17 November 2014
Kisah Aku dan roti Gardenia
Nov172014
Roti Gardenia ini naik 'belon' pagi tadi dari KL sebelum sampai ke tangan aku...
Masa mula2 kami mahu berpindah ke kuching, rakan kami telah mengingatkan kami "Di Sarawak, Gardenia takde tau!"
Ok...pada mulanya kami tidaklah kisah sangat...kerana menyangkakan roti hanyalah roti....takkan sebab takde Gardenia ktorg tak boleh hidup kot....hehe
Tetapi setelah berbulan2 hidup di bumi Meow ini akhirnya kami mengaku...OMG!!! Sedapnya roti Gardenia, rindunya nak makan roti Gardenia....hehe
Ianya kerana kami belum bertemu lagi dengan roti yang boleh menjadi pujaan di Kuching ni...kalau makan pun akan rasa terkulat2 ketensenan...bukan tak sedap...tapi memang rasa roti di Sarawak ni lain....:)
Makanya bila kami pulang Semenanjung or bila ada kawan balik Semenanjung berketul2 lah roti Gardenia ni dibeli/dikirim....
Dan aku bernasib baik kerana ada rakan yg memang setiap minggu balik semenanjung kerana suami dan anak2 nya menetap di sana...kesian kawan aku ni...takpe...nanti kt balik keja semenanjung sama2 ye...hehe...terima kasih kerana menjadi pengedar tidak rasmi roti Gardenia untuk ktorg...
Sekianlah kisah aku dan Gardenia...i luv u Gardenia...muahhhssss!!!! Cant live without u...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Emm... Roti Gardenia memang sedap dimakan begitu sahaja..
Post a Comment