Powered By Blogger

19 January 2015

Waseem si Klon Umi

Melihat Waseem adalah umpama melihat diri ku sendiri...Waseem yg panjang akal, lengkap dengan teori2 tersendiri, kepala agak 'keras', dan bersuara tahap speaker masjid negeri adalah sebenarnya refleksi seorang aku...lantaran itu aku dan pakbear amat arif akan cabaran yg bakal kami hadapi sepanjang membesarkan Waseem menjadi manusia....suatu perkara yg melegakan sedikit adalah walaupun ketika kecil aku sukar dikawal, tapi bila dah besar aku antara org yg paling terkawal dari segi pemikiran dan kejiwaan. Hehe..itu yg aku rasa lah...makanya kami yakin Waseem juga akan membesar menjadi seorang orang yang berguna. Amin...

Mak aku sendiri pernah kata Waseem ni macam Adik (aku ler Adik tu)...dalam bahasa omputeh nya, agak playful, tidak fokus, suka side track...kihkihkih. 

Ni contohnya


Mengaji sambil berbaring di atas katil dengan aksi kedudukan corak pembaringan yang pelbagai, Iqra' entah dimana, orang yg belajar mengaji entah di mana...nak marah? Hmmm...aku dulu pun memang begitu, so nak marah macam mana ye? Hehe. Tapi mulut Waseem masih mengikut apa yg Umi ajar. Mak aku pesan, ko ajar kan je, dia buat apa pun biarlah, lambat laun melekat juga dalam otak tu apa yg dia baca...haha..yakin betul mak aku memberi pendapatnya, maklumlah anak dia yg sorang ni pun memang begitu dulu kan? 

Sukar betul untuk memastikan Waseem duduk fokus mengaji atau membaca, selain Waseem sendiri yang sangat playful, Huda juga selalu join mengaji dan membaca sekali so bagaimana ye Umi mahu fokus hanya pada Waseem? Aku masih mencari solusi nya. Dan masih mencari kekuatan untuk handle anak2 yg sedang membesar ini. Bagaimana ye orang yg ada anak ramai? Aku yg baru ada 3 ini pun rasa susah hendak fokus dan memenuhi kehendak ketiga2 anak ni? Rasanya memang setakat ini sajalah kemampuan aku, tahun ini kami akan khatamkan jumlah ahli keluarga kami. Kuantiti sudah mencukupi, seterusnya kita tingkatkan kualiti pula.



Selepas ngaji, suruh Umi ambil gambar dia pulak? Haha...layankan je lah Umi, sehari hanya beberapa minit sahaja Umi dapat luangkan masa bersama Waseem, selebihnya Umi banyak di opis/hospital. Hmmm...

0 comments: