Powered By Blogger

01 September 2014

Cara mengelakkan anak jadi kaki TV

Sebenar2 nya aku dan pakbear seringkali merasa pelik, kesal, speechless bila membaca status fb, mendengar keluhan ibu bapa yang menyatakan 


"Tiap kali cuti sekolah, anak2 je conquer TV, mama dan ayah langsung takde chance tengok TV"

"Dari pagi hingga petang, kartun, kartun, kartun"



Ok, anak2 bear bukanlah sepanjang masa menurut peraturan sangat tapi aku juz nak share cara macam mana aku dan pakbear berjaya mendidik anak2 bear untuk mematuhi arahan dan masa menonton TV rancangan favourite mereka...so hasilnya aku dan pakbear tiada masalah besar, tidak perlu memekik2 menyinga marah anak2 berebut nak tengok TV, tidak perlu mengeluh sana mengeluh sini sebab anak2 langsung tak bergerak dari depan TV...

1) Tetapkan masa menonton TV...walaupun mungkin anak2 kita seawal usia 2 tahun tidak memahami lagi istilah masa, setengah jam, 1 jam, tapi kalau u all perasan rancangan kartun biasanya setengah jam je setiap episod, so itulah alarm clock nya...basically bila kartun tu habis je, kita boleh beritahu anak

"Ok, turn Wafiy tamat, sekarang turn Umi pulak"

Tapi katakanlah rancangan favourite kita tu 2 jam, so maksudnya selepas itu anak kita juga berhak menonton selama itu....walaupun mungkin masa kenit2 tu mereka belum faham maksud jangka masa tapi kita kena berlaku adil, lama2 anak akan faham prinsip bertolak ansur...

Dan jangan memungkiri janji...sebab nanti anak2 akan memungkiri juga perjanjian tengok TV kita...

Ok, pada awalnya ada anak2 yg akan mengamuk, marah tidak puas hati, tapi lama kelamaan dorg akan terbiasa dengan suasana bertolak ansur itu, dan lama2 mereka juga akan belajar menonton rancangan TV favourite Umi dan Dedi...percaya tak Wafiy & Waseem minat juga menonton National geographic, Discovery channel sebab selalu menonton bersama Dedi, dan Wafiy dan Waseem juga boleh layan drama2 romantik yang Umi tonton...hehe...tapi kita sebagai ibu bapa perlu tegas...tak boleh la kejap folo peraturan, kejap langgar peraturan...tegas ye, tak perlu marah2....kita respek kemahuan anak, anak akan respek kemahuan kita...insyaAllah...benda ni ambik masa bertahun untuk di terap di dalam diri setiap anak2 kita....so kena sabar...aku dan pakbear dah melihat hasilnya...makin Wafiy dan Waseem besar makin kami lihat cara ini berkesan...:)

2) Wujudkan waktu 'off' TV

Kami ada waktu khas yg mana TV akan kami off....wajib off, pada mulanya memang muka masing2 masam berkerut...tapi disebabkan aku dari kecik dah diajar untuk off tv waktu itu, maka semua kena follow arahan Umi...waktu nya adalah waktu Maghrib...wajib wajib tutup...bagi aku bila anak diajar ada time off untuk TV, so anak2 akan faham pada satu masa dan ketika ada perkara lain yang lebih penting dari menonton TV, iaitu solat dan mengaji...ok, aku sounds macam org alim2 kan? Tapi aku bukan lah alim sangat, cuma aku rasa anak2 perlu dididik benda2 simple macam ni...nampak simple tapi aku percaya ada kebaikannya bila mereka dah besar nanti...mereka belajar yg TV bukan selalu perlu jadi top priority...so tak tengok TV pun takpe

3) Galakkan anak membuat aktiviti luar rumah...contohnya main basikal kat luar, main pondok2 (anak2 bear sekarang main khemah2 guna selimut dan bantal), main swimming kat pool luar rumah (pakbear kan jual pool)...hehe...so kan bila anak2 ada aktiviti lain mereka tak lah tengok TV je 24 jam...

Ok, mesti ada yg kata, laman ktorg kecik, mana muat anak nak main kt luar...actually kita boleh belikan anak2 mainan yg best2 macam Sahibba, Scrabble, Monopoly, kinetic sand ke....tapi kang ada pulak yg kata, dorg main kejap je pastu dah bersepah...bagi aku biar rumah bersepah sebab anak main benda berfaedah dari rumah bersih kemas tapi anak tengok tv dan main komputer/iphone/ipad je.....

Tapi aku akui memang sukar menahan hati melihat rumah bagai tongkang pecah...kihkihkih...sabar Umi sabar...anak2 sedang explore the world..:)

4) Layan anak (buat aktiviti bersama2)

Kedengaran mudah kan? Tapi susah bila anak dah lebih dari satu...first, sebab kita ada bnyk kerja rumah nk uruskan, kedua sebab nanti anak2 yg lebih kecil nak menyusu la, nak berkepit dgn Umi lah... Huhu...kisah benar tau....tapi kan aku perasan kalau satu hari tu dapat melayan Wafiy dan Waseem main monopoly, baca buku, buat aktiviti kaler2 sama2 memang sangat membantu dorg....actually anak2 tak kira besar ke kecik ke memang akan suka melepak bersama mak dan ayah dorg buat aktiviti sama2...entahlah...anak2 aku camtu, anak orang lain mungkin macho kot, bila dah besar sikit dh tak mahu mak ayah lepak sama2...hehe....

Aku perasan bila kita peruntukkan masa untuk anak, anak juga akan lebih rajin membuat aktiviti lain selain tengok TV...tp ianya juga bermakna kita pun tak boleh lah tengok TV...haha...boleh ke korang hidup tanpa TV? Kalau rasa korang tak boleh hidup tanpa TV, jangan peliklah jika anak seharian mengadap TV...anak kita adalah cermin kita...amacam? Ada yg terasa ke? Hehe...jangan marah ye...

Sebagai rumusan, apa2 pun perkara yang kita nak terapkan pada anak2 kita, kita perlu istiqamah....dan application of the rule to perlu diguna pakai pada semua anak2...tak boleh pada si Abang kita suruh ikut peraturan, dengan adik2 sebab comel sgt, kita tak tegas pulak dengan peraturan...:D

Ok, aku nak chow dulu, pakbear dah jeling2 tadi...asik mengadap ipad je Makbear ni...hahaha..ok boshhh!!


2 comments:

Maria Qiptiyah said...

Bagus ni..boleh share ilmu..start dr umur brp tahun ekk?

fairus said...

TERBAIK.. NASIHAT YANG BERGUNA.. BOLEH CUBA DIPRAKTIKAN..