'm sorry, i really have to mention this. Ada seekor anjing yang memang jinak dan x mengganggu orang sering berkeliaran di kawasan ini, agak x sesuai sebab aku tengok majoriti yang datang sini adalah muslim, so kalaulah anjing tue milik ownernya, perlu dikurung demi keselesaaan tetamu.
2) Ada kemudahan untuk aktiviti flying fox dan juga jambatan gantung, tp need maintainance. Don't know safe ke x untuk guna. Aku tgk ada jugak anak2 tetamu yang panjat, tp secara mata kasarnya mmg nampak dah x selamat.
3) Signage, signage, signage! Tetamu nak mencari x jumpa sbb xde sebarang signage dari mula masuk ke Janda Baik sampai laa dpn guest house, ada laa satu, kecik jee... tue pun dah nak koyak. Kalau owner nya ada inisiatif untuk memasang lebih banyak papan tanda, ianya adalah sangat membantu. Kami hanya berpandukan clue selepas ABC dan sebelum ILMU. Tue pun terlepas, tanya org rupanya sebelah jee. Hehehe....
More info on Zaini Guest House >>http://jandabaikpahang.blogspot.com/ >>http://www.zainiguesthouse.com/ dan juga di FB serta blog2 lain.

Sayonara Janda Baik, kami pasti akan datang lagi. Baru seminggu berlalu dah rasa rindu. Ada teman yang baru berkunjung ke sana hari minggu yg lalu nie, cemburu tau! Hahaha :P





07 July 2013

07072013 - Happy Birthday Abang Wafiy!!!

Happy birthady Wafiy! Dedi tau mesti abang pelik kenapa besday abang kali nie x semeriah biasa, (Besday Dedi aritu pun lagi meriah! Hehehe... ). Dedi dengan umi minta maaf banyak2. Permintaan abang Wafiy untuk celebrate besday di kampung bersama sepupu; Abg Fizi n Aufa, Ali, Dayyan, Amir, Hadif dan lain2nya terpaksa kami postpone kan dulu sebab masanya x sesuai. Nanti kita balik kampung, kita buat ye sayang... Xpelah kali nie abang mengalah sikit sbb selalunya tiap2 tahun dedi dgn umi dan buatkan besday abang yang grand2 kan?

Kesian abang Wafiy sbb dedi tau abang x puas hati kenapa abang x dapat kek taekwondo mcm yg umi dgn dedi dah janji tp dapat fruity pavlova jee. Sebenarnya pavlova tue umi dengan dedi yang nak rasa, macam manalah rasanya pavlova tu yang org suka sgt! Dahsyat kan? dedi dgn umi x pernah makan pavlova! Oklah dedi suka, umi tewas dengan kemanisan pavlova tue, terus pening dan mcm nak kena hyperglycemia! Terpaksa dedi buatkan cekodok bilis dengan teh o panas supaya otak umi center balik. :)

Hehehe... sori tau, don't worry kek taekwondo Wafiy akan tetap dedi dgn umi usahakan... lagipun kak Hawa yang selalu kita order kek dengan dia tue dah tutup kedai pulak sebab dah puasa. X perasan sayang, pejam celik pejam celik dah nak puasa. Umi dengan dedi tengah sibuk nak uruskan pasal rumah kita di Kuching nanti, hal sekolah abang dan adik Waseem, tue yang x sempat nak pikirkan perihal besday abang (buat masa nie), inshaAllah lepas nie ada masa kita buat besday abang ye sayang, jemput kawan2. Abg nak hadiah transformers lagi yee...?
Malam nie pun abg bergambar sorang2 sebab adik2 dah tido. Dedi dengan umi seksi nau rasanya nak bergambar. Hahaha... xpelah, esok dedi belikan goodies untuk kawan2 skool yee? ada 24 orang kawan baik nak bagi? cukup ke? Nanti dedi buatkan 30 paket sekaligus ye sayang. Dah jangan majuk2 tau. Dedi dgn umi sayang abang.

Abg mmg seorang anak yang baik bahkan yang terbaik! Bijak dan rajin tolong umi dengan dedi. Abg rajin solat dan mengaji, sampaikan dedi pun kena ikut rajin macam abang. Terima kasih tau! Syukur Alhamdulillah. Nanti x lama lg nak puasa, kita puasa dan solat terawikh sama2 mcm biasa ok? Owh ye satu je lagi pesanan dedi, jgn selalu usik adik Waseeem, adik tue kecik lagi x paham... Abg kena banyak beralah sikit dengan adik dan kurangkan berleter pada adik. Kesian adik tue! Hehehe...

Happy birthday abang Wafiy!!!