Powered By Blogger

18 August 2014

Pengalaman membawa Anak2 solat di Masjid

Baru baru ini ketika bulan Ramadhan, ada seorang ibu telah bertanya di dalam grup fb yg aku sertai mengenai tips untuk membawa anak solat Terawih di Masjid, ianya lebih kurang cara utk mengawal anak2 supaya tidak mengganggu ketika si ibu atau bapa solat.


Aku perhatikan setelah beberapa minit tiada sesiapa memberi komen...so aku pun share pengalaman aku...

Aku mungkin lah bukan orang yang paling tepat untuk dijadikan rujukan tetapi Alhamdulillah so far cara yg aku praktikkan berjaya...:)

Pada pendapat aku, cara paling mudah untuk mengajar anak bahawa ketika Umi dan Dedi solat, anak tidak boleh mengganggu adalah dengan mengamalkan solat berjemaah bersama di rumah. 

Apabila kita bersolat jemaah, anak2 akan terbiasa dengan suasana orang dewasa solat bersama2, dan mereka si anak2 comel harus akur bahawa ketika Umi dan Dedi solat, permintaan, percakapan mereka tidak akan dilayan. Semuanya perlu ditunggu setelah Umi dan Dedi habis solat. Hatta korang jatuh tergolek di tepi Umi dan Dedi pun selagi Umi dan Dedi rasakan korang ok, kami tidak akan berhenti solat, pandai2 lah pujuk diri sendiri yg tergolek lantaran tak reti berhenti memanjat meja dan kerusi itu..:)

Ok...itu tips di rumah...simple je pun...solat berjemaah...

Next adalah pemilihan masjid dan surau..

Kebiasaannya pakbear a.k.a Dedi akan survey dulu surau atau masjid yg mana sesuai utk kami membawa anak bersama2 utk solat terawih/jemaah...sebab bukan semua masjid adalah children friendly...

Kami mengklasifikasikan sesebuah masjid/surau itu children friendly sekiranya
 
1) masjid/surau itu mempunyai ruang legar utk anak2 kami berlari..hehe...aku tak tengok ruang solat besar ke tidak, tp ruang utk anak aku berlari 50 meter ada ke tidak..:)..sebab biasanya bila sampai je ke masjid Wafiy dan Waseem akan test drive dulu lantai masjid itu...kalau tergolek ok ke tidak..lantai sesuai utk slide ke tak..:p

2) ruang solat wanita luas ke tidak, sebab pada usia 2-3 tahun, anak2 bear walaupun lelaki tapi masih suka berkepit dengan Umi..eh! Sampai sekarang pun masih suka berkepit dengan Umi...:D..
Maksud aku berkepit ketika solat, lagipun biasanya org pompuan yg ramai bawa anak2 kenit ni...so kalau ruang solat wanita luas, maknanya boleh lah anak2 bear selit2 di celah2 jemaah yg ramai itu...dan disamping menyelit, adakah ruang utk anak2 kami tido terlentang mencukupi atau tidak...penting ruang tido dan berbaring ni sebab setelah 'mengukur' ruang legar masjid, anak2 bear akan kepenatan dan nak baring2..haha..

3) Jemaah ok ke tidak dengan kanak2...yg ni pun pakbear yg akan survey dulu, sebab kita boleh nampak dan rasakan penerimaan jemaah masjid pada kanak2...walaupun Islam menyuruh kita menyayangi anak2 kecil, sedihnya ramai yg merasakan anak2 kecil ini tiada tempat di masjid/surau, mengganggu semata2...huhu..so kami hanya akan pergi ke masjid/surau yg jemaah nya menyayangi kanak2, yang menganggap insan comel ini adalah pewaris Nabi...

Ok, dah pilih masjid/surau yg sesuai..

So...

Masa nak bawa anak ke masjid, kami biasanya akan bawakan bahan bacaan dan barang mainan kesukaan anak2 kami...ini applicable pada kanak2 sebaya Huda sahaja ye (2-4 tahun) sebab pada usia itu dorg masih belum faham apa itu solat, so basically mereka hanya ke masjid sebab temankan Umi dan Dedi solat, so tugas mereka bermain dan membaca buku sahaja..:)
Usia lebih dari 4 tahun, aku expect dah boleh folo solat sikit2...tapi masih boleh lah nk dibawakan barang mainan dan buku, sebab mereka bukan larat solat penuh pun..:)
No gadget ok!! Aku tak galakkan membawa smart phone, ipad or tablet..memang anak akan ralit tapi tidak elok untuk perkembangan otak mereka, biarlah mereka bermain dengan mainan sendiri, mengira jumlah lampu masjid, mengira jumlah kipas masjid yg rosak, membaca buku atau pun bermain dengan semut di dinding masjid ataupun mengorek2 lantai masjid tu...haha..the last 2 aktiviti tu adalah aktiviti aku masa kanak2 dulu masa ikut Arwah Abah dan Mak solat di masjid kampung aku...:p


Huda sedang meng'amin'kan doa...:)

Ok, dah bawa barang mainan dan buku, ada lagi satu benda wajib bawa...

Ha!! Cer teka! Cer teka!!

Bekal minum dan makanan..tapi bawa mineral water dan biskut2 je...ini penting supaya anak tidak kelaparan ketika menunggu Umi dan Dedi solat...

Eh! Ada lagi satu benda lah...

Aku pun selalu lupa bawak..hehe..

Ianya adalah bantal untuk anak baring2 dan tido...


Huda dah tergolek tido...:)
Tido atas perut teddy bear..hehe

Aku lupa pulak bagitau...
Bagi ibu2, seeloknya kita solat di barisan paling belakang, or at least di hujung saf, kalau korang masih nk solat saf depan...better park solat kat hujung, tepi atau saf paling belakang supaya anak2 kita tidak mengganggu jemaah yg lain...

Alhamdulillah, so far anak2 bear masih behave ketika di Masjid...

Tapi kan, kalau anak korang dah meragam, dah terlentang melalak2 better korang balik je lah, jangan sibuk mengejar sangat pahala solat di masjid tu sampai kita nafikan hak jemaah lain utk solat dengan khusyuk..huhu..

Anak2 kami pun bukan setiap masa behave dalam masjid, pernah je kami sempat solat isyak je, pastu terus chow balik je, terawih pun tidak...sebab anak2 bear dah meragam...hehe

Sorilah entri ni dah post Ramadhan, hopefully masih relevan utk parents yang hendak membiasakan anak2 dengan masjid...InsyaAllah..

2 comments:

Unknown said...

nak share kak...

fairus said...

Aku teringin jugak nak bawak anak ke surau / masjid.. Tapi belum berkesempatan lagi.. Tak pasti dia ok ke tak..