Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

18 October 2005

Jawab Shoutbox!

Oct182005

norchang: selamat berpuasa Pb­~ Selamat berpuasa jugak.Kak Nis: Salam ramadhan PB...lama tak jengah ke sini. Apa khabar PB n MB?~ Salam Ramadhan.. Kami khabar baik. Bagaimana Kak Nis dan keluarga.honeyfie: nanti nak duit raya! mana my package tuhhh! penat woo tunggu kat postbox~ Hehehe, sori tak hantar lagi. InsyaAllah nanti I hantar. Betul ke tunggu kat postbox? :ptj: beruang apa paling comel? beruang panda!! comelll!! Btw, selamat berpuasa pak beruang! fasting break makan hidangan apa ya~ TJ? TJ mana niek eks? TJ 3R tue ke? Hehehe. Selamat berpuasa...

06 October 2005

Lemak & Telur

Oct062005

Semalam berbuka puasa di rumah mertua. Menu istimewanya adalah roti jala dan nasi lemak. Selepas baca doa berbuka puasa dan memebasahkan tekak dengan air, terus aku suapkan roti jalan ke dalam mulut. Habis 5 keping aku makan.Seketika kemudian kakak ipar aku menyuakan pinggan berisi nasi lemak kepada aku. Aku menggeleng, menolak dengan baik sebab perut dan kenyang dengan kuih-muih. Kemudian abang ipar aku menyampuk,"Si Bear tak payah makan nasi lemak sebab dia dah banyak lemak", lantas mengambil pinggan nasi berkenaan. Aku geram menggetap bibir...."Haa.....

04 October 2005

Ramadhan

Oct042005

Esok kita akan berpuasa. Aku yang pada mualanya memang tak sabar-sabar menanti bulan Ramadhan, kini merasa gementar pula. Maklumlah, sebelum ini bersahaur dan berbuka bersama mak, abah dan adik beradik di kampung, sekarang nie hanya dengan MakBear. Suasananya mesti tak sama.Kalau dulu tunggu jee waktu berbuka, juadah lauk pauk dah tersedia di atas meja. Sekarang kalau tak ikhtiar nak masak apa, beli kuih muih, alamat tak berbuka pulak nanti. Malam pula kena pergi solat tarawikh. Kalau dulu bila malas boleh 'tuang-tuang', sekarang nie takkan nak...