Powered By Blogger

13 October 2014

Roti sosej bunga...

Malam ni aku try men'variasi'kan roti sosej yang aku buat


Buat bentuk bunga pulak..hehe..


Kurang sos, kurang mayonis, kurang perhiasan2 di atasnya..actually ramai orang buat dorg akan letak carrot, kacang hijau dan jagung 
kenit2 tu...tapi atas nasihat pakbear, maka aku bersetuju untuk buat simple2 sahaja kerana customer2 ku iaitu anak2 bear memang tak minat benda2 aksesori tu, kang dorg buang je...sos pun dorg tak suka banyak2...so agak togel la roti sosej bunga Umi ini..hehe

Takpelah...janji anak2 suka...aku buat roti sosej bunga ni 7 tangkai...hehe..aku anggap tangkai la ye sekeping roti tu...so percaya tak? Dalam masa kurang sejam 6 tangkai telah di'ngap' oleh anak2...haha..sedap Wafiy kata...since aku tak cukup sosej so baki tu aku buat ala2 piza je...buat bentuk 4 segi, letak sosej, mayonis, sos dan cheddar cheese, yg tu pun Wafiy dah makan sekeping....tembam la anak2 umi kalau umi korang rajin masak camni hari2 kan? Hehe...


Ha!! Si cantik manis ni walaupun nampak manis, tapi turut juga makan roti sosej bunga ini tanpa henti...haha...

Ok..bye...minggu seterusnya ni agak stress bagi aku sebab aku ada discussion dgn Neuro dept berkenaan satu kes yg sampai sekarang aku tak dapat bagi definite diagnosis lagi..huhu...so mulai esok aku kena baca research article berkenaan kes pelik itu...begitulah rutin hidup seorang histopathologist..adakalanya untung nasib seorang pesakit itu betul2 di tangan kami, walaupun seorang pesakit itu tidak pernah mengenali kami..sang doktor di belakang tabir..:)


1 comments:

fairus said...

Menarik roti tu.. Anak-anak pon mesti suka..