Powered By Blogger

11 June 2013

Aku menyesal..;(

Sejak habis exam ni...aku baru ada masa nak baca novel2 favourite aku...Aku memang suka baca novel, baca majalah, baca suratkhabar, pendek kata korang bagi je lah apa jenis bacaan pada aku, most of them aku boleh layan...sebab nya...aku memang jenis suka membaca...dari kecik2 lagi budaya membaca itu dah jadi budaya famili aku...kalau kami sekeluarga berkumpul, kebanyakan anak2 buah hingga ke bapak dn mak buah mesti ada buku di tangan...biasanya novel la...dan kagum jugak tengok anak2 buah aku yg baru masuk sekolah menengah tapi dah rajin baca suratkhabar di waktu pagi, walaupun anak2 buah aku ni ada antara mereka bukanlah yg jenis score masa exam, tapi sikap suka membaca tu macam dh mengalir dalam DNA ktorg..hehe..Genetik keluarga Tok Min dn Nek Com...;)


So bila dh habis exam ni kan tetiba aku tersedar yg aku sebenarnya banyak buang masa dengan melayari online website, biasanya aku baca news online...dan juga google berkenaan gosip2 terkini..dn of course la facebook...

Tiba2 aku rasa benci dengan diri sendiri..bukan la benci sampai nk lempang2 muka, or hantuk kepala sendiri kat dinding, tapi aku benci dengan hilangnya sikap suka membaca buku aku tu...bagi aku kalaupun sebenarnya aku mengadap iphone dn ipad aku itu utk tujuan yg baik seperti membaca berita online, aku masih rasa aku tak sepatutnya berbuat begitu...TERUTAMANYA DEPAN ANAK2 aku....sebab aku taknak menanam kan dalam pemikiran anak2 aku yang 'it's ok' to melekat to your smartphone and gadget2 canggih tu walaupun di ketika kita dikelilingi ahli keluarga kita terutamanya mak, ayah, atuk, nenek, suami isteri dn adik beradik sendiri...aku cakap ikhlas dari hati yg aku rasa satu kerugian besar bagi aku jika aku sibuk kononnya membaca online news, bermesra2, bergurau senda dengan rakan2 fb aku di kala anak2 dan suami ada depan mata....aku selalu terpikir kalau aku sekarang ni sebagai seorang ibu menunjukkan contoh yg kita bole melekat je dgn handphone tanpa mengangkat muka atau beri perhatian pada apa yg anak2 aku atau pakbear cakap, apa yang anak2 aku sedang buat,  tanpa hiraukan ALAM REALITI di sekeliling kita, aku rasa aku adalah ibu yg paling teruk...;(

Aku sebenarnya secara jujurnya terasa nak quit FB, tapi sebab pikir ramai rakan2 rapat aku yg aku jumpa semula dlm fb so aku pendamkan je dulu hasrat tu...

Aku rasa FB sgt jahat...sebab aku amat yakin ramai anak2 terabai sebab fb ni, ramai anak2 kena marah sebab time mak bapak syok online, anak tu mintak itu lah, mintak inilah...kita baru nk hepi2 tengok newsfeed kan? ;p Dan brp ramai laki bini yg bermasam muka sbb fb...ni pendapat peribadi aku lah..FB membuat kita yakin rakan2 fb kita tulah rakan dunia akhirat, rakan yang membuat kita mengukir senyum la kononnya...while those yg ada depan mata kita terutamanya anak2 hnyalah pengganggu kita tatkala kita nk komen, nk update status, nk balas2 pm dengan rakan fb kita....Aku bukan cakap pasal org lain, tapi cakap pasal diri sendiri...Memang FB  ni macam dadah...mengkhayalkan...

So, berbalik pada misi dn visi aku untuk menjadi the best Umi to anak2 aku, aku akan kurangkan masa aku online, tunjukkan pada anak2 yg aku masih enjoy membaca buku, majalah dn suratkhabar...aku pasan Wafiy memang ikut acuan yg aku nak...tapi untuk Waseem dan Huda aku khuatir aku dn pakbear telah tunjukkan contoh yg tidak baik..so lepas2 ni...aku akan tunjukkan yg Umi dorg ni rajin membaca buku hakiki bukannya membaca muka buku, bukannya jenis takleh lepas handphone dari tangan....kalau pun aku nk bermuka buku lepas2 ni, aku akan pastikan bukan di hadapan anak2 aku kerana tiada harta yg lebih berharga selain daripada harta yg Allah kurniakan iaitu Wafiy, Waseem dan Huda...FB dan internet adalah racun yg boleh menyebabkan kita terpesong dari tujuan kita menjadi ibu bapa di dunia ni...ni pendapat aku ye...aku tak nafikan la internet pun bnyk kebaikan tapi kalau kita terlalu taksub dengan ber'online', aku rasa kita memang membuang masa dan jangan pelik jika anak2 kita asik melekat je dengan gadget2 moden, dah mak bapak pun melekat je smartphone, ipad...bila anak asyik main game je kita marah..tapi kita ni dok tersengeh2 berjam2 ralit dengan smartphone kita, bila anak malas baca buku kita marah, tapi kita buku sebijik hatta Al Quran pun tak bukak...aku sindir diri sendiri ye...aku menyesal dengan kebodohan aku beberapa bulan ni...;(

Sekian sahaja luahan daripada diriku yang insaf...huhuhuhu...

0 comments: