Powered By Blogger

11 January 2015

Selamat Kembali Ke Sekolah 2015

Back_to_school

Assalamualaikum & Salam SOHO!


Pejam celik pejam celik maka berakhirnya cuti sekolah 2014. Esok secara rasminya akan bermulalah sesi penggal persekolahan bagi tahun 2015. Bagi sesetengah negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah & Johor, hari ini telah bermula. Sungguhpun begitu saya ingin mengucapkan takziah pada sekolah-sekolah yang belum bersedia membuka sesi persekolahan mereka disebabkan bencana banjir yang melanda baru-baru ini.


Semoga adik-adik gembira dan teruja memasuki dunia baru Semoga adik-adik gembira dan teruja memasuki dunia baru


Bagaiamana sudah bersediakah segala kelengkapan yang diperlukan? Rambut anak dah potong? Baju dan beg sekolah sudah disiapkan? InshaAllah saya doakan semua urusan tuan/puan berjalan lancar esok. Bagi yang baru pertama kali menghantar anak ke darjah satu, nasihat saya BERTABAHLAH! Mesti perasaan bercampur baur kan? Antara risau, sedih dan gembira. Risau kerana terpaksa meninggalkan anak di sekolah untuk pertama kali, yang mana ianya adalah pengalaman baru bagi mereka,  sedih kerana berpisah dengan anak dan gembira kerana ini menunjukkan anak-anak dah semakin meningkat usia! Bakal semakin bijak dan matang, semakin tinggi dan semakin hensem/cantik.


Senarai semak persediaan anak ke sekolah Senarai semak persediaan anak ke sekolah


Mak-mak surirumah sepenuh masa, mesti menarik nafas lega. Almaklumlah setelah sebulan lebih tunggang langgang di rumah pabila anak-anak setiap hari ada di rumah kerana cuti sekolah. Yang duduk asrama pun balik sama. Meriah (baca bersepah) dari ruang tamu sampai ke dapur! Hahaha… Esok usai menghantar anak ke sekolah boleh laa duduk sebentar meluruskan pinggang. Berehat sebentar sebelum mula bersilat di dapur memasak untuk anak balik sekolah pula nanti. Ya itulah rutinnya.


Sebagai seorang househusband sepenuh masa, sayapun tidak dapat lari dari rutin ini. Walupun househusband tapi pejabat SOHO beroperasi juga seperti biasa. InshaAllah alah bisa tegal biasa. Yang penting urusan SOHO (baca bisnes) akan shift gear esok biar laju sikit! Masa bersantai-santai sudah tamat!



Selamat Kembali Ke Sekolah 2015

0 comments: