Powered By Blogger

07 May 2014

Mari berkenalan dengan ku seorang Histopathologist

Ramai yg tau bini pakbear ni seorang duktur...dan ramai yang menggaru2 kepala yg tidak gatal bila mengetahui aku doktor tapi kerja di Lab...

Ramai yang menyangka bila aku katakan aku seorang Pathologist, mereka beranggapan, Oooo!!! Doc ni mesti bedah mayat kan? 

Disebabkan ramai tidak tahu fungsi seorang Pathologist dan memandang enteng fungsi kami, mari aku kenalkan secara lebih mendalam apa tugas seorang Pathologist, terlebih dahulu aku ingin menyatakan bahawa aku seorang Histopathologist (Pakar kaji tisu/penyakit)...


Kami pakar2 patologi di Jabatan baru aku sekarang..ni time hepi2...hehe

Dalam Jabatan Patologi, secara amnya kami dibahagikan kepada 5 unit kecil..
1) Forensik
2) Haemotologi/Tabung Darah
3) Mikrobiologi
4) Patologi kimia
5) Histopatologi

Untuk makluman semua, di setiap Unit itu ada pakar2 dan pegawai perubatan yg terdiri daripada doktor2 perubatan...kami grad sebagai medical doctor, menjalani latihan houseman dan MOship sama seperti doktor yg bertugas di wad/klinik, cuma bezanya kami bekerja di Makmal Patologi. 

Kami tidak famous di kalangan pesakit, kerana kami tidak bersemuka 4 mata dengan pesakit, akan tetapi kami terlibat secara langsung dalam pendiagnosan penyakit dan management pesakit walaupun tidak disedari oleh pesakit itu sendiri...apa yg kami buat? Nanti aku terangkan..

Oh! Ye..Ada sesetengah hospital forensik adalah jabatan on its own, bukan bernaung di bawah Jabatan Patologi...
Forensik seperti semua org tau adalah Bedah mayat...so faham2 je lah ye.. Pakar forensik yang incharge, di hosp yg aku kerja skrg, pakar dn ketua jabatan nya adalah perempuan...macho kan? I loike!!!

Aku ada juga terlibat dalam bedah mayat akan tetapi hanya dlm kes2 tertentu sahaja yg memerlukan khidmat Pakar histopatologi...secara asasnya hampir 99.999% kes bedah mayat adalah dibawah tanggungjawab Pakar Forensik, ini termasuk kes bunuh, kes dera dan eksiden..Pakar Histopatologi hanya kadang2 sahaja perlu turun padang...untuk apa? Susah aku nk terangkan..kerana ianya sgt panjang lebar....ada org tanya tak takut mayat ke? Aku sbb dah biasa masa training  master dulu ada hari2 tertentu mengadap mayat sepanjang hari, jd aku dh kebal...niat Lillahita'ala...

Untuk unit2 lain, aku rasa amat panjang jika mahu diterangkan setiap satu, cuma aku mahu mengingatkan mohon pesakit, staf hospital, dan doktor sendiri tidak lupa bahawa di Makmal ada pakar di setiap unit...Untuk pesakit, berterima kasihlah pd org belakang tabir ini...

Ok, skrg aku ke bidang aku sendiri Histopatologi...

Kenapa aku pilih Patologi? 

Sebenarnya aku dicampakkan ke Patologi sebaik sahaja aku habis houseman, ketika itu Wafiy 6 bulan dalam perut...so kerana jatuh cinta dengan suasana Jabatan Patologi yg tidak memerlukan aku night call stay di hospital dan masa bekerja rasmi  yg hanya limited dari 8-5, jadi aku mengambil keputusan terus stay di Patho..mudah aku menguruskan keluarga kecil kami...sejujurnya aku juga bukan seorang yg suka Adrenaline rush seperti kawan2 ku yang lain, aku santai dan suka kehidupan yg tenang, kerana itu Patologi sesuai dengan aku :)

Masa mula2 join dulu, aku masih ingat kawan sendiri bertanya...eh! Ko buat apa kat Patho tu? Duduk2 je..bosan...:p

Hehe, tp aku tak bosan kerana mungkin aku suka suasana bosan begitu...dan yg penting aku macam addicted to membaca slide di bawah mikroskop...percaya tak? Dulu2 kalau aku stres dan ada masalah dengan pakbear, aku akan lari membawa diri ke lab untuk membaca slide...hahaha...itu kisah dulu, ketika usia perkahwinan masih muda, skrg aku pulak suka pakbear melekat dengan aku time aku baca slide di hospital....oh!! Romantiknya kami, makin tua makin melekat macam digam...haha..

Mana aku tak melekat...tengoklah body boifren ku ini..Auwwww!!!!

Ok, aku ringkaskan cerita..hehe

Apa ye tugasan aku? Korang pernah tak tengok kat TV ke or sedara mara or kawan2 korang diberitahu oleh Doktor di wad/klinik begini,

"Puan, ada bengkak/ketumbuhan di breast puan, jadi untuk menentukan kanser atau tidak, kami perlu ambil contoh tisu biopsi dari tempat yg bengkak itu dan hantar ke makmal untuk diproses"

Atau seseorang itu mengalami period yang banyak tanpa henti berbulan2, lalu doktor di wad/klinik O&G akan ambil sampel dari dalam rahim atau buat pap smear dan memberitahu.."Sample ni kami hantar ke Lab dulu untuk tengok samada pendarahan puan disebabkan kanser atau tidak"

Tidak terhad dengan itu, mungkin juga biopsi dari hidung, tekak, perut, usus, pundi kencing etc...semuanya doc wad/ klinik akan kata kita hantar makmal dulu, dan dari situ kita decide rawatan seterusnya ya!!

Ok sebenarnya di makmal/lab, Pakar histopathology macam aku lah yang akan melihat contoh tisu itu di bawah mikroskop dan membuat diagnosis...

Bagaimana kami terlibat dalam management pesakit?

Kami terlibat kerana sekiranya sample yg dihantar itu kami diagnos sebagai tisu kanser, doktor di wad/klinik akan merujuk pesakit ke Pakar oncologi untuk rawatan kanser seperti kemoterapi dan radioterapi...

Dan adakalanya jika tisu itu confirm kanser, doc di wad/klinik akan mencadangkan pesakit untuk menjalani pembedahan major utk membuang kanser itu..

Akan tetapi sekiranya kami, Pakar Histopatologi menyatakan ianya bukan kanser, mereka akan memberi rawatan biasa yg tidak melibatkan kimoterapi/radioterapi...:)

Berkaitan pembedahan juga, sekiranya Pakar Histopatologi seperti aku menyatakan kanser itu jenis A, mungkin jenis operationnya dan tahap agresif seorang pakar bedah untuk membuang tisu2 kanser itu akan berbeza dengan jika kami katakan kanser itu jenis B...

Kanser ada macam macam macam macam jenis...bukan semudah ABC, 123...setiap daripadanya rawatan mungkin berbeza..kerana itu seorang Pakar Histopatologi perlu sangat berhati2 ketika membuat diagnosis kerana apa jua maklumat yg kami catitkan dalam Histopathology report nanti akan diambil kira oleh doktor di wad/klinik dalam menentukan jenis rawatan pesakit...

Kerana itulah aku menyatakan pakar patologi seperti aku memainkan peranan penting di sebalik tabir untuk management patient...

Dan hebatnya kami ini, haha..aku up diri sendiri, kami sebenarnya perlu mahir dalam apa jua jenis ketumbuhan dalam tubuh badan manusia dari head to toe kecuali ketumbuhan gigi kerana itu under Dental.

Sebab itu, apabila org bertanya apa sahaja masalah kesihatan dorg pada aku, biasanya aku boleh mengagak apa masalah org tu kerana sebagai pakar Histopatologi kami mengenali macam2 jenis ketumbuhan dan penyakit...namakan sahaja...ketumbuhan otak, paru2, thyroid, tekak, perut, usus, pancreas, rahim, pundi kencing, tulang...apa2 je lah kami insyaAllah boleh agak apa yg berlaku..cuma kami tidak pasti akan rawatan yg diberikan kerana itu bidang kuasa pakar di wad/klinik yg terbabit.....tapi penyakitnya kami boleh agak..:)

Kami juga sebenarnya terlibat dengan monthly meeting dengan pelbagai Jabatan lain contohnya Jabatan pembedahan, sakit puan, kulit, bedah otak, urologi, nefrologi...bergantung pd hospital..

Fungsi kami ketika meeting itu adalah sama2 berbincang kes2 complicated yg mungkin doktor wad/klinik kata kanser tp pakar Histopatologi rs bukan kanser...dan dari mesyuarat itu kami akan mencapai kata sepakat apa yg perlu dibuat untuk pesakit berkenaan...

Bukan semua diagnosis itu mudah tau, adakalanya untuk membuat diagnosis kami perlu membuat diskusi dengan pakar2 lain, membaca jurnal article, text book, case report dari overseas kerana ada sesetengah kes tu memang luar biasa dan memerlukan banyak rujukan sebelum kami membuat diagnosis...ada juga kes yg kami rujuk kepada pakar di luar negara untuk diagnosis..

Dan sebenarnya walaupun ramai kata patologi tempat Lepakking...wait until u work here...

Senang cerita kan, sepatutnya berdasarkan beban tugas dan workload kami, kat tempat kerja aku skrg Pakar Histopatologi sepatutnya mengikut standard KKM perlu ada 10 orang, tapi kami ada 6 orang sahaja...sgt2 tidak cukup...

Walaupun bekerja di Lab, aku masih pulang lewat..pukul 7-8 malam baru balik, pernah hingga 11.30 malam....pernah sabtu ahad datang setelkan slide...so actually Histopatologi tidak selepak mana...cuma yg bagusnya, masa kami flexible...dan pakbear dan anak2 bear boleh dtg menemani aku di Lab sekiranya aku lewat pulang..:)

Huda bobok sambil menanti Umi setelkan kerja Umi..

Wafiy dan Waseem buat homework dan belajar sambil menemani Umi baca slide...

Ok, so sekian sahaja kisah aku seorang Histopathologist...:)

Actually seronok je jadi Histopathologist ni...boleh kenal semua org dr pelbagai dept, dn kalau org tak kenal kita pun org akan kata macam pernah ku dengar sahaja nama Dr Najah ni..time aku nak beranak dulu pun ada sorg Houseman yg tgh check bukaan rahim aku tanya.."Doctor, why ur name so familiar ya, have we met before?"....hehe...tgh buat VE pun boleh borak....sebabnya namaku tercatit di dalam semua report yg aku validate...hehe..so org familiar dgn namaku itu...macam bagus je kan? :p

1 comments:

isabelle frankly said...

nasib baik la aku pernah practical kat patho lab. maka aku x la blur sgt. hehe