Pagi tadi aku memulakan kehidupan dengan penuh rasa keterujaan dan sedikit kegigilan lantaran panggilan telefon yg aku terima malam tadi...
"hi Dr Najah, r u in charge of frozen section tmoro? We have a case for organ transplant tmoro, so we need ur help to review the liver biopsy before we proceed with the transplant"
Terus dug dag dug dag jantung aku selepas itu...mereka yg bukan histopathologist memang takkan faham kenapa aku berdebar2...
Firstly, untuk pengetahuan semua, setiap kali ada penderma organ yg diisytiharkan 'brain dead', maka proses utk pengambilan organ dari si penderma berkenaan akan diusahakan oleh pihak hospital. Banyak step sebenarnya yg akan dilakukan oleh pihak hospital. Step yg rumit dan memerlukan semangat berpasukan yg tinggi. Antaranya adalah sekiranya transplant team mengambil keputusan untuk mengambil organ hati, maka sedikit tisu sampel daripada organ hati itu akan dihantar kepada histopathologist seperti aku untuk diperiksa di bawah mikroskop samada hati penderma sesuai untuk didermakan atau tidak. Kami akan memeriksa samada hati berkenaan menunjukkan sebarang tanda2 penyakit hati kronik yg boleh mengakibatkan kegagalan fungsi organ yang akan di'transplant' itu. Semua ini dilakukan oleh kami ketika transplant team itu masih di dalam Operation theatre (OT). Sekiranya kami mendapati hati itu menunjukkan tanda2 penyakit hati, oleh yg demikian hati berkenaan tidak bersesuaian utk didermakan kepada pesakit lain. Sebaik sahaja kami selesai memeriksa sampel hati itu di bawah mikroskop, kami akan terus menghubungi staff yg incharge di dalam OT. Berdasarkan keputusan pemeriksaan mikroskopi kami itu nanti surgeon akan decide step seterusnya.
So kenapa aku berdebar? Kes frozen section liver biopsi for transplant ini adalah julung2 kalinya berlaku di bumi Kenyalang ini...sepanjang tempoh aku bertugas sudah setahun lebih disini, ini adalah yg pertama kali.
Dan aku bertambah nervous kerana semasa training sebagai histopathologist hanya sekali sahaja aku didedahkan dengan kes liver biopsi untuk transplant ini. Itupun kira2 4 tahun yg lalu. So memori yg ada di dalam kepala sangat lah sedikit. Dan dengan limited experience yg baru 1 tahun setengah menjadi histopathologist aku memang berdebar2 kerana aku sgt junior dan nanti report frozen section itu akan ada nama aku sebagai pathologist in charge. If aku salah diagnos ke, salah interpret slide tu ke camne? Nama aku tu kat report tu.... Uwaaaa.....tapi nasib baik di Sarawak ni aku ada team pathologist yg sporting dan sgt berpengalaman. So secara asasnya tadi bukanlah aku seorang yg perah otak masa interpret kes liver biopsi itu, tapi ada 3 histopathologist lagi sama2 membaca kes tu...abang2 yg bijak bestari dan sporting...hehe...itulah satu perkara yg aku pasti aku akan rindukan bila balik ke Semenanjung nanti, semangat teamwork di Sarawak. :)
Dan sebenarnya aku lebih nervous sbb memikirkan transplant team yg terlibat adalah satu team doktor2 yg bersemangat waja yg diterbangkan khas dari Hospital Selayang ke Sarawak. Flight dorg touch down Kuching 10 pagi, pukul 11 pagi dah start operation untuk harvest organ dari penderma yg sudah brain dead itu, pukul 11.45 pagi spesimen biopsi liver tu dah sampai ke makmal aku. Dan pukul 12.15 tghr aku release report kata hati tu normal. So mereka meneruskan proses organ harvest.
Aku memang kagum dengan team dari KL ni. Naik flight, turun flight, operate orang, harvest the organ then fly back to KL petang tu. Kalau aku lah, tiap kali naik flight dgn rasa miong2 lagi, turun2 kapal nk operate orang, mesti otak aku dh tak berfungsi. Kerana itulah aku memilih bekerja sebagai histopathologist sahaja...hahaha...aku sedar kemampuan aku. Eh! Tapi kan bukan semua org tahan tau duduk baca slide under mikroskop macam ktorg tau..ada yg nmpk cahaya mikroskop sikit je dah pening2. Hehe. So itulah kelebihan dan kekurangan setiap insan kan? Allah maha adil
Btw, tiba2 kan aku terfikir, sungguh mulia hati si penderma organ tu kan? Aku tiba2 rasa sepatutnya kita semua yg sihat walafiat ni elok daftar diri jadi penderma organ especially budak2 yg rajin merempit tu...haha...Seperti yg aku dimaklumkan, minggu lepas team dari KL harvest 2 kidneys dari brain dead patient dan transplant kepada 2 orang pesakit buah pinggang kronik yg sudah berbelas2 tahun bergantung kepada dialysis. Bayangkan kalau kita sudah mati, tapi organ badan kita boleh didermakan pada orang lain dan boleh membantu mereka menjalani hidup dengan lebih baik, boleh bekerja macam biasa, boleh beribadat dengan baik, boleh menjadi org normal etc. Bayangkan kalau si penerima itu adalah suami kita, isteri kita, anak kita, ahli keluarga rapat kita...mesti kita rasa sangat bersyukur dan berterima kasih pada si penderma kan?
Begitulah perasaan aku hari ni...ada rasa bercampur baur. Gembira kerana berjaya mencapai satu lagi milestone dalam kerjaya aku dan juga rasa simpati bercampur kagum dengan nasib si penderma yg sudah pergi untuk selama2 nya tapi berjaya menyumbang sesuatu yg sangat berguna untuk insan lain walaupun dia langsung tidak mengenali dan mengetahui siapa mereka. Semoga Allah memberkati mereka semua. Walaupun penderma organ ramai yg bukan muslim tapi aku percaya Allah ada ganjaran terbaik untuk mereka. Semoga Allah bukakan hati ramai lagi orang Melayu untuk menjadi penderma organ. Amin.....
Good job Najah. Out of my comfort zone again....bertugas di Sarawak ini pun sudah keluar daripada zon selesa ku selama2 bertahun2 di Semenanjung...boss dah tanya taknak stay lama lagi di Sarawak Najah? Hahaha...jawapannya rahsia..:p
Teruskan berjalan Najah...:)